Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Saturday, May 23, 2009

Ilmu Islam perlu dimartabatkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memetik dari 40 Hadith tentang Peristiwa Akhir zaman, buku yang telah disusun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi, Hadith keempat yang menerangkan Ilmu Agama Akan Beransur Hilang:
Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu itu dengan sekaligus dari manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin meeka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain".
(H.R. Muslim)
Menurut Ustaz Azhar Idrus, penceramah bebas dari Terengganu, di akhir zaman nanti tidak ada lagi alim ulama yang boleh mengajar ulmu agama disebabkan tiada pewaris. Bahkan, manusia pada masa itu sanggup memikul emas untuk mencari guru yang boleh mengajarkan mengaji, namun tiada seorang pon yang mampu untuk mengajar disebabkan kejahilan umat manusia pada masa itu. Begitu lah gambaran yang diberikan oleh Ustaz Azhar.
Jika dilihatkan situasi sekarang sudah menampakkan bibik-bibik ke arah tersebut. Kita lebih rela menghabiskan wang yang banyak hanya untuk memartabatkan ilmu pengetahuan sains, matematik, bahasa dsb melalui tuisyen, kelas tambahan dsb. Tetapi kita meletakkan ilmu agama di tahap yang begitu rendah. Buktinya, jika kita menghantar anak-anak mengaji di rumah tok guru, kita hanya memberi gula sekilo, atau pon kain pelekat sehelai bagi setiap tahun kepada tok guru mengaji sebagai tanda penghargaan kita. Tapi untuk cikgu yang mengajar matematik atau sains, kita sanggup membelanjakan RM50 bagi setiap bulan, bagi setiap subjek kepada guru tuisyen. Siapa yang merendahkan martabat ilmu Islam? Ibu Bapa yang pengetahuan agamanya lemah pula sanggup tidak pergi ke surau untuk belajar Farduain di surau/masjid kerana alasan menunggu anak habis tuisyen. Sedangkan belajar ilmu Farduain hukumnya wajib dan ilmu sains/ matematik dsb adalah Fardu Kifayaj sahaja.
Bukannya penulis menafikan kepentingan ilmu yang diajar sekolah, tetapi biarlah seiring dengan ilmu dan amalan agama kita. Jika sikap kita ke arah merendah-rendahkan martabat ilmu agama, tidak hairanlan generasi akan datang akan ketandusan ulama dan ilmuan Islam. Kita mesti yakin dengan agama kita yang boleh mencapai kemajuan tamadun.

Friday, May 22, 2009

Jurusan agama perlu diceburi pelajar minda kelas pertama

Assalamualaikum.. teringat kawe satu pengalaman semasa memberi tazkirah kepada pelajar kawe semasa kawe praktikal dulu.

Cikgu: Hari ni cikgu nak tanya mengenai halatuju kamu selepas SPM. Adib kamu nak ceburi kerjaya apa?
Hanif: Saya nk jadi engeneer.
Cikgu: kamu pula Azam?
Azam: Saya nak jadi arkitek atau mana jurusan kesihatan.
Begitu la jawapan daripada pelajar kawe. Majoriti mahu bekerja dlm bidang professional seperti arkitek, jurutera, akauntan dsb. Kalo kita perhatikan tiada seorang pun yang memberitahu untuk menjadi ulama atau ustaz. Memetik surat dari MARDIANA MAT ISHAK, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam Berita Harian, 23 May 2009 yang bertajuk Jurusan agama perlu diceburi pelajar minda kelas pertama perlu diambil berat oleh semua pihak.

Pelajar zaman sekarang sudah disuntik oleh semua pihak mengenai ganjaran dunia. Jarang ibu bapa yang menitikberatkan pendidikan agama kepada anak-anak. Tidak dinafikan, kurikulum pendidikan agama di sekolah sangat berkualiti dan sudah mampu untuk membentuk anak-anak bagi meneruskan kehidupan yang mencabar. Namun di sekolah, subjek pendidikan agama dipelajari bukannya untuk diamalkan, tetapi sekadar hanya untuk lulus peperiksaan sahaja. Buktinya pada zaman sekarang, remaja kita ramai yang lulus pendidikan Islam, tetapi dari segi penghayatannya adalah kosong.

Begitu juga dengan anak-anak yang mempunyai daya intelek yang tinggi, mereka pastinya akan dihantar ke sekolah yang terbaik untuk menjadi seoarang yang professional seperti doktor, jurutera, arkitek dsb. Namun, berapa ramai ibu bapa yang berjaya merekrut anak-anak yang mempunyai daya intelek yang tinggi untuk belajar di sekolah agama? Bagi melahirkan generasi yang seimbang, kita juga harus melahirkan professional dalam bidang agama seperti Hadis, A-Quran, Feqah, Fqh, Usuluddin, Syariah dsb seperti mana bidang lain. Baru lah kita dapat membentuk satu masyarakat yang seimbang.

Oleh itu saya menyeru kepada masyarakat sekarang, jangan melihat sesuatu itu dari perspektif yang kecil. Cuba berfikir dengan mata hati kita, jika kita ada 5 orang anak, sekurang-kurangnya seorang daripada anak-anak kita itu berjaya menjadi profesional dalam bidang agama sudah memadai untuk melahirkan ramai ulama. Sekurang-kurangnya, dalam keluarga kita ada seorang ustaz yang boleh memimpin majlis tahlil dan solat jenazah bagi kita bila kita mati kelak.. Wallahu Alam

Tuesday, May 19, 2009

Dikir barat semasa hari guru 2009

Ni antara suasana semasa hari guru heh heh... Gambar bersama anak buah kawe sebelum membuat persembahan dikir barat di hadapan guru2...

Walaupon dalam keadaan serba kekurangan dari segi pakaian... tapi persembahan mereka sangat menjadi dan menghiburkan.. tahniah kepada pasukan dikir barat smk selirik...

Kad Hari Guru daripada pelajar

16 Mei 2009. Selamat hari guru.. Ni first time kawe dapat kad daripada students sempena Hari Guru.. Thanks kepada semua pelajar yang menghadiahkan cikgu kad... Cikgu sangat menghargainya...

Monday, May 18, 2009

Malam Pra Gawai SMK Selirik

Assalamualaikum san salam sejahtera. 16 May lepas kawe berpeluang sekali lagi untuk mengikuti sambutan Pra Gawai di peringkat SMK Selirik. Majlis bermula pada jam 7pm tetapi disebabkan hujan, kawe hanya berpeluang untuk mengikutinya pada 9pm. Semasa program ni kawe sempat gak la bergambar dengan pakaian yang dipakai pahlawan Iban.


Ni pulak gambar 3 orang pelajar yang menyertai pertandingan ratu entah apa la.. kawe lupa dh nama dia (tolong betulkan kawe ya)... kawe sempat mengambil gambar 3 peserta daripada 10 orang.. Mereka dinilai dari segi kelengkapan aksesori pakaian tradisi mereka dan sebagainya la..

Saturday, May 16, 2009

Exam oh exam...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 8 May 2009 SMK Selirik telah bermulanya ujian penggal 1 bagi tahun 2009. Bermula dengan kelas SPM segala aktiviti luar bilik darjah kelihatan dikurangkan bagi memberi peluang kepada pelajar bagi menghadapi ujian tersebut..


Begini la kelihatan suasana peperiksaan di salah sebuah kelas tingkatan 5 SMK Selirik... teringat pulak masa zaman kawe muda2 dulu hah hah hah... dulu pon exam gk... abis2 macam2 cara la nk exam... guna TOYOL dan sebagainya...

Sunday, May 3, 2009

Persembahan Tarian

Gambar ni kawe amek semasa pertandingan tarian di SMK Selirik pada bulan April 2009. Ni antara pakaian tradisi kaum Iban di Sarawak.. tapi entah apa la nama dia, kawe terlupa.. diorang dah bagitau, tp terlupa plak.. Nanti bagitau ya heh heh heh..

Cuma masalahnya, semasa event tersebut, hujan turun. Kawe memang tak bercadang pun nak tengok persembahan ni.. tapi tiba-tiba Ustad kena baca doa.. so kawe pon menemani ustad malam tersebut. Disebabkan terlalu nk cepat dan tergesa-gesa, kawe pon tak la sempat nk tukar pakaian.. so kawe pon terpaksa la pakai kain je uhuhuhuhuhu.. mujur la kawe dah biasa dengan situasi sebegini beb hehheheh

Saturday, May 2, 2009

Makanan yang mantap pelbagai

Assalamualaikum. Kali ni kawe berpeluang untuk ke pasar kapit dan melihat keadaan serta suasana yang meriah di pasar tersebut. Di pasar ada jual macam2 makanan.. ada labi-labi heh heh heh.. tapi kawe tak makan benda ni. Cuma ketam nipah ni kawe makan la.. sedap isi dia manis..
Satu lagi yang menari adalah ada jual musang buah ni.. siap dah siang dan buang bulu. cuma balik untuk dimasak je.. tapi yang ni pon kawe tak bleh makan heh heh heh

Majlis Makan malam sempena perlawanan tennis antara bahagian negeri Sarawak

Diantara sahabat-sahabat kawe yang bermain tennis. The most important we enjoy the game ahak hak hak..
Sekitar majlis makan malam tersebut.. Kawe mewakili bahagian Kapit menerima cenderahati daripada YB. Boleh la.. walaupon gagal menjuarainya.. tapi pengalamann bermain sangat bermakna.

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan