Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Tuesday, November 9, 2010

Saling Memahami, Bertoleransi & imbangi Hak Suami-Isteri


Bismillah. Assalamualaikm dan salam sejahtera. Kebelakangan ini kita sering mendengar masalah keretakan rumah tangga dan begitu banyak sekali masalah perceraian dalam hubungan suami isteri. walaupon perceraian itu adalah suatu yang halal namn ianya adalah perkara palng dibenci Allah SWT. 


Institusi keluarga Islam sebenarnya tunjang kepada perlindungan hak asasi manusia yang merangkumi isteri, suami dan anak serta keluarga besar termasuk ibu, ayah serta adik beradik.

Sebagai seorang yang memperjuangkan hak asasi dari segi konsep, politik, warga dan amali, saya yakin institusi keluarga berperanan penting menjelaskan dan menyaksikan betapa Islam tidak hanya menekankan aspek rohani semata-mata tetapi juga menawarkan pakej terperinci yang saling kait-mengait antara satu sama lain termasuk hak setiap ahli dalam keluarga. 

Keluarga dan rumah tangga dalam Islam bagi mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan kedamaian. Ini yang mendasari hubungan antara suami isteri, hak masing-masing hinggalah kepada anak-anak.

Akad antara suami dan isteri diikat dengan hak satu ke atas yang lain. Teras utama hak suami terhadap isteri supaya menjaga kesucian kehormatannya dan berkelakuan mulia. Ini sekali gus mengandungi perintah timbal balik supaya suami juga mesti setia, menjaga kesucian diri dan bersifat mulia.

Perkataan qawwamun dalam al-Quran seseorang yang bertanggungjawab atau yang menjaga sesuatu atau melindungi seseorang. Erti yang lebih mendalam dan komprehensif iaitu suami bertanggungjawab menjaga, menyara, membangunkan sahsiah dan melindungi isterinya secara fizikal, mental dan spiritual.

Huraian ini menyedarkan kita betapa adilnya Islam menentukan hak sewajarnya buat manusia dalam konteks keluarga. Jika hak suami supaya isteri menjaga kesucian dan kehormatan dirinya serta berakhlak mulia, ini bermaksud suami yang melaksanakan tugas ‘qawwam’ mesti terlebih dulu memiliki dan menjiwai sifat mulia itu.

Jika suami dan isteri memahami inti pati hubungan ini maka ketenangan akan mengalir deras dalam institusi keluarga. Suami berasa tenang dan tenteram isteri menjaga kehormatannya, manakala isteri juga berasa aman dan selamat kerana yakin di sisinya ada seorang suami sebagai pelindung.



Kesetiaan juga memainkan peranan yang penting dalam sebuah hubungan yang berkaitan dengan kasih dan sayang. Jika kita sayangkan pasangan kita, sudah pastilah kita akan setia pada pasangan kita. Jadi kita hendaklah mengorbankan hubungan persahabatan dan setia kawan kita pada orang yang kita kenali agar perasaan cemburu tidak menyelubungi perasaan pasangan kita.

Jika kita sayangkan seseorang itu sudah pasti anda tahu siapa yang ada dalam hati kita jadi bila kita sentiasa mengingatkan pasangan kita amat mudahlah kita mengelakkan daripada curang pada pasangan kita. Janganlah sesekali kita melupakan pasangan kita kerana apabila kita tidak berhubung dengan pasangan kita even dalam satu hari, sudah pasti pasangan kita akan fikir yang kita pergi mencari yang lain. Seeloknya kita memberitahu pasangan kita yang kita sedang sibuk kerja ataupun sedang sibuk belajar agar pasangan kita akan memahami keadaan kita yang sebenarnya. Itulah gunanya sikap berterus terang. Ia mengelakkan dari berlakunya kes perselisihan faham antara satu sama lain. 

Bukan laut namanya jika tidak berombak Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah cemburu atau merindu.

Janganlah sesekali anda menduakan seseorang yang anda sayangi kerana berkongsi itu merupakan sesuatu yang perit untuk dilalui. Sayangilah dirinya sepenuh hatimu.

Cinta itu adakalanya pahit adakalanya manis. Cinta terasa indah apabila kemana saja kita prgi ditemani oleh pasangan kita tetapi cinta itu akan terasa pahit apabila kita ternampak pasangan kita jalan berdua – duaan bersama insan lain. Hakikatnya kita seharusnya setia pada pasangan kita kerana dalam setiap hubungan percintaan haus ada kejujuran, kepercayaan dan juga kesetiaan terhadap pasangan. Jika dalam hubungan kita mempunyai kesemua faktor itu, insyaAllah hubungan kita akan kekal lama tetapi jika sebaliknya bersedialah kerana suatu masa anda akan berpisah dengan pasangan anda.

(Smber: Dipetik & diubahsuai daripada Bicara Kalbu)

2 comments:

Khairul Antasha said...

salam..betul tu cikgu.. :)

Muallim Adham said...

Khairl Antasha,

wslm... ya mmg betl.. Islam itu indah.. Sungguh indah hidup dalm syariat

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan