Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Monday, June 28, 2010

Jangan nikahi wanita yang enam


Assalamualaikum dan salam seahtera.. Semalam kawe di taged oleh sahabat dalam facebook, dimana ebewa peringatan yang begitu bermakna buat kita semua... 


Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ANANAH, yang MANANAH, dan yang HANANAH, dan jangan engkau kahwini yang HADAQAH, yang BARAQAH dan yang SYADAQAH.



” 1- Wanita Ananah:- Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.



2- Wanita Mananah:- Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”.



3- Wanita Hananah:- Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


4- Wanita Hadaqah:- Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.



5- Wanita Baraqah: - 1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya. 2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.



6- Wanita Syadaqah:- Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan. Sumber rujukan TS : Imam Al Ghazali..



thanks sahabat dari facebook ambo (Ayid Adzran)

Sunday, June 27, 2010

Pemandangan Kuarters SMK Kapit di waktu malam


Assalamualaikum... Cuti hujung minggu kawe habiskan masa dengan upacara Ngiring Bidai peringkat Komp C, BN1, Rej 510.. selepas upacara tu, kawe ambil masa sedikit amek gambar peandangan Kuarter SMK Kapit dari bukit dekat kem.. Masih lagi belajar teknik-teknik yang lebih baik.. try and error heh heh... payah juga nk amek gmbar deh.. byk nk kena mengaji heh heh

Wednesday, June 23, 2010

Masjid Kapit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Firman Allah, 
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" (al-Jumu'ah:9).. 


(Gambar Hiasan: Masjid Kapit, Sarawak pada 23 Jun 2010, Jam 1930)

Tuesday, June 22, 2010

Dari KL ke Sibu

Assalamualaikum.. 

Setelah 3 minggu bercuti, akhirnya kawe pun kembali bertugas ke Kapit, Sarawak. Memang sekian lama tak update blog ni. Kadang2 rasa tersumbat otak gak la heh heh... Daripada KL, kawe menaiki penerbangan terakhir Air Asia ke Johor Bahru pada 21 Jun 2010 dan bermalam di rumah saudara kawe di Senai. 


Seterusnya pada hari berikutnya kawe meneruskan perjalanan ke Sibu dengan menggunakan pesawat Air Asia pada petangnya. Cuaca begitu baik dan kawe sempat mengambil beberapa pemandangan udara yang menarik. 


Akhirnya tepat jam 1930, kawe sampai di Sibu. Ketika ini sudah hampir Isya di Sarawak dimana waktunya hampir sejam lebih awal dari semenanjung. Daripada Airport Sibu, kawe menaiki teksi selama 30 minit ke Wharf Sibu. Biasanya Bot Ekpress terakhir ke Kapit adalah jam 1230 tengahari, maka kawe terpaksa la bermalam di mana2 hotel badget di Sibu sebelum meneruskan perjalanan ke Kapit menaiki Bot Ekpress selama 3-4 jam keesokannya.. 

Di Sibu, biasanya kawe akan bersiar-siar di pasar malam dan selalu mengunjungi gerai Kak Anna dan Abang Ajim. Kerana sering bertemu, kami semakin rapat, dan jika saya ke Sibu, pasti akan berjumpa dengan Kak Anna dan Abang Ajim. Kak Anna berketurunan Melanau dan memang berasal dari Sarawak, manakala Abang Ajim berasal dari Johor. 

Pasar malam ni dibuka setiap hari dari jam 1730 sehingga jam 2230. Pelbagai barangan dijual terutama sekali makanan dan pakaian. Namun, bagi muslim, hendaklah berhati-hati ketika membeli makanan kerana ada penjual yang menjual makanan yang tidak halal di pasar malam ini.. 


Antara juadah yang dijual oleh pasangan Abang Ajim dan Kak Anna ialah keropok, pisang goreng dan kuih-muih serta beberapa jenis air minuman.. 


Dan pada jam 0500 pagi, kawe menaiki Bot Ekpress ke Kapit. dan dalam jam 0830 sampai di kapit. 

My Bike

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

Masa cuti ambo ambil kesempatan untuk bermanja-manja dengan unta ambo hehe.. So masa cuti je la dapat naik sebab Ambo tak dapat nak bawa ke Kapit heh heh

Model: Kawasaki Z1000

year: 2009
Category: Naked Bike
Stroke:4
Fuel control:DOHC
Cooling system:Liquid
Gearbox: 6 speed
cc: 1000

Memang bila bawa unta ni fuyyooo rasa teruja.. InsyaAllah jika ada rezeki, rasa naktravel seluruh semenanjung nant...







Sibu, Sarawak

Assalamualaikum.. lama tidak update blog sebenarnya hehe.. Kali ni  kawe nk share keindahan malam di Sibu. Gambar yang kawe ambil pada 22 Jun 2010 tepat jam 0500 dari Hotel tempat kawe menginap.. Kelihatan Bangunan Wisma San Yan di Sibu..


Berbeza pula dengan keadaan Wisma San Yann pada Jam 2100, pada 21 Jun 2010, ketika aktiviti masih lagi rancak... Sungguh indah menikmati keindahan malam..

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan