Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Sunday, April 4, 2010

Uniknya Kapit, Sarawak, Malaysia


Assalamualikum dan salam sejahtera. Sudah lama kawe tidak memasukkan cerita dan pengalaman kawe sebagai Mudarris di Kapit. Kali ini kawe ingin berkongsi pengalaman melihat haiwan exotic yang dijual di pasar Kapit sebagai makanan exotic masyarakat di sini. Mungkin gambar ini kawe telah dedahkan dan ada beberapa gambar yang terbaru buat perkongsian sahabat sekalian. Pada 2-4 April 2010, kawe dan sahabat serumah telah bercuti ke Sibu. Jadi laluan utama adalah melaui Sungai Rejang, sungai terpanjang di Malaysia. Gambar di atas adalah keadaan Wharf (jeti) di Kapit. 

Di pasar kapit terutamanya pada hujung minggu biasanya penduduk di pedalaman akan berkumpil di Kapit untuk mencari barang keperluan dan menjual hasil hutan mereka seperti barang pertanian dan tangkapan. Contoh di atas ialah labi-labi yang dijual sebagai menu exotic. Biasanya labi-labi ini mereka masak sup.. huhuhu..

Dalam banyak-banyak haiwan pelik, ulat mulong ni la antara haiwan yang halal dimakan dan telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Malaysia. Biasanya ulat ni dijual RM1 seekor dan rasanya agak lemak-lemak. kalo di semenanjung ia diperolehi dalam sagu. Mulong tu sebenarnya sagu dalam bahasa Iban hehe. Biasanya ulat ini dimakan mentah2 dan digoreng.. Tapi kawe sendiri tak pernah merasainya dan setakat ni tak ada angan-anagn untuk mencubanya hehe.. 

Haiwan yang dibelah dua secara lateral di atas plak ialah musang buah. Di kapit ni terdapat macam-macam benda pelik huhuhu. Sampai musang buah yang dijual ni sudah siap disiang dan hanya perlu potong-potong untuk dimasak huhuhu. Ingin ditegaskan di sini ya bahawa semua maknan ini haram dimakan untuk penganut agama Islam kecuali ulat mulong tadi je hehe.. Tapi ada sesetengah masyarakat Islam di Kapit yang jahil mendakwa musang buah boleh dimakan sebab ianya hanya makan buah je di atas pokok huhuhuu... Nauzubillah..

Ini plak paling istimewa untuk dikongsi semua. Kawe sangat bertuah dapat melihat Ular sawa dijual. Di kapit ni ular sawa akan melarikan diri jika berjumpa manusia sebab pasti ditangkap kerana ianya bernilai RM30 sekilogram huhuhuhu. PMinggu lepas kawe bertuah kerana melihat sendiri bagaimana Ular sawa di siang, dipotong-potong dan dilapah untuk dijual. 


Biasanya apabila ular sawa dibawa ke pasar Kapit, para pelanggan sudah menunggu dan sebelum ianya siap dipotong, ular sawa tersebut sudah habis ditempah oleh pelanggang. Adei sekali tengok memang menggelikan dengan baunya yang hanyir..

Bagi penduduksetempat yang berburu di hutan, apabila mereka berjaya menangkap ular sawa, menjadi satu bonus untuk mereka kerana agak lumayan apabila dijual di Pasar..

Kawe pernah bertanya kepada sahabat kawe yang merupakan anak jati Kapit. Macammana masakan yang terbaik untuk ular sawa.. Beliau mendakwa ular sawa nyamai (enak) dimasak kicap dengan memasukkan bawang putih banyak-banyak.. hehehe sekali dengar memang rasa geli beb..

Dan akhir sekali ialah ayam ni hehe. Tengok harga memang tak munasabah untuk dijual seekor ayam jantan dengan harga RM360. Tapi ini antara yang termurah kerana biasanya harga seekor ayam begini adalah ribuan ringgit. Ini adalah ayam laga. Budaya di sini adalah bersabung ayam. Walaupun ianya haram di sisi Islam, tetapi adab dan budaya masyarakat disini tak tahu erti semuanya kerana itu memang budaya mereka. 

Saya sempat juga melihat ular sawa hidup disembelih dan dipotong di depan pelanggan. Kemudian pelanggan akan berebut2 untuk membelinya. sila klik link ini untuk melihat video tersebut. 

20 comments:

sarahfazalul said...

ngeeee~~ada jugak orang makan makanan macam tu..ular sawa masak kicap..ish ish..ulat mulong yang halal pun geli geleman patik tengok..

Kamil L said...

salam cikguuuu...apa kbr? adus...mahalnya ayam tue cikgu....tak sanggup rasanya nak beli..huhuhu...

Cikgu Adham said...

salam..

Sarah,
adeiii heh heh ni sekadar laporan jah..

Kamil, wslm..
alhamdulillah.. Kammil pon harap mantop sokmo... sabung ayam huhuhu.. kdg2 ada yg bertaruh sampai ribuan ringgit weh..

CikguSyahir said...

Salah satu kenangan berada di Kapit...

Kal Jis said...

Cikgu Adam.. kawe sendiri org Swak pun tak sapai lagi Kapit.. Jan 2010 hari tu hampir2 nak ke Kapit tp last2 kwn plak yg cover kawasan tu dan kawe gi Betong sampai Sibu je.

Mmmg, kat area Swak ni byk sgt makanan eksotik dan tadi tu hanya beberapa percent je. Masa kawe dok Sibu dulu, jiran kawe penah melapah mcm2 haiwan seperti gambar dlm entry ni.. Kawe pun same gak mcm demo tak penah teringin dan pasang angan2 nak mkn ulat mulong wlupun difatwakan halal hehehe.. :)

Cikgu Adham said...

salam..

CikguSyahir,
heh heh mmg ni kenangan kita weh.. kena igt molek..

Kal Jis,
ya ke.. h eheh heh nnt insyaAllah datang la ke kapit.. tapi kami yg ket kapit ni pon bukan selalu gk jumpa benda2 gini.. orang kata rezeki juga la he he dpt pengalaman gini..

ieyka said...

pelik2....

Atikah said...

Salam Cikgu...
orang sarawak nie makan benda yang pelik2 ya...

Cikgu Adham said...

salam..

Ieyka,
sungguhhh..

Atikah,
wslm.. biasanya gtu la heh heh

qaseh mas said...

salam cikgu
macam-macam yang eksotik belaka tuuu
lat tu mahalnya,sekor rm1?

Cikgu Adham said...

Qaseh mas,
wslm...
yap mmg macam2 ada...
ulat mulog di kapit memang mahal sebba semua benda d kapit ni mahal2 belaka heh heh..

Temuk said...

Salam Cikgu Adham
Mohon izin singgah. Blog cikgu amat informatif & menarik. Darinya kita dapat mempelajari budaya lain. Banyak budaya orang yg walaupun dekat dgn kita, sebenarnya tidak kita ketahui & fahami. Usaha cikgu amat murni.

Cikgu Adham said...

temuk,
wslm...
ya thanks kerana ziarah teratak yg tak seberapa ni... yap masa yangada insyaAllah saya akan gunakan sepenuhnya utk memaparkan budaya d kapit sebagai perkongsia utk semua...

sgt seronok bila kita lihat sendiri perkara2 yang jarang kita lihat di depan ata..

aZHIeeDA said...

mmg beruntung cekgu dapat tengok sendiri..mesti seronok kan??

Cikgu Adham said...

Azhieeda..

yup, alhamdulullah... pengalaman gt bermakna

Anonymous said...

Saya super senior guru smk selirik tahun 1983-85. Nak tahu selain daripada makanan esotik tadi ada juga dijual kijang, rusa, landak babi hutan yang di sembelih on the spot.
Skrg ada lagi ka?

Muallim Adham said...

cikgu,
anda mungkin sempat mengajar bersama cikgu2 senior lain pada 1983-85 seperti Ckg Ahmad Mahidi (sarawak) dan Ckg Ayub (kelantan).

jarang sekali kita lihat mamalia disembelih di pasar tu. cuma sekali pernah lihat rusa hidup di bawa ke pasar dan disembelih. saya cuba snap gmbar, tetapi tdk dibenarkan oleh owner. so kami dpt tgk je la..

namun bagi reptilia, spt ular, labi2 dan biawak, mmg mereka sembelih di pasar tu depan pelanggan.

Muallim Adham said...

jika nk lihat ular sawa dipotong idup2 di pasar kapit, sila klik link ni http://dehewaraspak.blogspot.com/2010/05/tinjauan-ke-pasar-kapit-ular-sawa-di.html

Anonymous said...

i really adore and appreciated this blog... even u org Semenanjung tp u sikit pon tak jijik gengan lifestyle org. pedalaman. Respect ngn cara u... sbb ramai org.semenanjung merendah-rendah kan masyarakat pedalaman sarawak sehingga menganggap mereka duduk atas pokok dan sebagai nya... Mostly org Kelantan ramai yg.educated dan menghormati org. Last but not least, i suka sgt ngn. Ayat2 kat blog u... Semoga di rahmati selalu...

Muallim Adham said...

Terima kasih atas kunjungan anda di blog yang tak seberapa ni... Pengalaman sekulumit dikongsi, mungkin ramai d sana idamkan pengalaman sebegini... Kapit byk mematangkan hidup saya...

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan