Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Friday, October 30, 2009

Tuan Guru Nik Aziz tidak mahu gaji MB Kelantan tinggi




KOTA BHARU, 28 Okt: Kerajaan negeri bersetuju atas desakan Adun bagi menaikkan gaji mereka daripada RM3,600 kepada RM4,600 selepas mengambil kira kos kehidupan semakin meningkat sekarang.

Ini kerana di negeri-negeri lain kenaikan kadar elaun Adun sudah dilakukan sejak 2004 lagi iaitu selaras dengan pertambahan gaji anggota parlimen.

Selain Adun, anggota Exco juga menikmati kenaikan sebanyak RM700 berbanding sekarang sebanyak RM5,400.

Manakala Timbalan Menteri Besar mendapat kenaikan sebanyak RM2,200 berbanding RM6,600 sekarang dan Menteri Besar pula dinaikan sebanyak RM2,600 menjadikan RM12,800.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, gaji baru Menteri Besar Kelantan masih rendah berbanding Menteri Besar Terengganu sebanyak RM14,175.

"Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu terus mengekalkan gaji Menteri Besar Kelantan lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri lain,"katanya.

Tarikh kuatkuasa gaji baru itu bermula pada 1 April 2004.

Selain itu, kerajaan Kelantan juga mencetus idea baru apabila bersedia menerima wakil rakyat pembangkang sebagai timbalan Exco sekiranya ia tidak menyalahi peraturan.

Husam berkata, beliau sedia membincangkan cadangan melantik Adun pembangkang sebagai timbalan Exco sekiranya mendapat restu daripada Menteri Besar.

"Mungkin tiga daripada enam wakil rakyat pembangkang ada peluang menjadi timbalan Exco sekiranya perkara itu dibolehkan,"katanya ketika menggulung perbahasan Enakmen Saraan Adun (pindaan) 2009 pada persidangan Dun semalam.

Menurutnya, pelantikan timbalan kepada anggota Exco daripada Adun yang mempunyai kelayakan profesional dapat membantu kerajaan bagi merancang lebih banyak lagi program untuk manfaat rakyat.

"Ini satu keperluan dan bukan sekadar mengisi mereka ke jawatan yang baru. Mereka akan menerima elaun tetap bulanan sebanyak RM1,500 dan kuasa untuk menjalankan tugas.

"Mereka boleh melawat jabatan-jabatan kerajaan sebagai menggantikan Exco yang kesibukan dengan pelbagai tugasan lain," katanya.

Bagaimanapun Timbalan Exco tidak mempunyai kemudahan lain seperti kereta dan pejabat. Kelantan sekarang mempunyai 10 anggota Exco termasuk Timbalan Menteri Besar.

Sebelum ini kerajaan Kelantan mempunyai timbalan Exco, namun tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan tugas.

Sebelum itu, Datuk Nozula Mat Diah (BN Paloh) cuba mempertikaikan cadangan kerajaan negeri melantik timbalan Exco bagi membantu tugas-tugas anggota Exco.

Menurutnya, pelantikan itu bertujuan untuk memberi ruang lebih banyak lagi Adun di kalangan penyokong kerajaan mendapat elaun tambahan.

Abdul Fatah Harun (PAS Bukit Tuku) pula mahu bukan seorang Adun yang dilantik sebagai timbalan kepada seorang anggota Exco bagi membolehkan tugas dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Monday, October 26, 2009

Kenali Kapit, Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Dalam budget 2010 yang dibentang oleh Perdana Menteri Malaysia ada menyebut menganai pembinaan jalan raya di Kapit. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penduduk bahagian Kapit.

Ketika membentang bajet itu, Perdana Menteri mengumumkan Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM2.3 bilion bagi membina dan menaik taraf kemudahan infrastruktur luar bandar.


Bagi jalan luar bandar kerajaan mensasarkan pembinaan jalan perhubungan sepanjang 510 kilometer dan jalan kampung sepanjang 316 kilometer dengan peruntukan sebanyak RM857 juta.

Rancangan itu termasuk kemudahan jalan perhubung di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak dan sabahagian daripadanya di Sabah.


Penduduk di bahagian Kapit yang terletak di hulu Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia dengan 551 kilometer sudah lama mengharapkan pembinaan jalan raya yang boleh menghubungkan Kapit dengan Bahagian Sibu yang kini terpisah dengan jarak 211 kilometer.

Bahagian Kapit terletak di tengah-tengah Kepulauan Borneo bersempadan dengan Kalimantan (Indonesia) di sebelah selatan dan timur, satu-satunya bahagian di Sarawak yang tidak dapat dihubungi menggunakan jalan darat,

100 peratus bergantung kepada perhubungan air iaitu Sungai Rajang.

"Kapit juga adalah bahagian terbesar di Sarawak dengan keluasan sebanyak 38,934 km persegi iaitu kira-kira satu pertiga daripada keluasan negeri Sarawak (124,450 km persegi).

"Bahagian Kapit merangkumi tiga daerah pentadbiran iaitu Kapit (15,596 km persegi), Song (3,935 km persegi) dan Belaga (19,403 km persegi); dan dua daerah kecil iaitu Nanga Merit (1,745 km persegi di daerah Kapit) dan Sungai Asap (2,750 km persegi di daerah Belaga)," katanya.

Kira-kira 88.4% daripada penduduk di Bahagian Kapit menetap di kawasan pedalaman dan 57.4% menetap di Daerah Kapit. Masyarakat Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar dengan peratusan penduduk sebanyak 67.4% diikuti oleh kumpulan etnik kecil lain seperti Orang Ulu (18.7%), Cina (6.7%), Melayu (3.4%) dan Melanau (1.2%).

Ada 564 buah rumah panjang di Bahagian Kapit. Kebanyakan rumah panjang tersebut terletak di sepanjang sungai-sungai utama. Ini lah kawasan dimana kawe beerkhidmat, menabur bakti pada anak bangsa Malaysia...
(sumber: Berita Harian, 27 Oktober 2009)

Sunday, October 25, 2009

Gamber Sarawak



Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tak sampai sebulan je lagi, insyaAllah kawe akan balik ke Kelantan.. Masa ni member2, sahabat2 dan kenalan dari kampung sering berpesan agar membawa pulang Gamber Sarawak ke kampung. Kawe pun pelik la kenapa benda ni sering dipesan.. Mujur juga kerana benda ni kecil je, senang dibawa heh heh.. kalo lah diorang pesan tikar ke, benda2 besar, jenuh juga nak membawa pulang..
Kawe terfikir-fikir juga mengapa semua orang ingin memilikinya.. Kawe pun bertanya penjual.. mereka menyatakan ianya ada banyak kegunaan.. Bukan hanya untuk s**s je.. rupa2nya peranan gamber Sarawak ni adalah untuk menjadikan otot kebas. So bagi sesiapa yang ada masalah sakit gigi, bolehlah menggunakannya untuk mengurangkan sakit dengan menyapu larutan gamber Sarawak ni di tempat yang sakit..
SAhabat guru tempatan Sarawak di Kapit pula mendakwa ianya boleh mengurangkan masalah jerawat dengan menyapu larutan nya di kulit muka.. Jika di teliti sifat kebas pada otot, ianya amat penting dalam perubatan.. jika berlaku luka yang memedihkan ke.. kita boleh gunakannya untuk mengurangkan rasa sakit... kawe fikir jika disengat binatang berbisa, adakah boleh kita menyapunya di tempat sengatan untuk mengurangkan rasa sakit? kawe rasa jika kita sedang "travelling" dlm hutan, elok kita membawanya bersama.. kerana ia pasti diperlukan jika ada masalah tertentu.. waw maka kawe rasa pada zaman sekaran ni.. jangan lah disalahgunakan gamber Sarawak ni.. Gunakanlah ia dengan manfaat..

Sunday, October 18, 2009

Allah sembunyikan 6 perkara dari kita


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Artikel ni kawe dapat daripada rakan bloggers dari Kelantan.. semoga dapat dijadikan iktibar dan manfaat buat semua sahabat.

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tet api di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta i zin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? " Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang me reka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalamsemua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Ayam tak sembelih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. kali ni kawe cuba nak berkongsi cerita semasa kawe ke pasar Kapit pada pagi hujung minggu... Sememangnya orang Islam di Kapit dah biasa dengan situasi sebegini.. Kerana terlalu banyak orang bukan Islam yang menjual ayam yang tidak disembelih mengikut syara'. Hanya seorang sahaja Muslim yang menjual ayam halal di pasar Kapit. Jika diperhatikan ayam dalam gambar, ayam tersebut dimatikan dengan hanya menebuk sedikit lubang pada lehernya tanpa memotong urat merih dan urat halkum..
Yang menjadi kerunsingan ialah kut2 ada masyarakat muslim yang jahil.. maklumlah kerana di kawasan kawe ni banyak mualaf yang masih tidak tahu apa Islam sebenarnya. Dan kawe sendiri pun tidak pasti sebab ada yang mualaf yang hanya Islam dari segi nama sahaja, tetapi masih mengamalkan rutin harian seperti orang bukan Islam...
So sekarang ni semua pihak harus peka dengan masalah ini.. harus sentiasa berhati0hati apabila membeli ayam di pasar...

Tuesday, October 13, 2009

Dari SMK Balleh ke Ng Sempili, Kapit, Sarawak


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari last mengawas PMR di SMK Balleh, kawe dan beberapa pengawas semenanjung dijemput untuk ke Nanga Sempili yang terletak lebih hulu dari SMK Balleh. Kami bertolak pada jam 4.15pm menaiki perahu panjang selama 45minit dari SMK Balleh. Diantara rakan2 guru yang terlibat ialah Cikgu Gunavathi, Cikgu Denniyanti, Cikgu Manggai, Cikgu Kelvin, Cikgu Sudan, Cikgu Jun, Cikgu Ranggi,Cikgu shertella dan Cikgu Ngu.


Kami seramai 10 orang menaiki perahu dengan enjen kuasa 15 je heh heh heh.. Ok juga la perjalanan petang tu tak panas dan cool je.. Dari jauh tengok perahu ni kecil je dan agak menakutkan.. Tapi bila berada dalam perahu ni.. rasa selamat sebab ianya agak besar heh heh..





Sempat juga la kami ambil gambar semasa dalam perahu panjang ni... seronok juga travell lagu ni.. Semakin ke hulu air sungainya semakin cantik woo.. kalau musim kemarau lagi la mantap. Siap boleh picnic lagi walaupun di depan sekolah heh heh heh..







Sepanjang perjalanan kami ke Ng Sempili, kami terjumpa beberapa tokang / kapal kargo yang karam. Punca karam kawe pon tak pasti.. ianya memang tersadai di sana sekian lama..


Akhirnya kami sampai di Ng Sempili.. Tengok dari jauh rumah panjang sangat berbeza.. walaupun jauh di pedalaman, semuanya sudah moden dan lengkap dengan kemudahan.. Sumber elektrik mereka adalah generator enjen diesel. Manakala air plak dari sungai.


Rumah panjang yang kawe lawati ni adalah sebenarnya rumah penjang kepada rakan guru GSTT dari SMK Balleh, Manggai. Kami amat berterima kasih kepadanya kerana membawa kami ke rumah oanjang ni bertemu dengan keluarganya. Dalam rumah ni ada satu alat menenun.. kawe pon tengok la proses menenun kain tradisional Iban.. tapi lupa apa namanya huhuhuu..








Seterusnya kami bergambar di kawasan santai depan rumah panjang ni.. tengok la betapa luasnya heh heh..









Semasa di rumah panjang, kami disambut dengan meriah.. Kami dihidangkan teh dan makanan ringan.. Satu adat yang masih diamalkan mereka ialah menghidangkan air tapai kepada tetamu. Pada awalnya tuan rumah mempelawa kawe... tapi kawe menolak dengan baik dan mereka sudah memahami kerana Islam tidak membenarkan penganutnya meminum minuman keras.





Akhir sekali.. sebelum pulang, semua rombongan bergambar kenang-kenangan dengan pakaian tradisi iban heh heh.. Kawe pun diberi cenderahati daripada keluarga.. iaitu rantai manek yang digantung di leher heh heh.. Terima kasih kepada semua sahabat dari Kapit terumatamanya warga SMK balleh. Tuan Pengetua Balleh, En Ganis yang mencetuskan idea aktiviti sebegini. Kami pun tak terfikir sebegini rupa sambutan pihak sekolah kepada pengawas peperiksaan.. Seolah2 kami ni datang bercuti pulak di Balleh heh heh heh.. Kawe sangat hargainya.. pengalaman ni memang susah nak dapat

Friday, October 9, 2009

Naik bot kecik dari Kapit ke Balleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Perjalanan dengan menggunakan bot kecik ni huhuhuhuh sangat mencabar dan menyeronokkan... satu pengalaman yang bukan senang nak dapat... Sebab tu kami tak kisah bayar lebih untuk merasai pengalaman sebegini.. Perjalanan sangat mendebarkan sebab ombak besar di sepanjang sungai rejang kerana banyak tokang dan bot2 besar mudik ke hulu untuk mengankut hasil balak... jadi bot kecil terpaksa terumbang-ambing meredah ombak besar ni huhuhuhu..

Kawe ingat bot yang bakal kawe naik ni panjang.. tapi kecik jah heh heh... muat la 6 orang.. kami bayar hampir RM200 kepada driver termasuk sumbangan peribadi kerana bawa kami... memang harga minyak mahal, so kami kongsi bayar kos tersebut.. perjalanan hampir 2jam dengan bot kecik ni sangat menyeronokkan.. walaupun dalam keadaan yg panas... pinggang pun rasa sakit.. tapi pengalaman ni la yang dicari sekurang-kurangnya untuk merasa rutin harian masyarakat di hulu Sarawak ni.. Dalam bot kecik ni ada 6 penumpang iaitu Ckg Ganis (pengetua Balleh), Ckg Ngu (PK1 Balleh), kawe, Ckg Stephen, Ckg Guna dan Ckg Deni.

Perjalanan kami bermula pada jam 1230 tengahhari memang agak panas.. maka bagi mengelakkan "sun burn", kami pon balut badan dan seluruh muka dengan segala kain yg ada dalam beg heh heh... driver bot plak terpaksa berhenti di 2 buah tempat untuk repair propeler yang tak berapa elok dan mengisi minyak...

Sepanjang perjalanan sempat la kawe ambil gambar heh heh... kawe jumpa 4 bot tokang yang karam di tengah2 sungai dan macam2 lagi la... sangat memenatkan dan menyeksakan naik perahu kayu ni.. Kawe dapat bayangkan kesusahan guru2 yang mengajar di sekolah pedalaman kategori P1, P2 dan P3 dimana terpaksa menaiki perahu panjang ni selama beberapa jam huhuhu..

Thursday, October 8, 2009

Hari-hari di SMK Balleh, kapit, Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sebenarnya di SArawaka hanya 8 buah sekolah menengah sahaja yang dikategorikan betul pedalaman dan menyukarkan pengawas untuk berulang alik dari pusat unit peperiksaan dimana 8 buah sekolah ini membolehkan pengaws layak menuntut elaun lojing dan mkn.. antaranya ialah sekolah yang kawe jaga iaitu SMK Balleh..
Disebabkan SMK Balleh ini adalah dalam satu kawasan di tepi sungai dan tiada jalan perhubungan lain kecuali sungai, guru2nya adalah 100% tertumpu pada aktiviti sekitar sekolah... sangat rapat.. seluruh kawasan sekolah kelihatan seperti satu kawasan perkampungan di tepi sungai... dikelilingi bukit dan sungai.. sungguh nyaman.. Ni antara gambaran kawasan sekolah, Blog akademik dan bangunan pentadbiran..
Kawe hanya mengawas 66 daripada 71 pelajar yang didaftarkan.. seorang pelajar meninggal pertengahan tahun ini kerana sakit, 4 lagi memang dah tak berminat untuk ke sekolah.. yang lain ok dan menunjukkan minat.. sungguh senang untuk mengawal mereka, tidak banyak kerenah, dan sepanjang sesi peperiksaan, tiada seorang pun yang minta untuk ke tandas atau meminta kertas helaian tambahan... pelik sungguh kawe... musykil hehheh..
Ini adalah pemandangan sekolah.. sebelum bukit adalah sungai Balleh.. kawe capture gambar ni dari blog akademik sekolah... masa ni awal pagi sekitar jam 8am.. dan hujan renyai2 hehehhe.. Alhamdulillah, pada malam itu, hujan lebat menyebabkan paras air sungai naik... dalam kepala kawe senang untuk kembali ke kapit nanti heh heh


Pada sebelah petang plak, kawe mengisi masa dengan bermain bola bersama rakan guru dari Balleh dan pelajar sekolah ini.. disebabkan tidak dapat kemana2, memang begini la rutin harian mereka di Balleh... Kehidupan guru hanya untuk pelajar.. Setiap aktiviti guru akan bersama2 dengan pelajar termasuk makan dan bermain...

Wednesday, October 7, 2009

Hari pertama dan kedua di SMK Balleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Hari ni adalah hari pertama kawe mengawas peperiksaan PMR di SK Balleh... Di sini sangat nyaman dan selesa.. tiada kenderaan dan di kelilingin sungai dan bukit bukau... Walaupun line telefon tiada dan kemudahan agak terhad.. kawe bersyukur kerana sekolah dibekalkan kemudahan schoool-net, so dapat la akses internet kejap..


kawe mintak maaf kerana tak dapat nak kongsi gambar2 yang menarik suasana di Balleh ni sebab internet ada masalah.. mungkin cuaca tidak megizinkan menyebabkan kawe gagal upload gambar2 dalam blog ni... cuma gambar perjalanan pada hari pertama kawe sahaja yg sempat di upload.. kawe naik bot selamar 3jam dari kapit baru la sampai di SMK Balleh..

Sangat seronok untuk mengenali budaya sekolah disini dimana pelajarnya adalah 100% tinggal di asrama... Budaya sekolah juga amat berbeza.. dalam sekolah ni seolah satu kawasan kampung yg cukup indah.. insyaAllah pada hari seterusnya kawe try upload gmbar2..

Monday, October 5, 2009

Kem Motivasi weh pah Ceroh

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Minggu lepas dalam 1-2 Okt 2009 memang penat bagi kawe sebab kawe kena handle segala aktiviti, LDK dan riadah sempena kem motivasi khas sekolah kawe... ooo penat la... sekolah kawe ni memang jenis suka benar anjur kem lagu ni... Kawe plak rasanya ni kali ke3 berturut kena lantik AJK aktiviti dan riadah hohohohoho...
Maka kawe pun Tak berapa ada masa nak mem"publish" artikel dan perkembangan di Kapit heh heh... Kemudian esok kawe akan berangkat ke SMK Balleh, satu kawasan pedalaman di Kapit kerana kawe akan jadi timbalan ketua pengawas peperiksaan PMR di sana.. Seminggu kawe akan ke Balleh dan tak tahu la apa akan terjadi sebab di Balleh tiada line telefon dan kawe mungkin terputus hubungan dengan dunia luar huhuhuhuu.....
InsyaAllah kawe akan memuatkan pengalaman kawe di Balleh.. Ini adalah kali pertama kawe ke SMK Balleh... Kawasan pedalaman dimana guru2 yang mengajar di sini dapat elaun pedalaman RM500 sebagai hadiah kerana sanggup menempuh kesukaran mengajar disini heh heh..

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan