Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Thursday, July 30, 2009

Sepak Takraw Vateran PSKPP Peringkat Srawak ke 29 d SMK Selirik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... 30 julai - 1 Ogos berlangsung nya kejohanan sepak takraw d SMK Selirik.. sebab tu la kawe xdak masa nk update blog heh heh ehh.. kawe dilantik jd ketua urusetia kejohanan bg kategori vateran... sangat mantap la orang-orang vateran ni main heh heh heh...


Kawe sukakan kejohanan ni sebab suasananya yang nyaman heh heh... bleh tengok la keadaan kabus masih ada walaupon dah masuk jam 9.00am. Buat pengetahuan semua, ini adalah pertama kali kejohanan PSKPP peringkat negeri diadakan di Kapit. Sekurang-kurangnya guru-guru bahagian lain d sarawak mengetahui keadaan Kapit yang sebenarnya heh heh heh..

Kawe pon sebenarnya dah tak ingat pasukan mana yang menang sebab kawe cuma menguruskan je kejohanan ni heh heh.. apa yang kawe tahu, Kuching A, Kuching B, Limbang dan Betong berjaya ke semi final... yang lain tu kawe ingat2 lupa hah hah hah

Saturday, July 25, 2009

SMK Selirik mara ke Semi-final


Kapit, sabtu, 26/7/09; SMK selirik berjaya layak ke peringkat separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Kemerdekaan, Kapit. Dalam perlawanan akhir kumpulan antara Selirik menentang Polis, selirik berjaya mencatat kemenangan 1-0, dan kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.

Pada perlawanan yang diadakan seawal 3.15 petang (panas terik), gol selirik diperoleh hasil jaringan pemain pertahanan kiri Sungbuly Bandaryne melalui tandukan yang berpunca daripada sepakan sudut Faisal Mamat ( yang setakat ini dah 4 kali bual dengan rakan2 nak score gol, tapi tak score lagi sejak bual aritu).

Dalam perlawanan tersebut, selirik beraksi tanpa penjaga gol utama, iaitu Sohibu Samahah Ustaz Adnan kerana terpaksa melangsaikan hutang peribadi d Sri Aman. Selirik sebelum itu telahpun kehilangan khidmat Penjaga gol yang cedera, Rizal. Namun, penjaga gol ketiga, Clement berjaya memastikan gol daripada dibolosi.

Senarai pemain selirik: penjaga gol;Clement, Zam, pertahanan; Juki, Anselm, Sungbuly, fendy, tengah; Mat Limbat, "Pae" rafaey,Faisal "ajang",Stephan, Dehe, Penyerang; "Bos" Marcos, Jumat, Shah.

AJK2, kamera foto; "YB" Faizul & Linda, "Dauh" dimport dari balleh, kamera Video;Elbenus, Kecemasan & air; rizal.

laporan disediakan oleh Pendi....

Friday, July 24, 2009

Bagi makan burung hantu


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pagi ni kawe bangun tengok burung ni begitu galak.. Kawe hulurkan cari dan ia gigit jari kawe.. Maka kawe pon potonng ikan tenggiri halus-halus dan bagi mkn burung ni... comel betol heh heh..

kepada skuod Selirik, kalo nak tengok burung ni, mari la ke rumah kawe heh heh heh

Burung sesat

Assalamualaikum dan salam sejahtera... pagi ni kawe dikejutkan apabila students kawe menangkap anak burung hantu yang sesat ke kawasan sekolah kawe.. sangat comel burung ni.. Orang Iban memanggilnya burung hantu helang, orang kelantan plak pangginya burung Ketuk.. tapi yang kawe tahu memang ianya dari spesis burung hantu.. matanya kuning menyala...

Kawe percaya burung itu kehilangan habitat kerana kebakaran hutan yang berlaku di sekitar Kapit kerana pada bulu burung tersebut ada abu dari kebakaran daun2 kayu... burung ni tak dapat terbang kerana sayapnya cedera mungkin dilastik atau kena tempak. Ada luka kecik di atas sayapnya.. mujur la Pek In sudah membubuh ubat pada burung ni heh heh heh...


Burung ni kecil, comel dan jinak... kukunya sgt tajam mencekap tgn kawe heh heh heh.. begitu la keadaan di tempat kawe.. burung ni sekarang berada di rumah kawe di kapit. Td cuba bg makan ikan tenggiri, tp x mau makan beb.. apa nk buat?

Tuesday, July 21, 2009

Open Burning di Kapit

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Gmbar ni kawe ambil semasa kawe "on the way" main tennis d Sri Balleh, kapit. Kawe berhentikan motosikal kawe dan capture ckit gmbar di tepi jalan Selirik, dekat dgn Taman Ixora.

Kawe sekadar melaporkan adat resam dan budaya yang berlaku di Kapit, bukan niat untuk memburuk-burukan sesiapa. Kalo dari aspek "nature" mmg ianya tidak baik. Tetapi ini lah adat dan budaya masyarakat di sini sebelum bercucuk tanam... memang tidak boleh nak dipersalahkan kerana di Kapit, semuanya mahal. Nak membeli racun rumpai dan racun rumput pon mahal, tidak hairanlah kalau masyarakat di sini malakukan pembakaran untuk membersihkan kawasan pertanian mereka. Secara tidak langsung, karbon dari pembakaran, dijadikan baja kut heh heh heh..

Kawe ada bertanya member kawe semasa bermain tenis. Beliau cakap memang tak boleh nak kata apa bab ini. Dah menjadi kebiasaan dan semua org anggap tak ada apa pon yang berlaku

Monday, July 20, 2009

Selirik vs Bomba


Salam... 18 Julai 2009 perlawanan bola sepak antara guru SMK Selirik melawan Bomba Kapit berlangsung di Stadium Kapit sempena Kejohanan Bola Sepak Pesta Merdeka Kapit. Perlawanan ini berkesudahan dengan Selirik menang 3-0. Syabas dan tahniah heh heh heh... set kito tok pecoh.. Team yang lebih mantap tahun ni Belakang dari kiri: Fendi(stopper),Paie,Zam,nama kawe Dehe, Stephen,Juki,Man Belon, Ajang Bulu Duduk dari kiri: Enselm, Billy,”Boss”Marcos,Sohibuh Samahah Ustat Adnan,Skuod Shah,Pok Nik,Jemat

Saturday, July 18, 2009

Kelas PJ kawe

Assalamualaikum dan salam sejahtera heh heh.. gambar semasa kelas PJ yang kawe handle bg f3. Apa yang nk kawe kongsi bersama adalah keadaan muka bumi sekolah kawe yang dikelilingi bukit.. masa ni jam 0655 waktu pertama. Keadaan masih lagi berkabus, nyaman dan menyegarkan.. Kawe suka suasana ini. Ini lah kelebihan mengajar di kawasan pedalaman yang jauh dari kesibukan kota..

Masalah yang dihadapi oleh kami adalah kawasan yang terhad untuk menjalani aktiviti PJ. Kawasan yang ada hanyalah kawasan seluas padang bola jaring (4 sukan dalam satu kawasan). Di dalam padang bola jaring itu juga terdapatnya gelanggang bola keranjang, sepak takraw dan bola tampar.. apabila berlasungnya kelas PJ, belajar akan jd berssumbat heh heh.. so terjadi lah seperti yang ada dalam gambar ni. Tengok lah keadaan pelajar kawe yang bermain bola tampar... rasanya 15 orang sebalah tu hah hah hah hah.. tp apa bleh buat...

dan satu lagi budaya pelajar kawe yang majoritinya Iban, mereka akan melakukan aktiviti bersama bercampur lelaki dan perempuan. Ini adalah kesan pergaulan di rumah panjang yang akrab seperti adik beradik.

Monday, July 13, 2009

Bola Pesta Merdeka Kapit 2009

slm semua.. 11 Julai 2009 perlawanan diantara pasukan SMK Selirik dan SMK Balleh pada jam 9am d stadium Kapit. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang mantap pelbagai juga la sehingga gagal bolos heh heh heh... berat la....

Gambar kawe possing di tepi padang heh heh.. ni sebelaum game bermula la... saja jah buat kenangan keh keh keh..

Gambar Housemate kawe yg terlibat.. dari kiri Mat Limbat, kawe, Ustad Adnan dan Pendi.. namun perlawanan ni seri tanpa jaringan....

Saturday, July 11, 2009

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. 10-12 Julai 2009 berlangsungnya Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SNK Selirik di SMK Selirik. Faktor semulajadi kawasan sekitar SMK Selirik membolehkan aktiviti sebegini dijalankan hanya di depan sekolah sahaja. Seramai 215 peserta yang terdiri daripada 7 unit beruniform menyertai perkhemahan ini.

Dalam prog ni, kawe dilantik sebagai guru penasihat bagi manjayakan sukaneka bersama beberapa cikgu lain la. Ini adalah sebahagian ajk pelajar yg menjayakan program sukaneka semasa perkhemahan tersebut..


Suasana semasa pelajar diberi taklimat sebelum aktiviti sukaneka dan sukan rakyat.. Kawe handle permainan galah panjang. Susah jugak nak menerangkan kepada mereka sebab mereka tidak pernah bermain permainan ini dan tidak tahu tentang kewujudan permainan tradisi ini.

Gambar kenangan kesemua peserta bergambar bersama semua guru penasihat dan Pengetua kawe..

Thursday, July 9, 2009

Kelemahan PPSMI

INFO: Kelemahan PPSMI

  • Peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi subjek Sains dan Matematik.

  • Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada 2008 mencapai tahap profisiensi.

  • Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus sekolah luar bandar.

  • Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 untuk subjek Matematik bagi murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus, luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

  • Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam subjek Sains dan Matematik semakin melebar.

  • Selain pemantauan kementerian, Laporan Trends in Mathematics and Sciences Study 2007 juga menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam subjek Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke-21 pada 2007.

    Bagi subjek Matematik pula, laporan sama menyatakan kedudukan murid Malaysia merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 kepada ke-20 pada 2007.

    Kajian universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah di tahap nominal, iaitu tidak melebihi tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI yang bermula sejak 2003.


    (Sumber: Berita Harian 9 Julai 2009)

    Tuesday, July 7, 2009

    Kejohanan Tennis "Kapit Open"


    Kapit, 26-28 Jun berlangsungnya Kejohanan Tenis Kapit Open di gelanggang Sri Balleh. Kejohanan ini disertai oleh pemain tenis dari kapit dan Belaga. Kejohanan berlangsung secara "full set".

    Tuan Pemancha Kapit dan Temenggung telah hadir untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemain. Saudara Ah Hai telah menjuarai kejohanan dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300 dan trofi. Cikgu Fitri sebagai naib johan membawa hadiah wang tunai RM150 dan trofi... manakala kawe hanya berpuas hati apabila kalah di "semi-final" (kalah kepada Fitri) huhuhu dan x dapat apa2 heh heh heh


    Musang Buah

    Assalamualaikum dan salam sejahtera... heh heh heh pg tadi kawe baru je dapat gmbar nih d pasar kapit.. Musang Buah yang sudah siap di proses... tinggal nak masak je heh heh.. begitu lah selera masyarakat kapit... kawe pon x bleh nk kata apa... sekadar berkongsi cerita...

    Bagi penganut Islam, Musang Buah adlah haram dimakan.

    Saturday, July 4, 2009

    Pelajar diminta kemuka maklumat pengetua miang

    Ketua Pengarah mahu siasat dakwaan dianggap serius

    Asslamualaikuim dan salam sejahtera.. keratan akhbar ini dipetik daripada berita harian 5 Julai 2009. Rentetan daripada aduan seorang pelajar perempuan mengenai pengetua miang pada siaran akhbar 4 Julai 2009.

    KUALA LUMPUR: Pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan, yang mendakwa digantung daripada asrama selepas melaporkan salah laku pengetua diminta memberikan maklumat mengenai dakwaan itu kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

    Alimuddin berkata, dakwaan dibuat pelajar itu adalah serius dan beliau perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenainya sebelum siasatan dapat dilakukan.

    "Apa yang penting, pelajar perempuan terbabit perlu menghubungi saya terlebih dulu sebelum siasatan dapat dilakukan kerana setakat ini saya tidak mempunyai sebarang maklumat.

    "Ia adalah satu pertuduhan berat dan serius, dan saya mahu menyiasat dakwaan pelajar ini sebelum sebarang tindakan boleh diambil." katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.

    Semalam, akhbar menyiarkan dakwaan seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun yang digantung daripada asrama sejak 17 Mei lalu berikutan pengetuanya tidak berpuas hati dengan tindakan pelajar terbabit membuat laporan mengenai salah lakunya kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar.

    Pelajar itu yang dipertanggungjawabkan sebagai ketua asrama berikutan ketiadaan warden wanita, mendakwa beliau sudah lama bersabar melihat pengetua sekolah itu keluar masuk asrama tanpa mengira masa, termasuk menghabiskan hampir empat jam, hingga 1 pagi, untuk berkaraoke bersama pelajar perempuan kesayangannya.

    Alimuddin memberi jaminan akan bersikap adil dan menyiasat dakwaan pelajar itu dari segenap aspek.

    "Peraturan mengkehendaki setiap asrama perempuan mempunyai seorang warden wanita dan dakwaan ketiadaan warden di situ perlu disiasat.

    "Kementerian Pelajaran sudah mengarahkan semua sekolah melakukan kawalan asrama yang ketat dan ia menjadi amalan sebelum ini. Selain itu, asrama juga adalah kawasan larangan dan hanya boleh dimasuki orang tertentu seperti pengetua, pada waktu tertentu," katanya.

    Di PASIR PUTEH: Pengetua sekolah itu, Maharom Ahmad, berkata dakwaan pelajar terbabit dibuang asrama kerana kesalahan itu tidak benar, sebaliknya lebih kepada salah faham dan keengganan pelajar itu menerima dan membantah penjelasan diberikan

    "Saya mengaku saya ada pergi memantau keadaan asrama pelajar perempuan pada waktu malam, tetapi diiringi warden dan dua pengawal keselamatan bertugas. Saya juga tidak pernah memasuki bilik pelajar perempuan.

    "Saya ingin menjelaskan, dakwaan ada lelaki luar bebas keluar masuk dalam kawasan asrama perempuan itu sebenarnya mereka adalah kakitangan sekolah dan pekerja kantin asrama berkenaan," katanya ketika dihubungi, semalam.

    Maharom mendakwa, ketua asrama pelajar itu tidak pernah digantung daripada menghuni asrama, sebaliknya dia bertindak sendiri keluar dari asrama kira-kira jam 6 petang pada 17 Mei lalu.

    "Pada petang itu, saya memang ada marah dia di depan pelajar lain, selepas itu dia terus melarikan diri. Apabila warden mencarinya selepas itu, kira-kira jam 8 malam, mendapati pelajar itu sudah berada di rumah keluarganya (kira-kira 10 kilometer dari sekolah itu)," katanya.

    Friday, July 3, 2009

    Pelajar adu pengetua miang diusir asrama

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.. berita ini dipetik dari berita harian 4 Julai 2009. Mari kita renung bersama..

    Masuk bilik penghuni perempuan, berkaraoke hingga 1 pagi

    PASIR PUTEH: Seorang pelajar Tingkatan Enam yang juga ketua asrama pelajar digantung dari asrama sekolahnya di bandar ini lebih sebulan lalu kerana membuat laporan salah laku pengetua. Sumber berkata, pelajar perempuan berusia 19 tahun itu dikenakan tindakan kerana pengetua tidak berpuas hati selepas mengetahui beliau membuat aduan salah lakunya kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar sekolah.
    Katanya, pelajar terbabit bertindak demikian demi tanggungjawabnya sebagai ketua asrama yang memastikan keselamatan penghuni perempuan berikutan tiada warden wanita. “Pelajar terbabit mendakwa sudah lama bersabar melihat pengetua bebas keluar masuk asrama perempuan tanpa mengira masa. “Lebih memalukan pengetua itu ke asrama mulai jam 9 malam hingga 1 pagi berkaraoke bersama beberapa pelajar perempuan kesayangannya.

    “Ketua pelajar terbabit turut mendakwa melihat beberapa lelaki luar keluar masuk kawasan asrama pelajar perempuan yang dilarang kepada semua termasuk guru lelaki jika tiada guru wanita bersama,” katanya di sini, semalam. Sumber berkata, ketua pelajar terbabit pernah dihambur pelbagai kata-kata kesat oleh pengetua berkenaan di depan rakan pelajar lain kerana tidak berpuas hati terhadap tindakannya membuat laporan salah laku itu. Sementara itu, pelajar terbabit ketika ditemui di rumahnya, mengesahkan dia digantung dari asrama sejak 17 Mei lalu oleh pengetua dengan alasan membuat laporan tidak berasas. “Alasan diberikan kerana saya suka menjaga tepi kain orang dan membuat laporan tidak berasas.
    Namun, saya melaporkan kejadian yang saya lihat sendiri berlaku di asrama.
    “Mengikut arahan diterima, saya direhatkan daripada menduduki asrama mulai 17 Mei lalu sehingga ke tarikh diberitahu kelak,” katanya. Gadis itu berharap dapat kembali tinggal di asrama sekolah kerana beliau akan menghadapi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akhir tahun ini. Sementara itu, ibunya yang enggan namanya disiarkan, berharap anaknya dapat kembali ke asrama untuk memudahkan membuat persiapan menghadapi STPM akhir tahun ini.
    “Mana saya nak cari duit untuk perbelanjaan dia berulang alik ke sekolah. “Saya berharap Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan memberi perhatian kepada kes ini supaya anak saya kembali belajar dengan tenang tanpa sebarang tekanan,” katanya.

    Eksiden di Kapit lagi

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebaik kawe pulang dari solat jumaat, kawe melalui jln selirik. kemalangan ini berlaku hampir di depan pintu gerbang ke Sri Balleh di atas bukit. Kawe rasa kemalangan ni dasyat juga.. maka di kapit pon boleh berlaku kesesakan jalan heh heh heh...

    Yang menariknya, kemalangan ini betol2 berlaku di depan workshop heh heh.. so kesimpulannya, berjati-hati lah di jalan raya...

    Bola Piala Pesta Merdeka Kapit

    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Kawe bersama rakan guru SMK Selirik yang lain akan menyertai pertandingan nih heh heh heh... so ni gmbar semasa perlawanan persahabatan bersama rakan2 guru di sekitar kapit..

    perlawanan dijalankan secara liga dan kami akan bermain sebanyak 5 perlawanan sebelum ke pusingan lkalah mati.. Barisan mantap pelbagai dari semua pemain diharapkan dapat menghasilkan kejayaan heh heh

    Popular Posts

    Bismillah

    Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

    Jentera Z1000

    Jentera Z1000
    Satu kepuasan

    Renungan