Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Wednesday, January 27, 2010

Kenangan Matrikulasi Kolej Mara Kulim 2003/2004

video
Masa di matrik dulu, dikalangan kami, famous lagu nh. Entah naper kali ni teringat kembali kenangan semasa di sana.. hehehehe.. rindu akan sahabat2 yang penuh ukhwah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.. Team nasyid Kolej mempersembahkan lagu ni semasa sambutan Minggu Penghayatan Islam KMK 2004. Mari kita sama hayati lagu nh kerana sangat bermakna. Cinta sebenar adalah cinta kepada Allah yg Esa..

Demi Cinta Suci
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic

Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai





Rindu kenangan kalian semua.. berdiri dari kiri, kawe, Yaasi, Zurairie Zubir. Duduk dari depan, dari kiri Muhammad Nor, Nazmi dan faiz.. Ramai lg sahabat tetapi tak dak gmbar dh heh heh..

Dari kiri, Paan, Syawal, Saujana, Apih, Mejol, Akmal dan kawe

Tuesday, January 19, 2010

Ngeri: Akibat Kemalangan..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kali ni post entri kawe agak seram dan ngeri heh heh... Sekadar berkongsi cerita, maklumat dan pengalaman. Gambar2 yang kawe publish ni adalah kesan daripada kemalangan jalan raya yang dikirim oleh hamba Allah yang membantu menyelasaikan kes tersebut di wad orthopedik. Gambar pertama di atas adalah kemalangan yang menyebabkan siku pesakit pecah sehingga "joint" di sikunya tercabut. Doktor terpaksa memasukkan besi ke dalam tulang dan menjahit kesan koyakan..

Ini pula adalah kesan lama dari kecederaan akibat kemalangan. Mungkin pesakit tidak menjaga diri dengan betul sehingga berlaku jangkitan dalam tulang. Akibatnya berlaku la masalah seperti dalam gambar yang kedua di atas ni..
Manakala gambar ketiga ni menunjukkan keadaan pesait yang terpaksa melakukan pembedahan kecemasan disebabkan keretakan tulang dan doktor terpaksa memasukkan besi kedalam tulang akibat kemalangan juga ni..

Gambar yang terakhir ini menunjukkan keadaan betis yang tercedera setelah kemalangan. Tulang pesakit retak dan memerlukan pembedahan segera. Kelihatan Doktor sedang membeasuh luka dengan air bersih.

Jadi kawe nak nasihat la kepada pengguna jalan raya bahawa sentiasa berhati2.. Sebab kalao eksiden, jika Allah takdirkan kita selamat pun, seksa kesan dari kemalangan ni besar weh.. 
Semoga kita dijauhkan dari bala ni...

Malang tak berbau. Kemalangan sebegini memerlukan rawatan pakar yang memakan kos agak tinggi. Kita hendaklah merancang untuk menghadapi situasi yang tak disangka ini dengan melanggan perlindungan takaful. Jika kita membeli insurans kenderaan motor, segala bayaran primium setiap tahun akan hangus dan burn begitu sahaja kepada syarikat insurans. Tetapi jika kita membeli life insurans, Bayaran yang kita buat setiap bulan/tahun sebenarnya adalah satu simpanan dan kita akan mendapat balik segala bayaran kita tadi (mungkin dapat lebih dari apa yg kita bayar) untuk jangka masa panjang melalui plan pelaburan patuh syariah oleh pengendali takaful. Saya mencadangkan anda untuk memilih PruBSN Takaful sebagai syarikat pilihan kerana ia menawarkan plan yang kompetatif (Plan Perlindungan + Medical Card + Plan pelaburan syariah). Banyak testimoni yang +ve diberikan untuk PruBSN Takaful ini yang merupakan syarikat pertama memperkenalkan Medical Card dan antara syarikat yang membayar manfaat hopital (elaun harian warded, manfaat pembedahan dsb) yang tinggi serta urusan claim yang tidak cerewet seperti syarikat lain. Sila click link atau PM nama penuh, tarikh lahir, pekerjaan dan status merokok bagi mengetahui quotation harga terbaik untuk anda pilih bagi melanggan plan ini. 

Thursday, January 14, 2010

Cikgu di Kapit: Redah Hujan ke Sekolah

Assalamualikum dan salam sejahtera..

Tak sangka plak pagi ni hujan lebat. Memandangkan hari ni hari Khamis, biasa la kena berpakaian batik ke sekolah. Kebanyakan cikgu di Kapit ni hanya memiliki motosikal je kecuali cikgu2 yang ada keluarga, mereka mesti ada kereta untuk memudahkan pergerakan anak-isteri mereka.. Kawe pun pagi ni terpaksa la bungkus kasut dalam plastik, pakai baju hujan berlapis2, tunggang moto pecut untuk ke sekolah. Tepat jam 06:50 pagi sampai di sekolah terus Punch Card. 

Jarak sekolah dengan rumah sewa kawe ada la dalam 5km je. So kawe tunggang motosikal kapcai kawe tu selaju 60km/j selama 10min, sampai la kt sekolah. Sekarang memang musim hujan kat Kapit ni. So selalu ni biasa la bagi kami utk ke sekolah macam ni. Nak pakai kreta pun, bukan tak mampu, tapi keadaan jalan di kapit ni hanya sesuai untuk motosikal je la heh heh
Bila dah punch card, kawe pun masuk bilik guru pakai kasut.. Masa ni seluar memang basah la dari lutut ke bawah.. Tapi apa bleh buat... perkara biasa dlm awal bulan ni.. 


Sekarang baru la boleh memulakan tugas heh heh heh


Wednesday, January 13, 2010

Mendapat pasangan Soleh:MENCARI atau MENJADI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. kawe rasa terpanggil untuk berkongsi kepada semua sahabat. Untuk muhasabah diri dan ambil iktibar darinya.


“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?


Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.


Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!


Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Artikel cinta ini telah disampaikan oleh saudara Adam Huud.

Tuesday, January 12, 2010

Pemergian Sahabat Kawe: Al-Fatiha...

Assalamualikum dan salam sejahtera. semalam kawe dikejutkan dengan berita kematian sahabat kawe semasa kawe di tahun akhir, upsi. Allahyarham adalah junior kawe dan kami sgt rapat semasa sama2 aktif dalan rakan exco kerohanian kolej. semasa kawe di tahun 3, Allahyarham baru je memasuki UPSI dan bakat kepimpinannya terselah setelah diberi kepercayaan untuk menerajui exco kerohanian di Kolej Kediaman KUO. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan. Banyak pengalaman pahit dan manis perjuangan beliau semasa di UPSI. sekarang Allahyarham sedang praktikal di sekitar Tg Malim. Berikut kronologi kemalangan:


4.30 pagi – Arwah Faizol bersama 5 orang rakan ke KTM Tanjong Malim untuk menjemput rakan-rakan yang lain. Namun, arwah Faizol tiba agak lewat berbanding rakan-rakan yang lain dengan menaiki motosikal Kriss milik rakan sebilik di KUO.

5.00 pagi – Kemalangan melibatkan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa. Motosikal mangsa bertembung dengan lori kiriman barangan ekspress yang datang dari arah Rawang untuk ke Pulau Pinang.

5.15 pagi – Ambulans dari Klinik Kesihatan Tanjong Malim tiba. Arwah Faizol disahkan meninggal dunia ditempat kejadian manakala arwah Fadhiri dibawa menaiki ambulans untuk ke klinik kesihatan Tanjong Malim.

5.20 pagi – Polis tiba untuk mengawal lalu lintas. Orang ramai telah mulai mengerumuni tempat kejadian.

5.45 pagi – Arwah Fadhiri dibawa ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Ahli keluarga kedua-dua mangsa dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku. Arwah masih dalam keadaan sedar dan hanya mampu menyebut, “Allah…Allah…Allah…”

6.15 pagi – Pegawai Penyiasat Polis Trafik IPD Slim River tiba di tempat kejadian untuk membuat siasatan.

6.30 pagi – Mayat arwah Faizol di bawa menaiki Land Rover PDRM ke Hospital Slim River untuk dibuat bedah siasat.

7.00 pagi – Pegawai Perubatan memaklumkan arwah Fadhiri perlu dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah segera kerana mengalami kecederaan dalaman yang serius.

7.15 pagi – Pegawai HEP dan Felo Kolej Ungku Omar (KUO) tiba di Hospital Slim River.

7.30 pagi – Arwah Fadhiri dibawa ke Hospital Teluk Intan.

9.00 pagi – Arwah Fadhiri sudah tidak sedarkan diri. Arwah sudah mula berhenti bernafas dan otaknya sudah tidak berfungsi dan hanya jantung sahaja yang masih berfungsi. Pegawai Perubatan hospital berusaha keras untuk menyelamatkannya.

10.30 pagi – Pegawai Perubatan memaklumkan kepada rakan-rakan yang hadir bahawa arwah sudah meninggal dunia. Di Hospital Slim, arwah Faizol menerima kunjungan dari segenap lapisan masyarakat. Ahli keluarga arwah Faizol tiba untuk pengesahan mayat. Persediaan untuk memandi dan mengkafankan arwah Faizol dilakukan.

11.00 pagi – Abang sulung arwah Fadhiri, saudara Khairul yang datang dari Kuala Lipis tiba di Hospital Teluk Intan dan dimaklumkan mengenai kematian arwah. Keluarganya yang lain masih berada di Grik.

1.30 petang – Ayah dan ibu arwah Fadhiri tiba di bilik mayat. Persediaan untuk memandi dan mengkafankan jenazah dilakukan. Di Surau Al-Falah, arwah Faizol tiba untuk disolatkan.

2.30 petang – Arwah Faizol di bawa menaiki van jenazah Hospital Slim untuk dibawa ke Pasir Mas, Kelantan.

3.30 petang – Arwah Fadhiri disolatkan di surau Hospital Teluk Intan.

4.00 petang – Arwah Fadhiri dibawa menaiki van jenazah UPSI untuk dibawa ke Tanah Merah, Kelantan.

8.30 malam – Jenazah arwah Faizol tiba di kediamannya.

10.30 malam – Jenazah Fadhiri tiba di kediamannya manakala Jenazah Faizol telah selamat dikebumikan. Keluarga arwah Fadhiri masih menunggu seorang lagi abangnya yang dalam perjalanan dari Sarawak.

1.00 pagi – Arwah Fadhiri disolatkan. Hadirin yang datang untuk bersolat melimpahi hingga ke luar rumah.

1.30 pagi – Jenazah Fadhiri selamat dikebumikan.

Al-Fatihah…

Tuesday, January 5, 2010

Minggu pertama bertugas 2010

Sory kepada smua sahabat. Lama juga kawe tak updated blog dan pos cerita terbaru. Tak tau la kenapa. Rasa nk rehat je masa tu heh heh. Minggu ni minggu pertama kawe bertugas. So kawe dah pun terima port folio tugas baru. Jawatan tugas2 Khas pun dah berubah. Cuma jadual waktu masih lagi sama dengan subjek2 yang sama diajar untuk tahun ni. Cuma tahun ni kawe tidak lagi memegang jawatan sebagai Ktua Panitia Pengajiam Am, dan ditugaskan utk menjadi Ketua Panitia PJK heh heh. 


Maka minggu pertama ni biasa la.. sibuk dengan pengurusan la. Disebabkan kebanyakan pelajar dari pedalaman dan tinggal di asrama, mereka agak sukar utk datang awal. Mereka hanya sampai dan mendaftar diri sehari sebelum sekolah bermula. Jadi semua urusan akan dibuat dalam hari yg sama. Kawe pula meting pas cerah heh heh. 

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan