Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Monday, December 13, 2010

Teringat plok PSD:hukum tunduk kepala

Bismillah. Assalamualaikum smua.. Sampai je di Kuala Krai, kawe tertengok balik kitab Riyadhu Solehin jilid 5 yang terselit di almari buku rumah.. Teringat plak masa kawe cuti panjang sebelum bekerja di zaman bergelar mahasiswa dulu, kawe beli kitab ni dari Ust Dr Basit, Mudir di Pondok Sungai Durian (PSD) untuk kuliahnya pada setiap hari jumaat malam pas magrib. Terdetik rasa hati untuk berkongsi sedikit isi kitab ni buat sahabat sekalian… sebagaimana yang kawe dengar penerangan dari yang kawe muliakan guru kawe Ust Dr Basit. 


Hadis ke4 (m/s 3)

Daripada Anas R.A katanya, seorang lelaki bertanya, “wahai Rasulullah, apabila seorang daripada kita ini bertemu dengan seseorang atau sahabatnya, adakah boleh ia membongkokkan badannya untuk member hormat kepada saudaranya itu?” Baginda menjawab, “tidak boleh”. Kemudian orang itu bertanya lagi, “adakah boleh ia memeluk dan mencium tubuhnya?” Baginda menjawab lagi, “tidak boleh”.  Lelaki itu bertanya lagi, “adakah boleh ianya berabat tangan sahaja?” Baginda menawab, “boleh”. (Riwayat At-Tirmizi).

Huraian hadis:

Sebagaimana kita tahu, Nabi SAW melarang keras kita tunduk kepada manusia. Menurut Dr Basit, terdapat 4 hukum bila seseorang manusia menundukkan kepalanya iaitu:

1)      Tunduk Wajib – dalam solat.

2)      Tunduk harus – semasa membuat kerja/ aktiviti.

3)      Tunduk haram -  kepada manusia.

4)      Tunduk harus -  jika dipaksa tundu (jika tidak akan diancam).

Bila teringat balik, memang rindu sungguh dengan budaya beruguru di Kelantan. Dan kawe sungguh beruntung sebab rumah kawe dekat sahaja dengan PSD membolehkan kawe berulang alik dengan mudah. Memang tersimpan dalam hati nak belajar lagi di sini secara kuliah malam-malam bersama orang kampong yang lain dan menyumbang untuk pembangunan akademik pelajar PSD. Dulu masa siangnya pernah kawe mengajar Bahasa Ingeris kepada pelajar pondok hanya 2 minggu sahaja sebelum kawe dipanggil posting ke Sarawak sebagai guru sehingga sekarang. Pengalaman ni memang cukup bermakna.. sebab kawe mengajar pelajar yang sebaya dan ada yang lebih tua dari kawe dari pelbagai pelusuk bumi nusantara ni..

No comments:

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan