Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Tuesday, February 9, 2010

5 jenis anak murid saya...


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kawe suka dengat cerita sahabat kawe. Suatu hari semasa mengajar bab solat dalam surau, seorang pelajar yang begitu kurang ajar tidak mengendahkan nasihat Ustaz nya untuk beradab di dalam surau di lempang oleh Ustaz tersebut selepas pelajar tersebut melakukan perkara yang agak melampau, tapi tak pasti la apa..


Lalu pelajar tersebut report kepada ibu bapa dan datang la rombongan dari ibu bapa tersebut untuk meminta penjelasan dari Ustaz tersebut.. Rombongan tersebut siap diiringi beberapa 'body guard" lagi heh heh.. Soalan pertama yang ditujukan kepada Ustaz;

"Mengapa Ustaz lempang budak tu?"


Dengan tenang Ustaz tersebut menjawab;

"Saya minta maaf. Sebenarnya anak murid saya ni ada 5 jenis. Yang pertama jenis ABU BAKAR; bila dicakap dengn baik, dia dapat terima dan ikut, kalau diminta cara tak elok pun dia dapat terima dan ikut sahaja dengan mudah. Yang kedua ialah jenis ABU SUFIAN; bila di ajar dan ditegur pada mulanya melawan tetapi akhirnya dapat terima dengan baik dan ikut juga dengan mudah..


..yang ketiga jenis ABU TALIB; kalau diminta cara elok atau tidak elok pun boleh bekerjasama dan mengembirakan semua pihak, namun hatinya keras tetap tak mau ikut..


..yang keempat jenis ABU NAWAS; dimana penuh tipu muslihat segala tindakannya, namun ianya bijak bertindak tanpa memudaratkan sesiapa.


..dan akhir sekali yang kelima jenis ABU JAHAL; diajar dengan baik tetap tak nak ikut, diajar dengan kasar pun tak nak ikut, degil dan melawan sepanjang masa.."

"Jadi fikir-fikir la budak tu jenis pelajar yang macammana.."


6 comments:

Tirana said...

jenis Abu Jahal la tu..sebab tu kena lempang..hehehe

n@m@n said...

anak2 murid kawe rama hok last tuh...guano kiro gu??hehe

anakmuaallaf said...

Salam,
Jika dapat anak murid macam Abu Jahal fenin cikgu..dia akan buat havoc satu sekolah...
Jika "bujang senang" ada buka sekolah swasta syorkan dia berpindah kesana..

Cikgu Adham said...

salam..

Tirana,
heh heh ya la kut.. apa bleh buat...

naman,
ai berat dh setara tu sheikh... kene ikhtiar pelembut hati anak murid demo...

anak muallaf,
wslm..
yap mmg pening heh heh.. mcm2 la jenis anak murid sekrg... apa leh buat.. kita usaha yg terbaik

sayang said...

saya pelajar yang baik ye cikgu . hohoho

Cikgu Adham said...

salam.,
sayang,
yap.. kamu pelajar yg baik.. dan pasti sentiasa jd yg terbaik utk diri kamu

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan