Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Monday, June 29, 2009

Somewhere in Malay College, 2001

Assalamualikum dan salam sejahtera... Entah kenapa terasa ingin untuk memaparkan gmbar yang cukup bermakna buat kawe. Gambar ni di ambil 8 tahun lepas, semasa kawe form 4 bersama rakan kawe di kantin Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Dari kiri Rocky, Ca'on, kawe, Atoi, Vedder dan Bob.

Selepas tamat SPM di MCKK, kawe dan Ca'on masuk ke Matrikulasi KMK dan yang lain2 bawa haluan masing2. Sampai la sekarang kami tak pernah lagi berjumpa huhuhuhu...

InsyaAllah harap2 pada 2012, kami semua akan ditemukan semasa reunion sempena 10 tahun kami tamat belajar dari MCKK. Dan tentu tak dijangka2 smua dari kami mempunyai kerjaya yang pelbagai dan menarik untuk dikongsi bersama..Ini pula adalah asrama kawe yang dikenali sebagai Big School yang menempatkan pelajar form 4 dan form 5. Dari luar memang ianya kelihatan seperti istana. Harap dapat dikongsi bersama semua rakan blogger.

Monday, June 22, 2009

Wharf Kapit

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 21 Jun 2009 semasa menghantar sahabat kawe di Wharf Kapit, kawe berkesempatan sekali lagi untuk mengambil gambar sekitar wharf Kapit.

Suasana wharf amat berbeza berbanding pertama kali kawe sampai di Kapit. Sekarang musim kemarau menjadikan paras air rendah, so penumpang express terpaksa berjalan jauh sedikit menuruni tangga untuk menaiki express.
Pada masa ni, penduduk tempatan akan mencari rezeki sebagai pengankat barang penumpang dari atas express ke atas. Bagi penumpang yang tidak mampu mengangkat barang yang berat, mereka akan mengupah orang mengankat barang tersebut dari ekpress ke atas wharf.
Ada yang boleh mengankat 3 kotak besar sekali gus. Kawe pernah melihat orang mengankat mosikal dari ekpress ke atas wharf seorang diri.

Monday, June 15, 2009

Pendidikan Luar

Assalamualikum dan salam sejahtera. Sekadar berkongsi pengalaman kawe semasa mengikuti Kem Akhir Pendidikan Luar Sains Sukan UPSI 2007 di Pulau Singa Besar Langkawi heh heh heh.. Masa ni kawe dah pun sem 7. Peserta lain kesemuanya adalah sem 1 dan ada beberapa peserta minor dikalangan sem 2-6. Memang menyeronokkan aktiviti semasa kem tersebut.

Paling best adalah semasa aktiviti berkayak dari Pulau Singa Besar ke Tasik Dayang Bunting. {enat tu memang tak boleh nak kata apa la. Tapi keseronokan mengatasi kepenatan semasa aktivti dijalankan. Alhamdulillah tiada masalah yang timbul semasa aktiviti dijalankan.

Sunday, June 14, 2009

KONGRES PERTAMA REJUVENASI

KONGRES PERTAMA REJUVENASI SISTEM PENDIDIKAN ISLAM NEGARA (Ko-SPIN '09)

AYUH RAKAN-RAKAN. MARILAH KITA SAMA2 MENGAMBIL MANFAAT DARIPADA KONGRES TERSEBUT.

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan