Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Saturday, August 14, 2010

Setuju hukuman berat buang bayi

Bismillah. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubat. Menutup jalan maksiat itu lebih baik daripada merawat penyakit yang timbul akibat daripada gejala maksiat yang berlaku. Sekarang timbul masalah pembuangan bayi yang begitu dasyat.  


Firman Allah dalam Surah Al-Israa’ ayat 32 yang bermaksud:


“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”.


Firman Allah lagi dalam surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud:-


“Katalah kepada laki-laki yang beriman: “hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kehormatan mereka yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat.”


Firman Allah lagi dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:-


“Dan katalah kepada perempuan-perempuan yang beriman: “hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kehormatana mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahirnya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju nya dengan tudung kepala mereka…”


Ketiga-tiga ayat di atas merupakan di antara perintah-perintah pencegahan yang turunkan oleh Allah swt sebagai pencipta manusia bagi mencegah manusia daripada penzinaan yang seterusnya membawa kepada kemusnahan hidup di dunia.




Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong cadangan mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah buang bayi yang semakin berleluasa di negara ini.

Bercakap sewaktu menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu hari ini, Menteri Besar Kelantan itu juga, bersetuju agar pesalah buang bayi tersebut dihukum mati jika bayi yang dibuang tersebut mati.

Menurutnya, hukuman tersebut wajar bagi memberi pengajaran kepada pelaku dan masyarakat keseluruhan agar tidak mengulangi perkara sama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan bunuh atau bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.


Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menteri Besar Kelantan itu juga seperti dilapor Bernama, berpendapat
undang-undang sekarang lebih "bersimpati" kepada penjenayah buang bayi yang menyebabkan gejala itu masih berleluasa.


Antara masalah yang timbul

Dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007 satu kajian di Lembah Klang mendapati seorang bayi dibuang setiap 10 hari dan yang lebih membimbangkan kejadian ini tidak hanya berlaku di bandar-bandar besar sebaliknya semakin menular di desa dan luar bandar. Ini jelas terbukti apabila sejak akhir-akhir ini kes-kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku di luar bandar.


Menurut Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon sebanyak 304 kes buang bayi telah dilaporkan antara tahun 2004 hingga 2007 yang membabitkan 117 bayi lelaki, 96 bayi perempuan manakala bakinya tidak diketahui jantina kerana
mayat reput.


Menurut Statistik Ibu Pejabat Bukit Aman pula sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan melayu mencatat jumlah tertinggi iaitu 36%.


Statistik-statistik di atas jelas menunjukkan betapa nazak dan dahsyatnya permasalahan buang bayi yang melanda masyarakat kita saban hari , masa dan ketika yang semakin bertambah.dari hari ke sehari tanpa menunjukkan kadar penurunan.


Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara sekitar tahun 2000 hingga 2008 terdapat 257,000 kanak-kanak yang didaftarkan tidak mempunyai nama bapa dan yang lebih menyedihkan lagi apabila bagi tahun 1999 hingga 2003 sahaja, 44% anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan.


Macammana nak atasinya?


Penulis amat tertarik dengan saranan Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Universiti Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid yang mengatakan “ Jika semua pihak terutamanya kerajaan serius dalam menangani isu pembuangan bayi yang saban hari dilaporkan, tumpuan perlu diberi kepada usaha membersihkan masyarakat daripada sumber-sumber yang mendedahkan mereka kepada faktor yang merosakan nilai murni.”


Satu usaha yang bersepadu haruslah diambil secepat mungkin oleh semua agensi kerajaan termasuk NGO bagi memastikan segala punca kepada masalah pembuangan bayi dapat dikenalpasti dan dihapuskan daripada terus mencengkam masyarakat.


Firman Allah dalm Surah Al-Anfal ayat 20-22 yang bermaksud:-


“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (perintah-perintahnya dan janganlah kamu menjadi sebagai orang munafik yang berkata “Kami mendegar , pada hal mereka tidak mendengar. Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk disisi Allah ialah orang yang pekak dan tuli ( tidak mendengar atau memahami kebenaran iaitu orang-orang yang tidak mengerti.)

Perlakuan seks bebas, pergaulan bebas, minum arak, penagihan dadah, bohsia, bohjan, mat rempit, sumbang mahram , rogol, pencabulan dan pelbagai lagi permasalahan yang melanda masyarakat wajar dibenteras secara bersepadu dengan berpandukan kepada panduan Ilahi bukan hanya berlandaskan akal semata-mata dan penyelesaian jangka pendek yang hanya mengundang masalah selanjutnya yang tidak berkesudahan.


Masalah pembuangan bayi merupakan salah satu natijah buruk yang terhasil akibat daripada pelbagai masalah masyarakat yang melanda.dan kini telah menjadi barah yang semakin merebak di dalam masyarakat kita.


Justeru itu cara yang sewajarnya bagi menangani permasalahan buang bayi adalah membenteras segala punca yang menjadi sebab kepada permasalahan ini. Kepincangan pendidikan, persekitaran, perundangan dan institusi keluarga harus diperbetulkan demi melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni yang membawa kepada terlahirnya generasi muda yang mempunyai daya tahan yang tinggi bagi menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang di zaman yang serba canggih dan moden ini.


Penulis ialah Penolong Setiausaha Agong Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Sila layari http://www.peguamsyarie.org atau email ke sekretariatpgsm@yahoo.com

(Dipetik dan diubahsuai daripada ISU PEMBUANGAN BAYI, APA PENYELESAIANNYA oleh Oleh Marlina Amir Hamzah dan HarakahDaily

4 comments:

Temuk said...

Salam Cikgu
Kes membuang bayi memang sudah jadi serius. Masyarakat & negara jadi tercemar namanya. Sayangnya tak dapat diwujudkan statistiks tepat pembuang bayi dan latar belakang mereka. Negara kita kini telah dihuni oleh anggaran 3 juta pendatang. Kita tidak menuduh mereka. Tetapi kita juga tak mahu sentiasa beranggapan penduduk tempatanlah yang membuat angkara.

Selamat menjalani ibadah puasa.

Muallim Adham said...

Temuk,
wslm... slmt beribadat di bulan ramadhan..
ya mmg tidak dinafikan kehadiran pendatang turut memainkan peranan besar menyumbang masalah sosial ni..

Walaubagaimanapun, kita kena usaha sedaya yg mampu oleh kita.. yg lain kite berserah kpdNya

jumana said...

salam
makin banyak isu ini skrg
huhu..kejam

lame x menyinggah di sini
salam ramadhan
semoga bhgia di samping insan2 tersayang:)

Muallim Adham said...

jumana,
wslm... slmt myambut ramadhan dgn ibadat2

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan