Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Wednesday, November 25, 2009

Aktiviti Di Kampung: Main Futsal dengan member

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Musim cuti ni hujan-hujan kawe pun tak tau nak wat menda.. Mujur ada member2 di kampung, buleh la kawe lepak2.. Dalam hujan gini tidak menghalang set2 kawe untuk bermain futsal..


Di kuala Krai ada 2 court futsal iaitu Pahi dan Sungai Durian.. Tapi yang menjadi pilihan kami adalah di Pahi dengan harga RM60 sejam. Biasanya kami bermain antara jam 9pm hingga 10 pm je.. tu penat sampai "tok rok cetong" heh heh.. sumbat juga la... Biasanya geng2 yang bermain dengan kawe ialah member2 sekolah rendah dulu dan member2 lepak kedai kopi di kampung heh heh.. demo ni mantap belaka ni.. jenis tak hirau kot ore.. uh uh uh kalo kawe gak... uhuh balik awal la...

Memang penat sebab kawe tak biasa main futsal ni.. main sekali sekala jah di Kapit dengan rakan2 guru yang lain.. Ia bagus untuk improve stamina kawe dalam game tennis

Monday, November 23, 2009

Tempat kawe banjir beb

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Buat masa ni kawe kurang masa untuk online disebabkan suasana kelam kabut di kawasan rumah kawe di kampung Kuala Krai, kelantan..
Diantara gambar yang sempat kawe ambil kerana ditenggelami banjir heh heh..

Jalan raya yang ditenggelami air menyebabkan perhubungan terputus.. oran ramai terpaksa cari jalan alternatif untuk bergerak ke sesuatu tempat..


Gambar ini pula diambil di kawasan Guchil, Kuala Krai Kelantan.. Memang rumah di area bawah sana ditenggelami air..


Ini pula gambar yang diambil di jalan masuk SK SYP (1) kuala krai kelantan.. jalan terputus terus beb

Tuesday, November 17, 2009

Rasuah: Malaysia merudum ke ranking 56 pada 2009


KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama)-- Transparency International Malaysia (TIM) mengiktiraf usaha Malaysia dalam menangani rasuah walaupun ranking indeks persepsi rasuah negara tahun ini merosot.

Presiden TIM Datuk Paul Low berkata ranking Malaysia menurun ke tempat ke 56 tahun ini berbanding 47 pada tahun lepas, dari kumpulan 180 negara yang ditinjau.

Bagaimanapun, usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan pembaharuan di beberapa institusi, terutama badan kehakiman, dan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, untuk menjadikannya lebih bebas, telus dan akauntabel, adalah cara untuk menjamin Malaysia maju ke depan, katanya pada sidang akhbar untuk mengumumkan kedudukan Malaysia pada Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa 2009 di sini.

Beliau berkata Transparency International Malaysia percaya satu-satunya cara bagi negara maju ke depan adalah dengan membanteras rasuah secara serius dan mempastikan keputusan dan transaksi kerajaan lebih ketara dan telus.

Paul Low bagaimanapun mencadangkan agar kerajaan lebih telus dalam proses pemerolehan dengan melaksanakan 'perjanjian integriti' dengan pembekal untuk bertindak sebagai langkah penghalang bagi mencegah rasuah.

Paul Low berkata penurunan Malaysia dalam CPI 2009, iaitu penurunan 0.6 dari 5.1 pada 2008 ke 4.5 tahun ini "mungkin disumbangkan oleh persepsi kemajuan kecil dalam membanteras rasuah, dan kurangnya azam politik dalam melaksanakan langkah-langkan anti-rasuah yang berkesan".

Contoh yang membawa kepada kebimbangan berat ialah kegagalan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan laporan tahunan Ketua Audit Negara menonojolkan salahguna perolehan awam yang luar biasa, katanya.

"Bagaimanapun, terdapat tanda-tanda positif. Kegagalan PKFZ sedang disiasat dengan aktif dan bersungguh-sungguh; laporan polis telah dibuat dan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak tertentu, dan langkah diambil membetulkan keadaan.

"Perdana Menteri telah membentuk sebuah pasukan petugas peringkat tinggi bagi mengkaji dan membuat perakuan tentang tindakan yang harus diambil berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2008 itu," kata beliau.

-- BERNAMA

Saturday, November 14, 2009

Kelinik Asas Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan Tenis

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 13-15 November 2009 SMK Selirik telah menghantar 4 orang guru dan 8 pelajar untuk menyertai Klinik Asas Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan Tenis Remaja peringkat Bahagian Kapit anjuran Persatuan Lawn Tenis Sarawak, Pejabat Pelajaran Gabungan Kapit, Majlis Sukan Negeri Sarawak Bahagian Kapit, Pejabat BElia dan Sukan Bahagian Kapit, dan Persatuan Lawn Tenis Bahagian Kapit.

Program ini dibahagikan kepada 2 iaitu klinik kejurulatihan asas untuk guru dan kelinik asas tenis untuk pelajar. Guru SMK Selirik yang terlibat ialah E. Ahmad Adham Berhaumidin (kawe la tu heh heh), En Hu Kwong Lik, En Megat Safuan Bin Megat Yahya, dan En. John Lee Yong Kwang.



Dalam majlis ni juga dihadiri oleh Wakil Rakyat dan Presedent Persatuan Lawn Tenis Sarawak (Patrick Liew). Semasa majlis perasmian penutup, diadakan acara penyampaian hadiah untuk kejohanan Tertutup Tenis Beregu Bahagian Kapit. Johan di menangi oleh gandingan Mohd Al-Fitri dan Patrick Alexus Uda yang membawa pulang hadiah wang tunai RM300 manakala naib johan dimenangi oleh regu Adham dan Max Wong dengan membawa hadiah wang tunai RM200.

Kawe sangat teruja dengan program ni.. Program ini dikendalikan khas oleh jurulatih profesional Mr Oliver dari Philipine. Program seperti ini adalah sebagai pendedahan kepada semua pihak di Kapit terutamanya guru dan pelajar agar menjadikan sukan tenis sebagai sukan yang popular di Kapit.

Antara barisan guru SMK Selirik yang ikut kelinik tennis ni

Wednesday, November 11, 2009

Pertama Kali Makan Buah Dabai


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Semalam kawe berkunjung ke rumah tuan empunya rumah yang kawe sewa di Kapit, Sarawak. Sekadar menziarahi untuk menjaga silaturrahim. Kami ke rumah En. Jegai untuk memberi khabar berita bahawa kami akan bercuti panjang sebulan lebih sempena cuti sekolah akhir tahun... Maka rumah sewa kami akan kosong. Maka minta-minta la tuan rumah jenguk-jenguk rumah sewa kami nanti heh heh..

Rezeki kami memang murah apabila kami smpai di rumah En. Jegai, mereka baru sahaja pulang dari rumah panjang di Lepong Balleh dan membawa pulang hasil kebun seperti durian dan dabai..

Kami pun dijamu durian. Seterusnya En. Jegai mengajar kami cara memakan buah dabai..
Buah dabai ini kelihatan macam buah anggur je heh heh.. tapi kami tak tahu cara untuk menikmatinya.. Buah dabai selepas dibasuh dengan air paip, ia hendaklah direndam dalam air suam selama 10 minit sehingga isinya lembut..




Setelah isinya lembut, air suam tadi dibuang dan buah itu sedia untuk dimakan dengan pelbagai cara.. Ada yang makn dengan kicap bercampur gula, ada yang makan dengan garam.. Kami telah memilih untuk membuat pencicah kicap bercampur dengan gula, lada burung dan belacan heh heh.. best gila makan buah dabai ni.. rasanya lemak2..


Semasa ingin pulang ke rumah, En. Jegai memberi kami beberapa kilogram buah dabai untuk dibawa pulang ke Semenanjung sebagai buah tangan. Lagu ni la cara kami berinteraksi dengan masyarakat di kapit ni.. mereka sangat meraikan tetamu heh heh.. seronok bergaul dengan mereka..

Sunday, November 8, 2009

Pelajar lahirkan anak, bukti kajian UKM bukan 'sampah'



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Artikel ni kawe dapat dari sebuah akhbar tempatan.. semoga jd iktibar buat kita...

Kajian UKM dedah 886 daripada 887 gadis mengaku bersetubuh

KUALA LUMPUR: Kajian mengenai moral remaja perempuan oleh seorang ahli akademik tempatan menghasilkan penemuan yang mengejutkan apabila 886 daripada 887 pelajar perempuan dalam kategori "berisiko tinggi" yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri mengaku pernah melakukan hubungan seks.

Kajian tiga bulan berakhir Disember 2006 membabitkan pelajar tingkatan satu hingga lima dengan 20 pelajar berisiko tinggi daripada setiap sekolah yang dipilih kaunselor sebagai responden.

Mereka terdiri daripada pelajar perempuan yang mempunyai masalah disiplin serta berlatarbelakangkan keluarga bermasalah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Khaidzir Ismail, berkata Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi Terhadap Remaja Perempuan Berisiko Tinggi Atau Bermasalah, berkata penemuan itu menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini.

“Sungguh menyedihkan dan mengejutkan kerana daripada semua responden yang ditemu bual itu hanya seorang mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks.

"Keputusan ini amat memeritkan, namun ia realiti yang harus kita terima," katanya kepada Bernama.

Difahamkan kajian itu dilakukan hasil inisiatif kerajaan negeri berkenaan yang menyedari mengenai kemerosotan moral remaja di negeri itu berdasarkan pendedahan media.

Hasil kajian itu diharap dapat membantu kerajaan negeri terbabit merangka modul latihan khas terancang dan teliti yang sesuai diterapkan kepada golongan itu.

Khaidzir berkata kajian juga mendapati pelajar perempuan berumur lingkungan 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko terjerumus dalam pelbagai masalah disiplin termasuk untuk mencuba melakukan hubungan seks buat kali pertama.

Beliau berkata selain terbabit dalam hubungan seks, kajian mendapati 98 peratus daripada mereka mengaku mengambil dadah, terbabit dalam kongsi gelap (98 peratus), bahan lucah (97.3 peratus), berjudi (96.8 peratus), vandalisme (85.4 peratus) dan ponteng sekolah (77.2 peratus).

Katanya, kebanyakan pelajar mempunyai kekurangan dari aspek kemahiran akademik, komunikasi, memiliki kendiri rendah, kawalan diri yang rendah dan kemahiran penyelesaian masalah yang rendah. – Bernama

Ini sekaligus menafikan dakwaan beberapa pihak, yang menganggap kajian itu sebagai `sampah'.

Demikian ditegaskan oleh Ustaz Nur Azli Musa, ketika mengulas kejadian pelajar yang melahirkan anak di sekolah seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar arus perdana baru-baru ini.
Sesetengah pemimpin politik jangan cepat mempertikaikan kajian yang dibuat oleh pihak UKM kerana kejadian pelajar sekolah menengah mengadakan hubungan seks haram sehingga melahirkan anak bukan menjadi rahsia lagi, tetapi sudah banyak kes seumpama itu terjadi.

Beliau meminta pemimpin negara prihatin dengan gejala yang sedang melanda remaja masa kini dan jangan mudah mempertikaikan dan memperlecehkan kajian yang telah dibuat.

Beliau kemudiannya memetik laporan sebuah akhbar sebuah akhbar Indonesia `Republika' seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan, memetik kajian yang dibuat agensi Perancang Keluarga Indonesia, mendedahkan hampir 50 peratus remaja perempuan melakukan seks di luar nikah.

Menurut akhbar itu lagi, kajian tersebut dilakukan di lima buah kota besar termasuk Jakarta, Bandong dan Yogyakarta pada tahun 2003 dan bertambah dari tahun ke setahun. "Kajian yang dibuat oleh pihak UKM itu bukan bertujuan untuk menyalahkan remaja semata-mata, tetapi ianya bertujuan mendedahkan betapa seriusnya gejala seks bebas di kalangan remaja", ujarnya . Ada juga sesetengah tokoh politik negara baru-baru ini, turut mempertikaikan hasil kajian itu yang disifatkannya tersasar dan tidak menggambarkan keadaan sebenar.

"Lagi lama gejala seks bebas di kalangan pelajar sekolah tidak dibanteras, lagi ramai pelajar melahirkan anak di sekolah nanti', kata Ustaz Nur Azli.

Mintak jauh la kit adari fitnah dunia ni belaka huhuhuhu..

Friday, November 6, 2009

SELAMAT DATANG GURU BARU KE SMK SELIRIK


ISMAIL IBRAHIM
ASAL: KELANTAN
KELULUSAN: IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN SAINS SUKAN (UTM)

AHMAD AKMAL AHMAD PAUZI
ASAL: BESERI, PERLIS
KELULUSAN: B.ED (HONS) BAHASA MELAYU (UPSI)

NOR ILIANI BT MOHAMAD SOBRI
ASAL: BESUT, TERENGANU KITE
KELULUSAN: B.ED (HONS) PHYSIC (UPSI)

NURLIZA BT AZMI
ASAL: KOTA BHARU, KELANTAN
KELULUSAN: B.ED (HONS) PHYSIC (UPSI)

AZILA BT GHANI
ASAL: KUALA TERENGGANU, TERENGGANU KITE
KELULUSAN: B.ED (HONS) CHEMISTRY (UPSI)

YUS AIDA BT JUSOH
ASAL: KUALA TERENGGANU, TERENGGANU KITE
KELULUSAN: B.ED (HONS) PHYSIC (UPSI)

MEGAT SAFUAN BIN MEGAT YAHYA
ASAL: ALOR SETAR, KEDAH
KELULUSAN: SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) SEJARAH

MOHD HAIRUN BIN MORAD
ASAL: ARAU, PERLIS
KELULUSAN: SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) SENI

FADILLAH BIN SIDI
ASAL: SERIAN, SARAWAK
KELULUSAN: SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PEND. (KH)


JOANNA JELAWAI A/K ENTALANG
ASAL: KUCHING, SARAWAK
KELULUSAN: B.ED (HONS) TESL

JOHN LEE YONG KWANG
ASAL: KUCHING, SARAWAK
KELULUSAN: B.ED (HONS) MATHEMATICS

LEH SIONG LU
ASAL: KANOWIT, SARAWAK
KELULUSAN: B.ED (HONS) CHEMISTRY (UPSI)

Monday, November 2, 2009

Golongan Ulama Diancam, Golongan Maksiat Dipuja-puja

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Sejak akhir-akhir ini kita selalu kedengaran berita dan khabar yang tidak sedap didengar menganai tokoh-tokoh ulama dan alim ulama di serata dunia.. Banyak menindasan yang berlaku terhadap golongan yang mulia ini.. Walaubagaimanapun, kita sudah pun maklum akan cabaran yang akan dihadapi oleh golongan Ulama ini. Dimana di akhir zaman, golongan alim ulama akan ditindas manakala golongan maksiat akan dipuja-puja..


Buktinya, pada zaman sekarang kita sering dengar gologan alim ulama ditangkap dan dipenjarakan kerana mengajar dan menyampaikan kuliah serta ajaran Islam kepada masyarakat dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah seperti mengadakan perhimpunan haram, mengajar tanpa tauliah, tiada permit dan sebagainya... semuanya mesti terkawal..
Berbeza pula dengan golongan maksiat dengan pakaian yang menjolok mata, mereka dengan mudah diberi kebenaran untuk mengadakan konsert disertai dengan majlis tari menari dan nyanyian. Siap ada konsert amal lagi. Tetapi kita tidak sedar kerana daripada majlis maksiat begini lah lahirnya masalah sosial sehingga berlakunya kejatuhan moral yang serius dalam masyarakat. Para remaja tidak lagi menjadikan golongan ulama sebagai idola, malah menjadikan golongan maksiat ini sebagai idola melalui cara berpakaian, cara pergaulan dan seluruh cara hidup..

Semua permintaan dan bantuan kepada golongan ulama disekat. Pengiktirafan kepada mereka juga dilupakan. Siapa yang menjatuhkan taraf golongan ulama? Tidak lain dan tidak bukan masyarakatnya sendiri. Sebagai contoh, kita sanggup menghabiskan beratus2 ringgit untuk menghantar anak ke kelas tuisyen, tetapi kepada ustaz yang mengajar anak kita mengaji al-Quran sehingga pandai, kita hanya bagi gula sekilogram setahun ataupun hanya sehelai kain pelikat sahaja..

Cuba kita lihat golongan ulama dan ustaz-ustaz, bila ke masjid dan surau untuk mengajar, mereka hanya menggunakan motosikal buruk atau kereta buruk je.. silap haribulan mosikal yang dibawa pun tak ada tongkat, bila nak isi minyak kena sandar motosikal di tiang untuk mengisi minyak heh heh... tapi bila kita tengok golongan artis, mereka hidup dalam kemewahan sehingga melampau2.. Bila masyarakat mengiktiraf golongan maksiat dan mengetepikan golongan ulama, akan tunggu la kebinasaan..
Wallahu'alam

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan