Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Tuesday, December 15, 2009

My x-teaher and her husband from UK


Asalamualaikum dan salam sejahtera.. Kali ni kawe nak cerita mengenai bekas guru kawe masa kawe kecik2 dulu.. iaiti Cikgu Keloe Eh Tong atau kawe lebih suka pangginya Kak Tie.. Keluarga Kak Ti memang dh lama kenal dan baik sangat dengan keluarga kawe semenjak zaman Mendiang ayah Kak Ti lagi.. Kak Ti ni keturunan Siam kelantan dan mengajar subjek English di SMK Teknik Kuala Krai.. sejak kawe kecik lagi, abah kawe antar kawe belajar bahasa inggeris di rumah Kak Ti.



Kak Ti berkahwin dengan Steave dari UK. Mereka mula saling mengenali semenjak Kak Ti mula belajar di peringkat ijazah pertama di UK dalam bidang B.Ed TESL. Semenjak kahwin, Steave tidak pernah menjejakkkan kaki di Malaysia memandangkan orang tuanya uzur di UK. Setelah Kematian Ibunya di UK, Steave buat pertama kali mengikut Kak Ti pulang melawat Malaysia dan kawe berkesempatan berkenalan dengan Steave.. Steave sangat peramah.. best juga la kawe sembang2 dengan dia heh heh heh..



Pada petang tadi family kawe bersama Kak Ti dan STeave gi makan roti canai di Kedai Sulaiman jalan batu balai kuala krai kelantan heh heh.. masa mula2 kawe masuk kedai, semua orang pandang2.. Ni permintaan Steave utk merasa buat pertama kali roti canai.. dia kata "nice" heh heh.. Steave juga amek kesempatan la tengok lagu mana nak tebar roti canai dan bergambar kenangan.. Kak Ti dan Steave akan pulang ke UK pada jumaat ni.. Kak Ti pula akan kembali ke Malaysia pada 1 jan utk memulakan tugasnya sebagai guru inggeris di SMK Teknik Kuala Krai..


Pada setiap cuti sekolah, Kak Ti akan ke UK untuk bertemu dengan Steave.. sebab tu kawe jarang berjumpa dengan Kak Ti untuk berkongsi cerita.. maka peluang yg ada sekarang tidak dilepaskan untuk berkongsi pengalaman dengan bekas guru kawe untuk sama2 kita perbaiki diri kita..

Friday, December 11, 2009

Memperkasakan Maahad Tahfis Sains


Assalamualikum dan salam sejahtera... 

kawe sangat tertarik dengan satu pemikiran yang ditulis dalam sebuah akhbar.. sama2 kita renungkan...

Oleh: Zolkharnain Abidin .

Secara peribadi, saya sangat menghargai usaha mana-mana pihak memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada penghafaz al-Quran. Samada usaha itu dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang atau oleh kerajaan BN seperti Terengganu misalnya, semuanya adalah baik dan bagus.

Saya berkesempatan pada awal bulan yang lalu mengunjungi Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong Kelantan kerana beberapa urusan rasmi. Memang mengagumkan.

Usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan ini memberi keuntungan besar kepada rakyat negeri itu secara khusus. Kelantan juga ada Maahad Tahfiz al-Quran Sains. Mereka bakal melahirkan sekian banyak profesional hafiz untuk menempati pelbagai institusi profesional.

Berbeza dengan kebanyakan maahad tahfiz yang ditubuhkan oleh pelbagai pihak, individu atau badan tertentu, dalam keadaan maahad tahfiz tersebut menerima sesiapa sahaja untuk menghafaz al-Quran, termasuk yang tidak tahu membaca al-Quran, Maahad Tahfiz Pulai Chondong hanya menerima pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR dan lulus temuduga yang dianjurkan oleh maahad itu.

Maksudnya, maahad itu hanya menerima yang terbaik sahaja.

Tentunya, ini mengikis tanggapan negatif sebahagian orang, pengajian hafaz al-Quran dan pengajian Islam hanya untuk mereka yang lulus corot dalam peperiksaan awam sahaja. Sedangkan hakikatnya, menghafaz al-Quran memerlukan keupayaan otak yang tinggi.

Negara kita memiliki banyak sekolah yang menempatkan pelajar cerdik. MRSM, sekolah-sekolah menengah sains dan sekolah cluster misalnya. Di Perlis, ada MRSM Beseri, Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Derma, Sekolah Menengah Dato’ Syeikh Ahmad, semua sekolah ini hanya menerima pelajar terbaik UPSR sahaja.

Termasuk juga dua SMKA iaitu Sekolak Menengah Kebangsaan Agama Arau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar. Tidak terkecuali Madrasah Alwiyah, sebuah sekolah menengah agama milik kerajaan negeri.

Persoalannya ialah, mengapa sekolah-sekolah menengah yang berpelajar cerdik ini tidak menerapkan subjek hafalan al-Quran?

Tidak perlu hafaz al-Quran semuanya kerana memang difahami bahawa pelajar-pelajar tersebut terbeban dengan banyak subjek peperiksaan awam. Cukup sekadar setahun 3 atau 5 juzuk misalnya, dan kalau itu masih berat juga, 1 atau 2 juzuk juga sudah memadai. Apabila mereka tamat PMR, sekurang-kurangnya mereka menghafaz antara 9 hingga 15 juzuk al-Quran atau sekurang-kurangnya 3 juzuk al-Quran.

Kementerian Pelajaran tidak perlu berpening-pening kepala berfikir untuk menerapkan pelbagai subjek siviklah, kenegaraanlah, kesedaran bahaya dadahlah yang belum tentu hasil dan kesannya itu, kerana diyakini pelajar yang hafaz al-Quran tentu akan terhindar daripada gejala negatif itu.

Pelajar Maahad Tahfiz Pulai Chonding Kelantan belajar 9 sembilan subjek untuk peperiksaan PMR, belasan subjek lain dalam bahasa Arab, dalam masa yang sama mereka hafaz al-Quran. Hasilnya, mereka cemerlang PMR, hafaz al-Quran dan menguasai cabang ilmu Islam yang lain termasuk bahasa Arab dengan baik.

Mengapa MRSM dan sekian banyak sekolah menengah sains di negara kita tidak melakukan ini semua? Mengapa masa hidup mereka sebagai pelajar muslim ‘dibazirkan’ dengan aktiviti yang entah apa-apa? Kalau mereka diperuntukkan masa untuk pendidikan seni, Tae Kwon Do, kumpulan koir, band dan banyak lagi, mengapa tiada difikirkan secara serius peruntukan masa untuk menghafaz al-Quran?

Saya seronok dengan kelahiran begitu banyak pusat menghafaz al-Quran, tetapi sayang, pusat-pusat ini kebanyakannya dipenuhi oleh mereka yang tiada tempat di sekolah-sekolah ternama tadi. Akhirnya, terkial-kiallah pelajar ini menghafaz al-Quran dengan serba kepayahan dan kesusahan.

Memang ramai yang berhasil menghafaz al-Quran juga sudahnya dan itu memang sangat bagus daripada dibiarkan mereka ‘menghafaz’ entah apa-apa, tetapi isunya ialah mereka hanya sekadar mampu membaca al-Quran sebagai imam dalam solat sahaja.

Sedangkan al-Quran bukan untuk dibaca dalam solat sahaja. Al-Quran perlu berada di dalam makmal sains, di mahkamah, di perut bumi, di dasar laut, di dalam kapal angkasa, di bank, di pejabat-pejabat korporat, dan di mana-mana lagi.

Tentulah mereka yang mampu membawa al-Quran ke lokasi itu semua adalah mereka yang sekarang sedang belajar di sekolah-sekolah bagus tadi. Tapi, kalau mereka tidak menghafaz al-Quran, bagaimana mereka mampu membawanya ke sana?

Thursday, December 10, 2009

Aktiviti Cuti: Main tenis di Kuala Krai

Assalamualaikum dan salam sejahtera... alhamdulillah di kelantan hujan dah mula reda dan panas menyusul.. so kawe amek peluang main tennis dengan member2 guru MRSM krai dan rakan2 lain.

Wednesday, December 9, 2009

Servey: Perkhidmatan teksi lebih teruk dari perkhidmatan tandas awam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. kawe dapat artikel ni dari Berita Harian mengenai mutu perkhidmatan teksi awam dan tandas awam di Malaysia berdasarkan dari pelancong asing di Malaysia..

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan teksi di negara ini masih tidak berubah berikutan sikap pemandu yang tidak berdisiplin dan gagal memenuhi keperluan penumpang walaupun kerajaan meluluskan kenaikan tambang tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, perkhidmatan itu berada pada tahap rendah hasil kajian ke atas pelancong asing yang mengakui perkara pertama mereka tidak senang ialah perkhidmatan teksi dan kedua, tandas kurang bersih.

“Saya nak bagi tahu kajian ke atas pelancong yang berkunjung ke negara ini dalam aduannya yang pertama mereka tak suka ialah (perkhidmatan dan sikap pemandu) teksi dan kedua tandas (tidak bersih).



“Jadi, sikap pemandu teksi ini lebih teruk daripada tandas. Kelakuan sikap negatif pemandu teksi, termasuk mengenakan harga tertentu atau enggan hantar penumpang di tempat jauh amat tidak disenangi pelancong.

“Saya harap orang ramai melaporkan segera kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) jika ada pemandu teksi tak berdisiplin untuk diambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara DRB-Hicom Berhad bersama tiga persatuan teksi di bawah Pakej Enam Dalam Satu, di Kelab Taman Perdana Diraja, Taman Tasik Perdana di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Pengarah Kumpulan Bahagian Automotif DRB-Hicom, Datuk Nik Hamdan Nik Hassan.

Nik Hamdan mewakili DRB-Hicom manakala Persatuan Pengusaha Teksi Bumiputera Malaysia (Perbumi) diwakili Presidennya, Datuk Mohd Alias Abdul; Persatuan Pengusaha Teksi, Kereta Sewa Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perpekli) diwakili Pengerusinya, Datuk Aslah Abdullah dan Persatuan Pengusaha Teksi Lembah Klang Kuala Lumpur (PPTLK) diwakili Pengerusinya, Abd Jalil Maarof.

Pakej itu yang julung kali diperkenalkan di negara ini untuk kemudahan pemilikan teksi yang menggabungkan enam pihak di bawah satu bumbung diuruskan DRB-Hicom.

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan