Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Monday, May 10, 2010

Tinjauan Ke Pasar Kapit: Ular Sawa Di Potong Hidup2


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada pagi tadi dalam jam 0800 kawe bersama Ustad Adnan ke Pasar Kapit, macam biasa la mencari barang dapur dan membuat tempahan barang sikit sebagai ole-ole sempena cuti akan datang. Kali ni kami bertuah abapila melihat seorang Iban menjual ular sawa. Kali ni lebih bertuah apabila melihat sendiri ular sawa itu dipotong hidup2. 

Ular ni kecik sahaja, tetapi dalamnya sungguh padat dan ada banyak telor dalam perut ular ni. Sebaik sahaja ular ini dipotong, semua orang berkumpul dan membuat tempahan. Dalam sekelip mata ular ni habis ditempah penduduk tempatan.. Mulanya geli juga la kawe tengok semua ni, tetapi disebabkan dah selalu jumpa, maka dah biasa keadaan gini hehe. Kali ni lebih bertuah kerana kami sempat merakam video bagaimana Ular ini dipotong.. Selamat menonton..

Saturday, May 8, 2010

Lawatan ke Rumah Panjang, Rh Jandok, Ulu Yong, 96807 Kapit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ni kawe berpeluang sekali agi mengikuti aktiviti yang sangat best iaitu melawat satu rumah panjang yang paling "clasic" yang kawe jumpa di Sarawa iaitu di Rh Jandok, Ulu Yong, 96807 Kapit. Kebiasaanya rumah panjang yang kawe jumpa selama ini sudah dimodenkan dan ini la satu2nya rumah tradisional yang masih kekal lagi keasliannya.. 

Material rumah panjang ni hampir 100% daripada kayu. Sangat unik. Kami mengambil masa 30-45 minit mnaiki motosikal dari pekan kapit ke Ulu Yong. Sambil menikmati keindahan alam heh eh

Dalam rumah panjang, kawe sempat bergambar bersama seorang apai (bapa) kepada 2 orang anak kembar ni.. Anaknya malu2 sikit bila nak bergambar heh heh... 

Ini pintu gerbang, pintu masuk sebelum menjejakkan kaki ke dalam rumah panjang tersebut.. Biasanya kebanyakan rumah panjang dibina sebelah dengan sungai. Begitu juga Rh Jandok ni, sebelum menaiki tangga Rh Jandok, kami akan melintasi jambatan menyeberangi sungai..


Ini adalah part yang seram gak la. Biaanya dalam rumah panjang tradisional, mereka akan menggantungkan kepala tengkorak ni sebagai simbol kekuatan, keberanian dan ehebatan pahlawan mereka di zaman silam. Semakin banyak bilangan kepala musuh yang dipenggal, semakin hebat seorang pahlawan itu.. Tapi betul ke hehe. kalo salah, betulkan ya.. rasa2 gtu la..

Ini pula keadaan di halaman rumah panjang.. Kami beratur sebelum menaiki rumah panjang ni

Ya kawe bergambar di halaman rumah panjang ni.. kalau oran kelantam, dia panggil macam gelegar... di sini mereka akan melakukan apa2 aktiviti.. buat masa ni, mereka menjemur hasil pertanian dan hasil hutan di ruangan ini..


Ya ni la keadaan apabia kami meniti tangga untuk menaiki ke ruangan hadapan rumah panjang... nampak kayu seperti reput.. cuak juga nak melaluinya.. tapi kayunya masih kuat..

Adeiii heh heh

Antara rakan sahabat guru yang menyertai rombongan ni..


Terima kasih la kepada semua yyang terlibat.. yang menjemput kawe untuk menyertai aktiviti ni hehe.. Mana tau ni la aktiviti terakhir kawe di Kapit sebelum kawe dapat pindah ke semenanjung nnt hehe insyaAllah.. Kepada Saudara Taqiuddin, terima kasih atas photo ihsan ni.. sangat mantap.. Juga terima kasih kepada rakan guru dari SMK Kapit, SMK Kapit no2 dan semua la yang memberi ruang untuk kawe join semua ni hehe...


Antara keadaan Rh Jandok ketika kami menaiki tangga dari Sungai..

Kami bergambar kenangan di bahagian haapan rumah panjang sebelum pulai (pulang). 

Bergambar dengan beberapa penghuni Rh Jandok yang semuanya sporting dan peramah..

Bergambar dengan antara "Otai" Rh Jando hehe.. 


Thursday, May 6, 2010

Kelab Dikir Barat Guru dan Staf Kapit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kali ni kawe tak tau nak cerita pasal apa.. cuma nak berkongsi gambar sekitar sesi aktiviti guru-guru dan staf pendidikan di Kapit, Sarawak dalam memartabatkan seni dikir barat..

Gambar ni diambil semasa sesi latihan kami buat kali ketiga dimana penyertaan kali ini melibatkan guru-guru daripada SMK Selirik, SMK Kapit 2, SK Ng Pelagus dan stuf daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Kapit. 

Tugas kawe cuma main muzik jah sebab suara kawe tak berapa nak komersial heh heh.. ni pon kawe mash belajar lagi main benda alah ni.. tak berapa nk expert lagi.. setakat nk palu biasa2 tu buleh la nk serupo dgn dikir barat tu heh heh

Biasanya latihan kami akan bermula pada jam 9 malam sehingga 10.30 mlam setiap hujung minggu iaitu pada hari Ahad, malam Isnin di Dewan Setia Kasih, SMK Selirik. Biasanya anak2 buah dikir kawe dari SK Selirik turut bersama ambil bahagian bersama guru sebagai pasukan bantuan menjadi awak-awak heh heh..

Walaupun kami bertugas jauh di pedalaman Sarawak, namun ianya tidak menghalang kami untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti kesenian sebegini. Sangat menakjjubkan apabila ianya mendapat sambutan yang luar biasa daripada guru-guru dan anak-anak pelajar sebagai satu aktiviti "santai seni" hujung minggu kami. 

Terima kasih la kepado semuo hok mari tu deh.. Walaupon majoritinya ore kelate, tapi gak ramai juga bukan anok kelate hok join seperti Rizal (kedah), Jali BTP (Johor), Ajang (Tganu), hahahha... walaupon duduk di Kapit, kito rasa seperti dudok di Kelantam jah heh heh.. Kepada cameraman kitow tuh, saudara Faizul... siap bawa bini lagi nk tgk set kita dikir  hehe heh adeiii sayyyaaa... kepada set rumah Osman tu..(Megat, Akmal, Mail dll) rrrr berat.. kena mari a pasni.. Ustad Khaidir tow... tak berapa nak jadi ngarut sebab xdok demo...

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan