Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Tuesday, March 30, 2010

Ciri wanita solehah

Email daripada: Shah Bundy. Dipetik daripada blog Cina Islam 


Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).*

Ciri-ciri wanita solehah.

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni'matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:


1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami


Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.



FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

Monday, March 29, 2010

Pemecahan konflik perceraian

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni kawe ingin berkongsi petikan yang bagus untuk kita pelajari sebagai tauladan buat kita semua.. Kawe petik dari Ad-Da’wah, edisi 1318, Syaikh Ibnu Baz


Seorang hamba Allah bertanyakan soalan kepada Ustaz, Islam tidak menetapkan talak kecuali sebagai alternatif terakhir untuk mengatasi rumah tangga. Islam telah menetapkan langkah-langkah pendahuluan sebelum memilih talak. Kami mohon Syaikh berkenan membahas tentang cara-cara penyelesaian yang digariskan Islam untuk mengatasi perselisihan antara suami istri sebelum memilih talak (bercerai).


Jawapan:

Allah telah mensyariatkan sentiasa berbaik-baik antara suami isteri dan mencari kaedah terbaik yang dapat menyatukan mereka kembali dan menghindari akibat kesan buruk perceraian. Di antaranya adalah pemberian nasihat, tidur berasingan dan pukulan yang ringan jika nasihat dan pisah ranjang tidak berhasil, sebagaimana disebutkan dalam firman Allah,

“..Allah telah mensyariatkan perbaikan antara suami istri dan menempuh cara-cara yang dapat menyatukan mereka kembali dan menghindari akibat buruk perceraian. Di antaranya adalah pemberian nasihat, pisah ranjang dan pukulan yang ringan jika nasihat dan pisah ranjang tidak berhasil, sebagaimana disebutkan dalam firman Allah” (An-Nisa’:34).

Jika cara tersebut tidak berhasil juga, maka masing-masing suami dan isteri mengutus orang tengah dari keluarga masing-masing ketika terjadi persengketaan antara keduanya. Kedua orang tengah ini bertugas mencari jalan perdamaian bagi sepasang suami isteri tersebut, sebagaimana disebutkan dalam firman Allah azza wa jalla,

“Setelah cara itu, jika tidak berhasil juga, maka masing-masing suami dan istri mengutus hakim (penengah) dari keluarga masing-masing saat terjadi persengketaan antara keduanya. Kedua hakim ini bertugas mencari solusi perdamaian bagi sepasang suami istri tersebut, sebagaimana disebutkan dalam firman Allah azza wa jalla” (An-Nisa’:35).

Jika cara-cara tadi telah dilalui namun masih tiada jalan penyelesaian, sementara perselisihan terus berlanjut, maka Allah mensyariatkan bagi suami untuk mentalak (isterinya), jika penyebabnya berasal darinya, dan mensyariatkan bagi isteri unutk menebus dirinya dengan harta jika suaminya tidak menceraikannya jika sebabnya berasal darinya, berdasarkan firman Allah azza wa jalla,

“Jika cara-cara tadi telah ditempuh namun perdamaian tidak kunjung terjadi, sementara perselisihan terus berlanjut, maka Allah mensyariatkan bagi suami untuk mentalak (istrinya), jika penyebabnya berasal darinya, dan mensyariatkan bagi istri unutk menebus dirinya dengan harta jika suaminya tidak menceraikannya jika sebabnya berasal darinya, berdasarkan firman Allah azza wa jalla” (Al-Baqarah: 229).

Karena bercerai dengan cara yang baik adalah lebih baik daripada terus menerus dalam perselisihan dan persengketaan sehingga tidak tercapainya maksud-maksud pernikahan yang telah ditetapkan oleh syari’at.

Firman Allah SWT,

“Karena bercerai dengan cara yang baik adalah lebh baik daripada terus menerus dalam perselisihan dan persengketaan sehingga tidak tercapainya maksud-maksud pernikahan yang telah ditetapkan oleh syari’at” (An-Nisa’:130).

Benarlah apa yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW ,bahawa ketika istri Tsabit bin Qais Al-Anshari menyatakan tidak bisa melanjutkan rumah tangga dengannya karana tiak mencintainya (walaupun Tsabit merupakan seorang yang solleh dan beriman), dan ia bersedia menyerahkan kembali kebun kepadaya yang dulu dijadikan mahar pernikahannya, beliau menyuruh Tsabit untuk menceraikannya, maka Tsabit pun melaksanakannya. Demikian sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab shahihnya. Hanya Allahlah pemberi petunjuk. Semoga selawat dan salam dilimpahkan atas Nabi kita Muhammad, semua keluarga dan para sahabatnya.



HUKUM TALAQ

Hukum menjatuhkan talaq pada asalnya diharuskan dalam Islam, tetapi ia akan berubah menjadi:

1. Wajib: Setelah rumahtangga itu gagal diperbaiki dengan keputusan hakim atau suami telah bersumpah untuk menceraikan isterinya.

2. Haram: Menceraikan isteri semasa isteri di dalam waktu haidh atau ketika suci tetapi baru disetubuhi.

3. Sunat: Jika suami tidak dapat menyempurnakan nafkah batin.

4. Makruh: Boleh menjadi haram jika menceraikan isteri tanpa sebab yang munasabah.

Islam menetapkan hanya suami sahaja yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talaq. Walaubagaimanapun, isteri juga diberikan hak untuk memohon cerai dengan cara fasakh atau khul‘ (tebus talaq).

Saturday, March 27, 2010

Kejohanan Olahraga MSSG Kapit 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 24-27 Mac 2010 SMK Selirik sebagai tuan rumah berjaya menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan MSSG Kapit 2010 bertempat di stadium kapit. Acara ini disertai oleh 7 buah sekolah menengah dalam MSSG Kapit iaitu SMK Selirik, SMK Kapit, SMK Kapit 2, SMK Katibas, SMK Song, SMK Balleh, SMK Belaga dan SMK Bakun. Manakala Sekolah rendah di wakili oleh PPD Kapit, PPD Song dan PPD Belaga. 


Pada kali ini kawe ditugaskan sebagai Ketua Pelepas acara balapan. Tugas kawe dibantu oleh 3 arang guru daripada bahagian Kapit iaitu Cikgu Ismail, Cikgu Baki dan Cikgu Francis serta PDRM Kapit. 



Cuaca sepanjang kejohanan alhamdulillah agak baik dan hujan hanya seketika sahaja dan ia langsung tidak banyak mengganggu kejohanan malah membantu kami untuk menyejukkan badan heh heh.. Hujan rahmat tu, insyaAllah..






Sepanjang kejohanan, team kawe sebagai pegawai pelepas terpaksa berada di balapan sepanjang hari apabila bermulanya acara balapan dan hanya akan berhenti apabila rehat dan tamat acara dalam jadual.. Maka persiapan rapi perlu dilakukan agar dapat mengurangkan risiko "sun-burn" heh heh.. 

(gambar bersama Pok Ju)


 .


Gambar bersama anak2 yang membantu kawe menyediakan alatan sebagai pegawai pelepas..

Thanks anak2.








Acara pegawai di akhir kejohanan, sungguh mencuit hati dimana kedua2 pasukan pegawai dari SMK Selirik berjaya mendapat tempat.. 





Dan inilah keputusan akhir kejohanan.. hehe

Perkahwinan sahabat kawe (Muhammad Hisham Zakaria dan Farra Juhana)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat. Kali ni kawe ingin mengucapkan berkalung-kalung tahniah buat saudara Hisham yang merupakan sahabat kacip kawe semenjak kawe di tahun 1 di UPSI sehingga la kawe pencen di UPSI selama 3-4 tahun dan sampai sekarang pun kawe dengan Hisham masih meneruskan silaturrahim kami.. 


Pada 15 March 2010 Hisham telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Farra Juhana heh heh. Kedua2 pasangan ni berasal dari kelantan dan kawe pun rasa pelik dan mereng sampai sekarannn lagu mana la dua orann nh bleh berjumpa sehingga ke gerbang perkahwinan.. Maka stelah kawe fikir2, xda jawapan lain melainkan ni la dinamakan jodoh. Alhamdulillah.. Tahniah la skuod.. Sebaik2 kita merancang, Allah yang tentukan segalanya..

Sheikh, sekarannnn demo kena la menjunjung kasih, amanah Ilahi atas hadiah terbesar dalam hidup demo.. dan ingat la sheikh, Sebaik2 lelaki ialah yang berbuat baik kepada isterinya... Kawe bangga dengan demo sheikh.. didik la molek isterimu kerana

"WANITA DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG"

Kerana "..cinta tidak melahirkan perkahwinan. Cinta, jika ia datang, sebenarnya lahir di dalam perkahwinan itu sendiri".


...Satukanlah hati mempelai ini

di atas kecintaan mereka kepada Mu

...Jadikanlah pasangan ini saling mencintai di kala dekat

*saling menjaga kehormatan di kala jauh

*saling menghibur di kala duka

*saling mengingat di kala bahagia

*saling menyempurnakan ibadat kepada Mu


...Jadikanlah rumahtangga pasangan ini...

*seindah Adam dan Hawa a.s

*seindah Ibrahim dan Hajar a.s

*sebahagia Yusof dan Zulaikha a.s

dan secuci Muhammad SAW dan Khadijah a.s.


...Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah

serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan di akhirat

 

...Sempurnakan kebahgiaan pasangan ini dengan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada Mu

 

...Dan bukti pengikatan cinta mereka kepada sunnah keluarga Rasul Mu. Sesungguhnya Kaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Barakalah sheikh.. Maka insyaAllah kawe akan menyusul demo sedikit masa lagi jika diizinkan Allah. Semoga ini semua yang terbaik buat sahabat kawe, Hisham. Cuma kawe minta maaf sebab tak dapat hadir undangan walimah demo memandangkan kawe ada temujanji dengan Doktor di HUSM pada hari tersebut, dan kawe terpaksa rushing utk bersiap balik ke Sarawak dengan segera. 

Sunday, March 7, 2010

Latihan Tempatan Comp C (Kapit), BN1, Rej510 Askar Wataniah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Maaf kepada semua sahabat kerana kawe lama tidak aktif dalam blog sebab perlu tumpukan pada keutamaan tugas di sekolah hehe. Pada 6-7 Mac 2010 Komp C (Kapit), BN1 Rej510 askar wataniah telah mengadakan latihan tempatan. Latihan pada kali ini amat istimewa kerana kami memasukkan program menderma darah dalam slot latihan kami. 

Namun tidak semua anggota berjaya melepasi tapisan sebagai peserta yang layak menderma darah disebabkan masalah tertentu seperti BP rendah dan kurang berat badan. Namun Programini berjaya mencapai objektifnya sebagai tanggungjawab sosial pasukan kepada masyarakat. Setelah berahirnya program derma darah, Pegawai Sains Hospital Besar Kapit menyampaikan sijil penghargaan kepada Pegawai Sukarela, Lt Cikgu Kuiek Bon Siau diiringi Lt.M Cikgu Adham. Hampir 30 anggota sukarela berjaya mendermakan darah mereka sehingga jam 1600. 

Diantara gambar kenangan semasa aktiviti menderma darah di Hospital kapit. 

Sebelum itu, di kem pasukan kami menjalani latihan tempatan dengan bantuan jurulatih daripada Sibu iaitu Kpl Mimit dan Sjn Joseph. Aktiviti kami bermula dengan kawad kaki dan membetulkan kesalahan-kesalahan kecil dalam kawad. 

Memandangkan hanya kawe sahaja yang Muslim dalam pasukan, maka kawe dipertanggungjawabkan untuk menyembelih ayam untuk menyediakan menu masakan tengah hari pasukan. Biasanya menu masakan adalah simple berdasarkan masakan tradisional Iban seperti ayam pangsoi dan sayur berupa ulam yang dipetik dari kawasan sekeliling kem. 


Dan biasanya kami akan merarau (makan tengahari) bersama dengan menu yang simple tetapi cukup menyelerakan he he. 

Friday, March 5, 2010

WANITA...

CANTIK WANITA KERANA KEJERNIHAN WAJAH,
MANIS WANITA KERANA SENYUMAN YG INDAH,
AYU WANITA KERANA KESEDERHANAAN LAHIRIAH,
HEBAT WANITA KERANA KEIMANAN YG TEGUH..

sayangi diri.... kasihi diri.... kerana dirimu begitu beharga!!

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan