Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Wednesday, January 13, 2010

Mendapat pasangan Soleh:MENCARI atau MENJADI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. kawe rasa terpanggil untuk berkongsi kepada semua sahabat. Untuk muhasabah diri dan ambil iktibar darinya.


“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?


Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.


Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!


Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Artikel cinta ini telah disampaikan oleh saudara Adam Huud.

10 comments:

sonata anak kancil said...

semoga kita terus menerus jadi soleh & solehah....nak cari yang soleh atau solehah sangat susah! ( tatau la benchmark apa yang digunakan sehingga bertemu yang soleh @ solehah )...semuanya ini boleh dididik @ dibimbing bersama2 untuk untuk kebahgiaan di dunia apa lagi di akhirat kelak.wallahualam.

insan pendidik said...

salam adham,

Bagus entri mu ni sikit sebyk bole jadikan panduan especially untuk yang masih dalam pencarian tu. Yang penting kerukunan rumah tangga bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin rumah tangga tu sentiasa membimbing ikut lunas agama. Manakala, pasangannya harus sedar akan tanggunjawabnya juga. Bukan kepada suami sahaja tapi juga kepada Allah SWT.Barulah hidup bahagia aman damai sampai anak cucu.

Cikgu Adham said...

salam..

sonata anak kancil,
insyaAllah kita sama berdoa agar istiqamah dalam semua hal kebaikan..

IP,
wslm..
heh heh saja nk berkongsi.. kdg2 kita tak sedar utk usaha diri sendiri..

LanaBulu said...

Kisah N3 cikgu ni teringat pula nostalgia lama masa kat kampus dulu...mmg suka sangat siswi yg bersopan santun...
rasa2nya nak kaut semua balik umah jumpa ibu...hee
tapi..cepat2 sedar diri..tau diuntung..

Cikgu Adham said...

salam..

LanaBulu,
ya heh heh mmg tak dinafikan la.. kalau kita sebagai lelaki.. seteruk mana puk lelaki di dunia ni, pasti nakkan isteri yg solehah dan sempurna, kan?..

tp kita ni kdg2 lupa diri kan..
heh heh heh..

masih ada ruang utk kita berusaha ke arah kebaikan

tokjogho said...

tuhan menjadikan kita dengan jutaan peluang untuk sujud dan bersyukur kpdnya. Gunakan peluang tersbut sebaik mungkin dan binalah keluarga berlandaskan jiwa keislaman agar kita tidak dibawa arus yang deras.
Bentuklah peribadi diri dan bimbinglah ahli keluarga terdekat sebaik mungkin sebelum berusaha membentuk peribadi yang lain. INsyaAllah, keikhlasan itu akan diterima oleh Allah SWT. Wallahua'lam.

Cikgu Adham said...

tokjogho,
salam.. thanks komen ni..

Cikgu Adham said...

tokjogho,
salam.. thanks komen ni..

white rose said...

salam...

kelebihan seseorh itu adalah tuk melengkapi kelemahan pasangannya...
kita bkn sesempurna RASULULLAH S.A.W..

Cikgu Adham said...

white ros..
wslm.. usaha kena ada utk jd yg trbaik

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan