Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Monday, August 31, 2009

From Kapit-Sibu

Assalamualaikum. Beberapa hari lepas sebelum buka sekolah, kawe meluangkan masa sehari ke sibu. Dari Kapit, hanya ada satu pengankutan ke Sibu iaitu menaiki Bot Ekpress. Kawe menaiki Bot Ekpreee paling awal iaitu jam 5.30am agar dapat sampai ke Sibu secepat mungkin..

Perjalanan mengambil masa 3-4 jam juga la bergantung pada arus air.. biasanya dari Kapit ke Sibu lebih cepat kerana kami mudik dari hulu ke hilir. Namun perjalanan dari Sibu ke Kapit mengambil masa yang lebih panjang kerana menyusuri Sungai Rejang dari hilir ke Hulu..

Perjalanan yang panjang tidak memenatkan sangat kerana dalam Bot Ekpree disediakan tempat duduk yang boleh dikatakan selesa. Siap ada TV lagi untuk menghilangkan kebosanan penumpang. Tapi kalau naik awal pagi, memang sejuk sangat la sebab dipasang air-cond hehheh heh..
Begini lah keadaan Bot Ekpress semasa di Wharf Kapit.

Sunday, August 30, 2009

Yea yea Esok Sekoloh doh...


Assalamualaikum dan salam sejahtera... i say man seminggu lebih kawe rasa bersssssssumbat otak bercuti huhuhuhu... mula2 best la.. lama2 rasa boring plak huhuhuhu.. tambah2 tak balik kampong... bila tak ada kerja buat.. lagu ni la.. ni baru cuti seminggu.. nnt cuti akhir tahun dlm sebulan lebih tu.. tak tau la lagu mana kawe nak hadapi...

Maka, esok kembali ke sekolah.. ajar budak2 kawe yg nak amek exam tak lama dh tu... kena bagi tumpuan lebih kat budak upper 6 di atas ni huhuhuhu... Mintak mangah la.. dlm gambar tu, kawe pakai t-shirt sukan jah gi sekolah heh heh.. bukan pasal kawe tak cukup baju kemeja.. tp sengaja malas nk gosok kemeja pagi2 hahahahahahhah....

Thursday, August 27, 2009

Saintis bukan Islam kata merotan ubat ketagihan arak, dadah

Oleh : Rozmal bin Malakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Artikel ni dipetik dari blog Cina Islam yang kawe rasa patut dibaca oleh semua sahabat...

Islam kata , orang Islam yang didapati bersalah minum arak harus dirotan mengikut syariat Islam. Rotan yang tidak menyiksa tetapi untuk pengajaran.

Saintis bukan Islam pula kata merotan boleh merawat mereka yang ketagihan arak.

Takkan orang Islam nak belajar daripada orang bukan Islam cara-cara merotan yang boleh mengubati ketagihan arak dan dadah ? Patutlah tak selesai selesai masalah penagihan dadah di Malaysia ini , terutama di kalangan orang Melayu. Ada ubat murah iaitu rotan pergi guna methadone.

Dr Marina Chuhrova (saintis Rusia) pula menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini. Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka pada kaedah rawatan sedemikian , akan tetapi apabila mereka merasakan kebaikannya mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini. Malah para penagih-penagih dadah dan arak tadi sanggup pula untuk membayar sekitar RM 400 untuk satu sesi rawatan merotan.

Menurut Uztaz Zaharuddin, Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan yang disarankan Islam ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kashian dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.

Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam ( Al-Muhazzab, 5/458 ; Al-Majmu', An-Nawawi, 22/261 ; Al-Mu'tamad Inda As-Syafie, 5/228) iaitu:
  1. Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan (Dari hadis riwayat Abu Daud, 2/476)
  2. Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
  3. Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
  4. Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
  5. Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.
Hukuman merotan yang ditentukan Islam sangat berbeza dengan hukuman merotan yang dilaksanakan di dalam penjara pada hari ni kerana Islam bukannya menghukum semata-mata kerana hukuman sebaliknya adalah bertujuan mendidik masyarakat..

Di penjara hukumannya adalah sangat zalim dimana sekali sebatan sehingga menghancurkan kulit dan mengoyak isi.. Perotan di dalam penjara juga menghayun rotan dimana tangan diangkat dari atas kepala dengan hentaman yang cukup bertenaga... Fikir2 lah kebaikan yang telah ditentukan oleh Islam sehingga sekaran, akhirnya saintis Bukan Islam juga yang menemui kebaikan hukuman sebat secara Islam ini.. Mengapa Orang ISlam sendiri tidak menjumpai kebaikan hukuman ini.. sebab nya tidak lain kerana orang Islam itu sendiri tidak yakin dengan Islam yang sememangnya BENAR..

Tuesday, August 25, 2009

Politik Matang...



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
kehangatan pilihan raya membuka hati kawe untuk menulis sedikit pendapat kawe.. bukan untuk memihak kepada sesiapa... cuma ingin mengajak semua pihak berfikir dan muhasabah diri sendiri...

elok kawe andaikan politik ni sebagai satu perlawanan bola....

penyokong bola sebagai rakyat, dan pengadil perlawanan sebagai kerajaan yang memerintah...

senarionya ialah pengadil membuat keputusan dlm perlawanan, jika pengadil membuat keputusan yang salah atau membuat tindakan yang tidak sepatutnya, penyokong di luar padang yg memerhati pasti marah, namun tidak boleh buat apa2 kerana keputusan pengadil adalah muktamad..

jika keadaan ini terus menerus dengan tindakan pengadil yang sentiasa tidak adil, sementara penyokong bola tahu kebenarannya namun tiada kuasa untuk bertindak... maka lama2 kesabaran penyokong bola itu akan meletup juga seperti yang berlaku di luar negara sehingga menyebabkan perkara yang tidak diduga dan diingini hanya disebabkan ketidak puas hatian pengadilan perlawanan bola...

fikir2kan...

Sunday, August 23, 2009

Homeroom 5F MRSM Kuala Krai class of 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bila dok jauh dari kampung halaman memang terasa sangat. Tambah-tambah dalam Ramadhan begini.. Teringat kawe semasa mengajar di MRSM Krai pertengahan penggal kedua 2008 dimana kawe ditugaskan ajar form 5 masa ni... Masa ni sempat la ngajar dlm bulan puasa sebelum kawe dipanggil bertugas ke Sarawak... Siap ada anak homeroom lagi woo heh heh.. ada yang panggil kawe papa la.. uh uh uh nak tersuuuka pon ada...

Apa yang best... kawe dapat banyak pengalaman ngajar budak MRSM ni.. memang cukup berbeza budak MRSM dengan budak SBP.. espcially dari segi budaya, sisiologi dan rutin harian mereka... Sekurang-kurangnya kawe faham style dan trend mereka.. Apa-apa pon thanks to all my students form 5 MRSM krai class of 2008, you are very sporting.. bila cikgu paham cara hidup kamu, baru la cikgu mudah nak ngajar... sekarang cikgu nk belajar tentang students pedalaman yang mmg jauh ketinggalan dalam akademik..

Masa ni ramai rakan guru MRSM Krai perli la kawe dalam gambar ni.. diorang kata kawe ni cikgu ke students? cuba teka yang mana satu students, yang mana satu cikgu? Tapi tak apa la.. kenangan yang cukup menarik...

Saturday, August 22, 2009

4 aspek tingkat sistem pendidikan negara


Kenyataan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang bertitah semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Untuk Semua di Hotel Legend telah menggariskan empat aspek utama sistem pendidikan yang memerlukan perhatian khusus demi memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi.

Titah baginda, keempat-empat aspek berkenaan ialah kurikulum, sistem penilaian, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahasa Inggeris.

PERBANDINGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA DENGAN BEBERAPA NEGARA:

Di Singapura, sekolah memang dibiarkan bising dan guru akan memberi peluang satu persatu kepada muridnya untuk bercakap. Sedangkan Ia berbeza di Malaysia. Perspektif masyarakat mengatakan sekolah yang senyap itulah sekolah yang terbaik. Guru akan meminta muridnya senyap daripada membuat bising. Dengarnya lunak namun kita membentuk persekitaran tidak normal kepada murid. Pengalaman Dr. Roseli ketika berada di Singapura.

• Seramai 70 peratus rakyat Singapura yang cerdik pandai akan dijadikan guru di sekolah menengah dan rendah. Dasar pendidikan oleh pemerintah Singapura ini adalah untuk masa depan anak bangsanya. Kini, untuk menaikkan taraf pendidikan Universiti National of Singapore, pemerintah republik itu menawarkan gaji yang lumayan kepada pensyarah pakar seluruh dunia untuk berkhidmat di universiti itu. IPTA di Malaysia bagaimana?

Di Amerika Syarikat, jika anak anda bersekolah tadika di sana, anda akan menemui guru yang berada di bidangnya. Jika seorang guru meminta membuat karangan berkaitan seorang polis, Pegawai Polis akan datang ke tadika dan berkongsi cerita tentang pengalaman dan bidang tugasnya. Begitu juga apabila murid diminta membuat cerpen berkaitan perubatan, seorang doktor pakar akan memberikan syarahan. Pembinaan akademik, intelek, sahsiah pelajar akan dibentuk melalui persekitaran pembelajaran seperti ini. Ia berlainan di Malaysia, seorang guru Bahasa Malaysia, dialah pegawai bomba, polis, doktor, peniaga untuk memberikan maklum pada anak muridnya.

Di United Kingdom, apabila anak anda ingin belajar berkaitan elektron, sekolah akan pergi ke muzium untuk memberikan peluang kepada muridnya untuk melihat sendiri bagaimana electron dicipta, Thomas Anderson mencipta lampu seterusnya kepada penciptaan electron terkini mengunakan radioaktif berkuasa nano. Praktikaliti pembelajaran yang tidak hanya menggunakan lisan membantu potensi pelajar untuk mengetahui sesuatu ilmu. Jika anda ingin belajar kimia, akan dihantar anda ke makmal kimia yang lengkap melihat prosesnya bukan sekadar lisan di dalam kelas sahaja.


• Pendidikan yang hanya berorientasikan intelek dengan menjadikan peperiksaan sebagai nilai indikator merupakan satu lagi falsafah pendidikan negara Malaysia yang tidak seimbang. Ini diakui apabila hanya nilai intelek sahaja yang ditekankan. Hanya A sahaja menjadi target guru dan murid-muridnya. Nah, akhirnya kita hanya dapat melahirkan muridnya yang membangun daripada sudut intelek, tetapi rendah daripada sudut pembangunan diri, sahsiah, potensi dan kemahiran.

• Modus operandi pendidikan negara yang memerlukan guru menghabiskan sillibus hingga akhir tahun menyebabkan murid terpaksa mengikuti satu-persatu sistem yang dimana walaupun hakikatnya murid boleh pergi jauh daripada itu. Contohnya, di sekolah Cina jika anda pelajar darjah 2, anda akan mempelajari buku teks darjah 3. Begitulah seterusnya, jika anda tingkatan 5 semua muridnya akan mempelajari buku teks tingkatan 6!. Itulah gaya sekolah cina memandaikan anak bangsanya.

RUJUKAN

Friday, August 21, 2009

Pondok Sungai Durian (PSD)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam Ramadhan buat semua. Bila kawe buka kembali gambar-gambar kenangan kawe sebelum mengajar di sarawak, terjumpa pulak kenangan kawe semasa di Pondok Sungai Durian (PSD) atau dikenali sebagai Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian. Sistem pendidikan pondok di Tanah Melayu bermula sejak awal kurun ke 19 atau akhir kurun ke 18 dengan pengaruh yang dibawa dari Patani, Sumatera, Jawa dan Acheh. Kaedah pengajarannya adalah mengikut kaedah yang dijalankan di Masjidil Haram di Mekah. Pengajian pondok lebih jelas kelihatan jika ditinjau di negeri-negeri yang kuat ciri-ciri keagamaannya seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan. Kebanyakan daripada para ulama ini mendapat pendidikan tertinggi mereka di Mekah. Sistem pendidikan pondok sebenarnya mementingkan keagamaan dalam mengerjakan ibadat dan pembentukan akhlak yang sempurna. Dalam sejarah pendidikan pondok yang terawal, pelajar-pelajarnya adalah terdiri daripada lelaki muda, dewasa dan separuh umur.

Penasihat PSD, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, selaras perubahan masa dan keperluan pelajar, sudah tiba masanya sistem pondok yang ada sekarang ini diselaraskan dari aspek kurikulum dan sistem pelajaran. Katanya, sistem lama seperti pengajian kitab dari kulit ke kulit masih perlu diteruskan tetapi menggunakan pendekatan baru dengan memperkenalkan peperiksaan bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. "Sistem pondok tradisional ialah mengaji kitab lama dari kulit ke kulit tetapi sekarang ini tanpa sijil pelajar tidak boleh menyambung pengajian. Oleh itu, pengajian kitab lama perlu ada ujian atau peperiksaan untuk mendapatkan sijil.

Di PSD, ada dua sistem pengajian iaitu sistem akademik yang moden (ikut sukatan pelajaran akademik YIK) yang dilakukan secara formal pada sesi pagi dan Pengajian mengikut sistem pondok yang biasanya diadakan selepas solat lima waktu setiap hari mengikut jadualnya tersendiri sebagaimana sistem persekolahan. Tetapi ia lebih berbentuk umum kerana pengajian diadakan dalam masjid pondok.

Cara pengajiannya, murid-murid akan membentuk halaqat (bulatan) mengikut pelajaran yang diajar dengan bimbingan seorang guru, atau murid akan mengikut pengajian secara umum dengan seorang guru yang mengajar berpandukan kitab tertentu.

Sebelum ni, kawe hanya ke PSD di waktu malam je untuk dengar kuliah dan talaqi dengan ustaz2 di PSD. Tak tau pun bagaimana PSD berfungsi. Sebelum kawe ke Sarawak, kawe pernah mengajar selama 1-2 minggu di PSD dalam bidang Matematik dan English (mengajar sukarela sebab tak ada kerja buat di rumah). Bila kawe menghadiri kelas akademik PSD, baru la faham sistem pondok moden sekarang.

Bagi kelas akademik akan diadakan di kelas seperti sekolah harian biasa. Kebanyakan tenaga pengajar di PSD adalah dari kalangan frofesional dan mempunyai kelulusan tinggi dalam pengajian Islam. Tapi pelajar di sini sangat unik.. Ada yang lebih tua dari kawe, ada yang sebaya dengan kawe.. Tapi banyak juga pengalaman yang kawe dapat semasa di PSD, sayangnya tak lama kawe di PSD. Seronok berada di PSD, tenang sokmo heh heh..

Thursday, August 20, 2009

Kapit ramai Orang Kuat


Assalamualaikum dan salam sejahtera... selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada penganut agama Islam.. dan selamat menjalani ibadat dalam bulan Ramadhan... Kali ni kawe nak kongsi cerita dan keadaan di Kapit, Sarawak mengenai "orang Kuat". Di kapit situasi begini adalah biasa apabila motosikal dibawa masuk dari sibu ke kapit melalui jalan sungai. Motosikal ini biasanya akan diletak di belakang boat ekpress dan diikat pada tiang boat.

Sesampai je di Kapit, "orang Kuat" sudah pun menunggu dan bersedia untuk diupah mengangkat apa sahaja barangan dari boat ekpress untuk dibawa naik ke atas tebing... Biasanya upah yang dikenakan bergantung pada saiz barangngan yang diangkat. semakin berat, semakin tinggi harganya heh heh.. macam motosikal ni, pernah la di bayar sebanyak RM50..

jika diperhatikan peta di atas, Kapit berada jauh dari bandar utama Sarawak. Al maklumlah tiada lebuh raya yang menghubungkan kapit dengan bandar luar, maka terpaksalah semua barang dibawa masuk ke dalam Kapit melalui jalan sungai... Itu lah keadaan hidup masyarakat di Kapit. Tidak hairanlah mengapa semua barangan yang sampai di kapit malambung tinggi kosnya.. semua barang akan jadi mahal kerana bukan setakat terpaksa bayar kos pengangkutan Bot, tetapi juga terpaksa bayar upah angkat barang heh heh

Saturday, August 15, 2009

Berzina Kerana Ikhlas



Assalamualaikum dan salam sejahtera... Teks ini kawe terbaca dalam blog "CINA ISLAM" dimana kawe rasa elok untuk dikongsi bersama untuk semua sahabat..


Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.


JAWAPAN DR. DANIAL

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita.. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserang masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul.. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.Kota Pompei hancur kerananya.Empayar Rom juga hancur kerananya.Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.
(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)

Friday, August 14, 2009

Bila masa Free di SMK Selirik


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ERm ni cerita set kawe di Selirik heh heh.. biasa la tokkan dari jam 0655 hingga jam 1230 tu ngajar pah cerah... mesti ada masa free... Kebarangkalian aktiviti yang paling besar adalah lepak di kantin.. tapi set kawe ni pelik... kalo gi ke kantin mesti awal pagi, kedai baru buka dan tukang bancuh air pon tak sampai lagi... disebabkan lapar (di rumah tak ada bini utk bancuh air), so kena la bancuh sendiri air pagi2 di kantin hhuhuhuhuhuhuhuhu.. nak tebuk tin susu pon payah.... kawe pon kadang2 kena buat air sendiri.. (ustad kata: tp memang la kalo nak buat air kena berdiri, tokkan kena duduk...)

Lepas siap minum air dengan makan nasi lemak, ada set kawe yg masuk kelas gi ngajar.. pastu kalo yang masa free tu biasalah heh heh welcome to 'club bual'...

Semua kasut bola dah digantung


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. heh heh.. Selepas tamat game di separuh akhir, semua skuod rumah kawe buat keputusan menggantung kasut bola.. namun berikutan pasukan Kapit Eagle pon kalah d semi-final, maka ada khabar angin untuk diadakan perlawanan persahabatan antara SMK Selirik dan Kapit Eagle heh heh.. kawe pon tok berapa tau benar ke tok.. kalo nak adakan game friendly ni, kena pastikan semua player sembuh dari kecederaan dulu la heh heh

Wednesday, August 12, 2009

Skuod Selirik mengumumkan persaraan beramai-ramai

Salam.... Hari ini kawe digemparkan apabila semua pemain skuod Selirik membuat keputusan drastik mengumumkan persaraan dari sukan bola sepak... Kawe khuatair jika persaraan ini disebabkan oleh kekalahan skuod Selirik pada semi final semalam... namun bagi mengesahkan berita ini, member kepada member kawe telah membuat temuduga terhadap barisan Skuod Selirik untuk mendapat kepastian.. berikut antara sesi interview tersebut dengan beberapa pemain Selirik:
Pek'in: "kawe sera kecewo, kecewa kawe, kerano lutut badan binasa.. nok besaro tahun depe, toksir main bola doh tahun depe, nk main nge bini loh pulok"

Clement: "aku frust la, x abis lagi frust ni, dah mimpi semalam masuk final, tp kalah lak arini, kecewa btul"

Dahe: "kawe terpaksa besara daripada bola kerana nok menumpuke kepado pelaja hok nok ambik perikso, rayo posa ni pun kawe x kelik kampong pasal nk wat kelas tmbahan heh heh"

Mat Limbat: " kawe nok besaro doh, nok konsentrate ko bini kawe tahun depe, nok caro ko bini loh pulok" , kalu main pun, toksir main atas doh, toksir doh main wing ko striker ko, kalu main pun main defend jah la kut., tp duk sera toksir main doh"

Rizal:" aku sebenarnya telah meletakkan jawatan sehari senelum berlangsungnya pertandingan penting ini, semua ini disebabkan oleh tekanan dari FAM, kira besara awal lagi la, mitak maaf blako"

Al-fadil Ustad The-nan: "ni hok hambo x brapo kene ni, aloh aloh aloh nyo putuh hangin blako nya teh, ujie sikit jah baru tu, biaso la skuod juara, memang kaloh dulu, pahtu kaloh, pahtu kaloh, lepah tu la.......baru kaloh pulok,haha"

Osman: " kawe duk dengar mene, mene, mene, kawe g tengok skali......kaloh!!!!!, adakah sama ore tgk semua perlawane nge kawe hok tengok sa perlawane. Adakah saloh kawe? hambo pun nok besaro jugaklah jadi penonton, toksir jadi penonton doh tahun depe"

Aje, Juki, Boss, Stephan, Zizi, Wan, Din, Jemat, Bully, Anselm, Shah, Radin: (belum ditemuramah)

Tuesday, August 11, 2009

Skuod Selirik Serba Serbi Tidak Menjadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 11 Ogos perlawanan cukup sengit antara SMK Selirik dan Medical Kapit di Stadium Kapit bermula tepat jam 1600. Apa bleh buat adat permainan, mesti ada menang, mesti ada kalah.. kalo semua nok menang, xdak orang la yg kaloh heh heh, maka Skuod Selirik telah tewas tipis dengam jaringan 1-2.... (mujur la tok tebal mana kaloh tu).. kalo tok, parok kakloh..

Selirik berjaya mengikat Medical sehingga hampir tamat perlawanan. (dekat nk abis doh tu).... namun pada 10 minit terakhir, Medical telah diberi sepakan penalti kerana pemainya berjaya mencuri perhatian pengadil (tok tahu la kwe... nye bui sepak dlm kotak penalti pulok) utk dapat sepakan tu.. (kawe tok reti nk wat ayat weh).. tetapi En Juki telah dipersalahkan kerana dituduh tanpa perbicaraan menjatuhkan lawan dlm kotak penalti... (tp kawe tgk Ki, demo mmg tok bersaloh, set dia pndai sssungguh berlakon)...

Maka Al-fadil Ustad Adnan tidak mampu nk lompat ke kanan bagi mengigat bola sepakan dari Medical... maka kaloah la puak kita sebanyak 2-1... pah nak wat guana... kena try tahun depan plak la huhuhuhuu... sebab tu la kato orang tua, kalo nak menag.... tok cukup dengan doa dan sembahyang hajat jah... kena berlatih sssunguh2....

kepada skuod Selirik... pujian harus diberi kepada semua la pasal ada yg demam pon main... ada yg injured kerana PSKPP hr tu pon main.. kpd Abe Mat, ajang, Pekin, eslem, stephen, Bos, pendi, limbat, hazrain, clement, dll... set kita mantap pelbagai doh heh heh heh

kepada Skuod Selirik... jgn bimbang, kita perkuat semula deh barisan kita.. kepada medical.. tahniah la.. tok kira lagumana cara pon demo main, puak demo menang dah... puak kawe tok puah hati pon xdak guna... hah hah hah

berita lanjut (versi skema Pendi) sila layari http://hariharibusy.blogspot.com/2009/08/perjuangan-selirik-berakhir.html

Saturday, August 8, 2009

Pertandingan Bot Laju di Kapit 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Pada 8-9 Ogos 2009 berlangsungnya pertandingan bot laju di Kapit.. Tapi ianya bukannla seperti pertandingan bot laju bertaraf dunia seperti formula 1 tu heh heh heh..

Ianya hanya melibatkan bot kecil sahaja dengan enjen 15 kuasa kuda je.. kalo tak silap kawe la heh heh hhe.... Best jugak tengok pertandingan ni.. Suasanya sebiji macam kat Litar Sepang heh heh... bising dengan bunyi enjen bot, dan suasana bising penyokong di sepanjang tepi sungai..

Kawe pulak berada di tebing sungai memerhatikan pertandingan lumba bot bi dari jauh sambil capture gambar heh heh heh... biasa la... ramai sangat orang, susah nak masuk dekat.. silap2 kawe jatuh dalam sungai...

Buat pengetahuan semua, acara ini adalah acara tahunan di Kapit yang berlangsung sekitar Julai-Ogos setiap tahun bergantung pada musim kemarau la... Ini memang terkandung dalam rancangan pelancongan di Sarawak.. ramai pelancong yang hadir ke Kapit untuk menyaksikan acara ini...

Tuesday, August 4, 2009

Kelas Tenis di Kapit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kelas tenis diadakan setiap Ahad bermula jam 1400 sehingga 1700 di gelanggang berhampiran Sri Balleh. Program ini sudah pon berjalan dari awal tahun. Jurulatih utama adalah James Lin. Kawe kadang-kadang turun la bantu James mendemonstrasi stroke dan feeding bola kepada pelajar heh heh.. Kebanyakan pelajar adalah dari sekolah sekitar pekan Kapit seperti SMK Kapit, SMK Kapit (2), SMK Selirik dan beberapa sekolah rendah. Buta pengetahuan semua, kelas ini adalah percuma, tidak seperti di bandar besar dimana kelas sebegini memerlukan ibu-bapa membayar sebanyak RM20 sejam bagi setiap seorang.
Walaupun keadaan gelanggang di Kapit adalah uzur, kelas tetap diadakan setiap minggu bagi mempromosikan sukan tenis kepada pelajar di kapit. Buat pengetahuan semua juga, kebanyakan pelajar kelas tenis juga tidak mempunyai reket. Semua reket adalah kepunyaan James yang disimpan dari dulu. sebagai koleksi peribadi. Bukan setakat reket, bola, malah James juga menyediakan minum untuk pelajar sekalian. pelajar hanya datang bermain..


Kawe pon pelik la huhuhuhuhuhu.. Sekurang-kurang ibu bapa sokong lah minat anak-anak bermain tennis sekurang-kurangnya dengan menyediakan reket kepada anak.. Kawe hanya di belakang tabir je heh heh heh.. Kawe sendiri tak mampu untuk luangkan banyak masa seperti James..

Saturday, August 1, 2009

Abe Mat Selirik jual ubat d G.K.

slm.. aiii tersebut la kisah di kapit, abe mat jual ubat di G.K.... Abe mat jual ko org hok pakai baju biru tanyo mari dgn gapo...... pahtu ajang tanya mu main gapo ke hok pakai baju biru... hok pakai baju biru nye jawab mari dgn flight.. nk kelik dgn tok pastiiiiii.... kita pakay suko ko ajang....

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan