Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Tuesday, February 2, 2010

Erti Disebalik Kesetiaan


salam..
Seronok bila membaca artikel dlm blog apa ertinya cinta... sangat bermanfaat dan dapat membuka minda kita dalam menngharungi hidup bercinta nh..untuk bacaan lanjut sila clik

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…


Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…

8 comments:

::SizuKa:: said...

salam cikgu..

i really love this entry!~

Cikgu Adham said...

wslm sizuka...

cikgu pun sukakannya..

insan pendidik said...

salam adham,

kesetiaan tu adlh ptg ... kalo dh jumpe cinta tu... jgn bukak ruang utk mencinta atau dicinta insan lain

Cikgu Adham said...

salam IP..
thanks.. mmg sepatutnya begitu la... heh heh.. semoga kita ditetapkan hati... mencintai dalam mencari keredhaan Allah

Cikgu Adham said...

salam IP..
thanks.. mmg sepatutnya begitu la... heh heh.. semoga kita ditetapkan hati... mencintai dalam mencari keredhaan Allah

TeacherNunu said...

semoga saya menjadi isteri yang sentiasa setia pada suami saya :) ...good article !

syahbandar87 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Cikgu Adham said...

salam..insyaAllah..

teacherNunu,
insyaAllah.. sentiasa istiqamah dlm amalan kita..

Shahbandar..
ya betol heh heh...

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan

Blogger:

Blogger:
Lt.M Adham