Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Tuesday, April 27, 2010

Aktivi kawe setiap malam dengan anak2 di SMK Selirik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kali ni kawe nak berkongsi cerita mengenai aktviti kawe dengan anak-anak kawe di SMK Selirik, Kapit, Sarawak.. kebiasaannya setoap hari pas Isya, kawe akan ke sekolah untuk sesi latihan dikir barat bersama anak-anak kawe. Kesmua anak-anak kawe ni dari keturunan Iban dan mereka kawe ajar sedikit demi sedikit untuk berbahasa Kelantan.. kerana Dikir barat sekarang bukan hanya milik rakyat Kelantan.. Tetapi mili seluruh rakyat Malaysia heheheh..

Anak-anak kawe ni sekarang dah berada di tingkatan 5 dan merupakan tahun terakhir mereka di sekolah. So kawe memulakan latihan dikir ni secara aktif kepada anak-anak sejak mereka tingkatan 4 lagi. So dalam 2 tahun, Alhadulillah la mereka sudah mampu menghasilkan persembahan yang bleh dikatakan sebagai dikir barat sebenar heh heh.. terima kasih kepada rakan2 yang ada membantu untuk meantapkan pasukan ini..


Yang paling best, anak-anak kawe ni walaupun nakal, tapi sporting dan very chear.. buatkan kawe happy sokmo handle team dikir ni. Kalo bab hiburan ni, mereka suka amat heh heh.. kalau dalam kelas.. adeiiiii tak cekat nok marohh kawe..

Antara keratan video semasa sesi latihan anak-anak kawe di SMK Selirik..

Semoga anak-anak akan terus buat yang terbaik dalam memartabatkan seni warisan negara kita..

Sunday, April 25, 2010

Latihan dikir Barat guru2 Kapit

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada setiap hari ahad, jam 9 malam, guru2 dan staf pendidikan akan berkumpul d SMK Selirik untuk menghadiri sesi latihan dikir barat. Kami akan membuat latihan sebagai aktiviti santai kami pada hujung minggu. Walaupon majoriti disertai anak2 kelantan, namun penyertaan juga melibatkan guru bukan dari Kelantan. Terima kasih dan tahniah atas sokongan rakan seperjuangan di Kapit. Semoga warisan budaya kita akan kekal ke anak cucu kita

BUS KOLEQ


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. SAja ebab tak tau nak pos apa heheheh.. Tadi masa kawe buka facebook member, jumpa plak gambar menarik ni.. Ini adalah bus yang kawe selalu naik untuk apa2 event semasa kawe bersekonlah dulu heh heh... Sebelum bus baru sampai, bus ni la yang selalu digunakan...

Monday, April 19, 2010

Kejadian Membaca surah al-Kahfi di malam Jumaat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bulan lepas sahabat kawe menceritakan kejadian yang beliau alami ketika berjemaah di sebuah masjid dalam negeri Melaka pada hari Khamis (malam Jumaat). Kebiasaannya budaya masyarakat Melayu Malaysia memang akan membacakan surah Yaasin setiap malam Jumaat, sehingga kita lupa akan surah al-Kahfi. Bukan bermaksud mengatakan bahawa amalan membaca Yaasin setiap malam Jumaat adalah tidak baik, sekadar ingin berkongsi ilmu mengenai amalan lain yang sepatutnya boleh diamalkan pada malam Jumaat. 

Sahabat kawe tersebut mendakwa, pada malam Jumaat tersebut, Imam telah mengambil langkah bijak dengan menyarankan agar pada malam itu semua hadirin jemaah agar tidak membaca Yaasin, sebaliknya membaca surah al-Kahfi. Pada mulanya semua makmum agak bingun dan terkejut, mungkin dalam fikiran mereka Imam ni buang tebiat kerana mereka tidak mengatahui fadilat al-Kahfi. Maka imam menjelaskan bahawa tujuannya adalah untuk menghidupkan amalan bacaan surah al-Kahfi di masjid tersebut dengan berselang-seli dengan bacaan Yaasin pada minggu berikutnya..


Hari jumaat merupakan penghulu segala hari. Perkara ini mungkin biasa didengari oleh anda. Tetapi apakah amalan yang boleh kita amalkan pada penghulu segala hari...

Sekarang saya ingin memberitahu ataupun mengingatkan anda salah satu amalan sunah yang dilakukan oleh Nabi MUHAMMAD S.A.W. Iaitu membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat" (HR. Ibnu Katsir)


Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an:
"Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya" (HR. Ibnu Katsir)

Kesimpulannya, pada hari Jumaat disunatkan untuk umat Islam membaca Surah Al-Kahfi. Banyak kelebihan yang ada apabila kita membacanya.

Rasulullah SAW selalu membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Oleh itu membaca surah Al-Kahfi merupakan salah satu sunnah nabi dan kita digalakkan untuk mengamalkannya. Pada kebiasaanya orang Melayu akan membaca Surah Yassin pada malam Jumaat sebagai adat. Perbuatan ini memang baik dan tidak salah. Sebagai seorang Islam kita mestilah berusaha meningkatkan amalan kita dari semasa ke semasa. Oleh itu cuba kita tukar bacaan dari surah Yassin kepada surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Kerana melakukan amalan sunnah nabi lebih utama daripada melakukan amalan sunat yang lain.

Sekian sahaja setakat ni. Apa yang salah harap anda dapat menegur dan membetulkannya dan jika anda ada terkecil hati harap maaf. Saya sebagai manusia biasa tidak lari dari kesilapan. Harap anda dapat maafkan.


(dipetik dan diubahsuai daripada email daripada Ustaz Adnan)

Saturday, April 17, 2010

Perjalanan manusia dan liku-liku hari akhirat: Insaflah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sangat bagus grafik ni yang menunjukkan Perjalanan manusia dan liku-liku hari akhirat. Cukup mudah difahami. Sila click pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.. Semoga sahabat semua mendapat manfaat. 


Thanks kepada cikgu Syahir yang meletakkan gambar ni di Blog beliau.. kerana telah member ruang untuk kawe turut sama berkongsi kepada sahabat sekalian..

Monday, April 12, 2010

Ole-Ole dari Bumi Kuala

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat. Entah angin apa yang melanda diri ini apabila rakan-rakan sekolah yang lama berpisah menge "tag" gambar lama dalam facebook, sekaligus mengingatkan kembali kenangan silam bersama rakan-rakan sepanjang kawe belaar di Bumi Kuala...

Gambar kawe bersama Balak dan Zack semasa bermain tenis di pagi hujung minggu.. Biasanya pagi-pagi sebegini sangat tenang..

Gambar yang kedua ni pun sangat bermakna bagi kami.. Walaupun nampak gila-gila sikit, tapi agak kelakar dengan gelagat gila2 si Balak tu.. Macam ala-ala pakaian beragam.. Entah apa-apa la.. kadang-kadang nampak macam budak mereng pun ada he heh heh.. 







Gambar yang ketiga ni pulak antara yg best juga la heh heh.... Team dikir barat Koleq berjaa mewakili daerah Kuala ke pertandinagn peringkat negeri pada 2002. Ni gambar semasa menunggu ketibaan bus.. pertandingan diadakan di Grik dan kami bermalam di SMTeknik Grik.. 



Gambar ke empat ni plak semasa Aprill Fool 2002 heh heh.. Biasa la kerja gila-gila budak2 masa ni.. katl diterbaikkan.. nasib la sesape yg kena perdajjal kat hamba Allah ni heh heh.. so senyap je la sesape yg kena.. nasib baik kawe tak kena keh keh keh...




Gambar kelima ni plak kenagan semasa kami ke BTN di Ulu Kenas Kuala kangsar.. Kalau tak silap Dato' Nordin Kardi yang support (masa ni beliau adalah pangarah BTN). So program BTN ni lebih ke arah program motivasi persediaan kami menduduki SPM 2002. 




Gambar beramai-ramai semasa kami Form 5.. bergambar di hadapan Big School yang megah berdiri adeiii sayyyaa heh heh heh...






Semasa bezday batch 2002.. Belasah je apa yg adahuhuhuh. 



Ini pula bergambar bersama class mate kawe 5Sc2, 2002. Cikgu Puteri sebagai guru kelas.. Syahid sebagai Monitor dan Zafuan sebagai assistant Syahid heh heh.. Semuanya mantap2..



Last sekali adalah kenangan kami bergambar semasa BTN di Meru, Kelang bersama sekolah berasrama penuh Perak.. Masa ni Koleq bergambar bersama STAR di hadapan bus masing-masing sebelum kami bertolak pulang.. 




Sebenarnya kenangan ini kawe tujukan buat sahabat sekalian sempena Old Boys Wekend 2010 yang diadakan pada 8-11 April 2010 di MCKK, Kuala Kangsar. Disebabkan jarak yang jauh dan batasan masa dan tugas, kawe sekali lagi tidak dapat hadir untuk meraikan bersama sahabat2 sekalian.. Namun, InsyaAllah pada OBW 2012, kawe pasti aan hadir untuk meraikan sempena 10 tahun pemergian kita dari KOLEQ.. Jika tidak silap, kali terahir kawe ke Bumi kuala ialah pada 2005 semasa tahun 1 di universiti. Kawe bersama-sama Zurairie, Syahid dan beberapa sahabat bersama-sama di Kuala... Sungguh bermakna...Terima kasih sahabat yang masih mengingati diri kawe dan mencetuskan kenangan2 indah ini.. 

Sunday, April 4, 2010

Uniknya Kapit, Sarawak, Malaysia


Assalamualikum dan salam sejahtera. Sudah lama kawe tidak memasukkan cerita dan pengalaman kawe sebagai Mudarris di Kapit. Kali ini kawe ingin berkongsi pengalaman melihat haiwan exotic yang dijual di pasar Kapit sebagai makanan exotic masyarakat di sini. Mungkin gambar ini kawe telah dedahkan dan ada beberapa gambar yang terbaru buat perkongsian sahabat sekalian. Pada 2-4 April 2010, kawe dan sahabat serumah telah bercuti ke Sibu. Jadi laluan utama adalah melaui Sungai Rejang, sungai terpanjang di Malaysia. Gambar di atas adalah keadaan Wharf (jeti) di Kapit. 

Di pasar kapit terutamanya pada hujung minggu biasanya penduduk di pedalaman akan berkumpil di Kapit untuk mencari barang keperluan dan menjual hasil hutan mereka seperti barang pertanian dan tangkapan. Contoh di atas ialah labi-labi yang dijual sebagai menu exotic. Biasanya labi-labi ini mereka masak sup.. huhuhu..

Dalam banyak-banyak haiwan pelik, ulat mulong ni la antara haiwan yang halal dimakan dan telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Malaysia. Biasanya ulat ni dijual RM1 seekor dan rasanya agak lemak-lemak. kalo di semenanjung ia diperolehi dalam sagu. Mulong tu sebenarnya sagu dalam bahasa Iban hehe. Biasanya ulat ini dimakan mentah2 dan digoreng.. Tapi kawe sendiri tak pernah merasainya dan setakat ni tak ada angan-anagn untuk mencubanya hehe.. 

Haiwan yang dibelah dua secara lateral di atas plak ialah musang buah. Di kapit ni terdapat macam-macam benda pelik huhuhu. Sampai musang buah yang dijual ni sudah siap disiang dan hanya perlu potong-potong untuk dimasak huhuhu. Ingin ditegaskan di sini ya bahawa semua maknan ini haram dimakan untuk penganut agama Islam kecuali ulat mulong tadi je hehe.. Tapi ada sesetengah masyarakat Islam di Kapit yang jahil mendakwa musang buah boleh dimakan sebab ianya hanya makan buah je di atas pokok huhuhuu... Nauzubillah..

Ini plak paling istimewa untuk dikongsi semua. Kawe sangat bertuah dapat melihat Ular sawa dijual. Di kapit ni ular sawa akan melarikan diri jika berjumpa manusia sebab pasti ditangkap kerana ianya bernilai RM30 sekilogram huhuhuhu. PMinggu lepas kawe bertuah kerana melihat sendiri bagaimana Ular sawa di siang, dipotong-potong dan dilapah untuk dijual. 


Biasanya apabila ular sawa dibawa ke pasar Kapit, para pelanggan sudah menunggu dan sebelum ianya siap dipotong, ular sawa tersebut sudah habis ditempah oleh pelanggang. Adei sekali tengok memang menggelikan dengan baunya yang hanyir..

Bagi penduduksetempat yang berburu di hutan, apabila mereka berjaya menangkap ular sawa, menjadi satu bonus untuk mereka kerana agak lumayan apabila dijual di Pasar..

Kawe pernah bertanya kepada sahabat kawe yang merupakan anak jati Kapit. Macammana masakan yang terbaik untuk ular sawa.. Beliau mendakwa ular sawa nyamai (enak) dimasak kicap dengan memasukkan bawang putih banyak-banyak.. hehehe sekali dengar memang rasa geli beb..

Dan akhir sekali ialah ayam ni hehe. Tengok harga memang tak munasabah untuk dijual seekor ayam jantan dengan harga RM360. Tapi ini antara yang termurah kerana biasanya harga seekor ayam begini adalah ribuan ringgit. Ini adalah ayam laga. Budaya di sini adalah bersabung ayam. Walaupun ianya haram di sisi Islam, tetapi adab dan budaya masyarakat disini tak tahu erti semuanya kerana itu memang budaya mereka. 

Saya sempat juga melihat ular sawa hidup disembelih dan dipotong di depan pelanggan. Kemudian pelanggan akan berebut2 untuk membelinya. sila klik link ini untuk melihat video tersebut. 

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan