Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Saturday, July 3, 2010

Memaafkan dan Melupakan Kecurangan


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Artikel ni kawe petik dari http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/memaafkan-dan-melupakan-kecurangan/ bagus utk kita baca dan renung,, 


Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.

Mengapakah insan, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.

Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.


Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut. Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil.

Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.

JANGAN BERSEDIH…

7 comments:

sonata anak kancil said...

jika berpegang kepada agama Islam yang kukuh kecurangan takkan berlaku

Cikgu Adham said...

slm..

Sonata,
ya betul tu

Tirana said...

memberi maaf akan membawa kepada ketenangan jiwa...

Cikgu Adham said...

Slm..,

Tirana,
sungguh.. mmg betul hehe

kal jis (im not carl zeiss) said...

Salam.. setuju dgn entry ni. Maaf adalah yg terbaik, tapi melupakan adalah mustahil.. :)

Anonymous said...

apa yang boleh dilakukan jika kita tidak mampu lagi menahan derita ini...
penderitaan ini cukup menyiksakan..
berikanlah saya petunjuk...
berkali saya memohon pada yang Esa namun saya masih bertahan kerananya..
tapi penderitaan ini tak mampu saya tahan lagi...
saya rela jika dia pergi..

Muallim Adham said...

kalJis,
wslm.. waw mmg hebat demo.. sunggh tegas hehe....

Anonymous,
sabar... teruskanlah cari petunjuk kerana percaya la pada janji Allah bahawa setiap jian yang diberi sebenarnya termampu utk kita ttanggung.. Sentiasa berperasangka baik pd ketentuan Dia dan insyaAllah pasti Dia permudahkan rusan kita

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan