Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Friday, February 27, 2009

Wajah Ceria

Sahabat kawe semua.. Sangaja kawe letak gmbar sahabat-sahabat kawe di kapit heh heh heh untuk menceriakan suasana dalam blog kawe.... Ada gambar Mat Limbat dok asyik main-main dengan bayi (anak Kamali) heh heh heh.. Faisal memang tak sabar benar doh tu weh... Pastu ada la set masjid 2 orang (Abbe dengan Nazri) dok menyepaaa cni.. mereng gak la kawe..

Hostel oh hostel

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat kawe semua. Kali ini kawe berpeluang melawat asrama di sebuah sekolah luar bandar di Kapit. Begini la keadaan asrama pada hujung minggu. Ada pelajar yang pulai ke kampung, maka lengai la sedikit dan kelihatan sunyi. Hanya ada beberapa pelajar yang lepak-lepak di dalam asrama..
Keadaan di Asrama tidak lah mewah seperti sekolah di bandar, tapi cukup selesa bagi pelajar di sini. Kawe sempat meluangkan masa untuk melihat kehidupan pelajar luar bandar di sini pada hujung minggu. Cukup seronok bila dapat bercampur dengan mereka.. setiap petang pelajar akan beriadah ti tempat yang terhad dalam kawasan sekolah. kadang-kadang cikgu-cikgu akan menyertai pelajar dalam sukan setiap petang..



KEJOHANAN OLAHRAGA MSSG KAPIT

Sahabat kawe semua heh heh heh.. erm 23 sampai 26 Feb 2009 kawe terlibat dengan kejohanan olahraga. penat wo.. nih antara gmbar semasa kejohanan.. tp bila dh lepas abis kejohanan, rasa tenang ckit la.. pas nih tak tau la apa plak aktiviti kena ikut.. tapi setakat nih kawe enjoy je heh heh heh..

Ini adalah gambar semasa majlis penutup kejohanan. adalah smua sekolah menengah di seluruh MSSG kkapit, Belaga dan Song.. Team Kapit Eagle menjuarai kejohanan ini secara keseluruhan.. mantap pelbagai heh heh.. SMK Selirik hanya mendapat tempat kelapan heh heh...

Sunday, February 22, 2009

KEGELAPAN DALAM LAUTAN DAN GELOMBANG INTERNAL


"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. Surah An-Nur: 40)

Persekitaran umum dasar laut diterangkan dalam sebuah buku bertajuk Ocean.
Kegelapan di dasar laut dan lautan ditemui sekitar kedalaman 200 meter dan ke bawah. Pada kedalaman ini, di sana hampir-hampir tidak terdapat cahaya. Di bawah kedalaman 1000 meter, di sana langsung tidak terdapat cahaya.
Hari ini, kita dapat mengetahui struktur umum mengenai lautan. Sifat-sifat makhluk hidupan di dalamnya, salinisasinya melalui pengetahun tentang kadar kandungan air, kawasan dan kedalamannya. Kapal selam dan peralatan khusus yang dibangunkan dengan teknologi moden, membantu saintis untuk merakamkam maklumat seperti ini.

Manusia tidak mampu menyelam lebih dari 40 meter ke bawah tanpa sebarang bantuan atau peralatan khusus. Mereka tidak dapat bertahan tanpa peralatan di dasar, bahagian yang gelap di lautan, seperti pada kedalaman 200 meter. Atas sebab ini, para saintis hanya akhir-akhir ini mampu menyingkap maklumat terperinci mengenai lautan ini. Bagaimanapun kenyataan 'gelap gelita di lautan yang dalam' telah pun di selitkan di dalam surah An-Nur 1400 tahun dahulu. Ianya sudah pasti satu dari keajaiban Al-Qur'an di mana maklumat seperti ini dikhabarkan ketika di mana tidak ada sebuah peralatan pun yang dapat membantu manusia untuk menyelam ke dasar lautan.

Sebagai tambahan, fakta di dalam ayat 40 surah Nur: gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; menarik perhatian kita kepada satu lagi keajaiban Al-Qur'an.

Para saintis baru-baru ini telah menemui bahawa di sana terdapat gelombang ombak di dalam lautan, yang mana terjadi pada kepekatan sempadan dua permukaan di atas lapisan-lapisan yang mempunyai kepekatan berbeza. Gelombang internal ini melitupi air laut yang dalam kerana bahagian yang jauh ke dalam mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dari air yang berada di atasnya. Gelombang internal bertindak seperti ombak di permukaan lautan. Ianya boleh berpecah sama seperti ombak di permukaan. Ombak internal ini tidak dapat dilihat dengan mata manusia, tetapi ia dapat dikesan dengan mengkaji perubahan suhu atau salinisasi pada suatu kedudukan yang diberi.

Kenyataan yang terdapat di dalam Al-Qur'an berbunyi secara mutlak selari kepada penjelasan di atas. Tanpa perlu kepada pengkajian, seorang dapat melihat dengan jelas ombak pada permukaan laut. Tatapi suatu yang amat mustahil bagi seseorang untuk melihat ombak di dalam laut (internal). Sebenarnya, dalam surah Nur, Tuhan menarik perhatian manusia kepada satu lagi jenis ombak yang berlaku di dalam lautan. Suatu yang pasti, fakta ini yang baru ditemui oleh saintis baru-baru ini, menunjukkan sekali lagi bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan.

Thursday, February 19, 2009

Platun 27

Hai sahabat dan kenalan semua.. Ini di antara kenangan kawe semasa di UPSI. Kawe tidak pernah mengambil/mendaftar kredit dalam Kurikulum PERKASA kerana mendaftar sebagai anggota PALAPES. namun semasa sem 7, kawe berpeluang untuk menggunakan pengalaman kawe sebagai tentera sukarela untuk melatih pelajar sem 1 yang mendaftar keredit Kurikulum PERKASA. Kawe ditugaskan untuk melatih Platun 27. Gambar ini diantara kenangan kami semasa hari latihan yang diadakan pada hari Sabtu di padang UPSI.

Sunday, February 15, 2009

GULP!! SEDAPNYA….

GULP GELINYA...
Itulah ungkapan sahabat kawe bila memasuki pasar di Kapit. Namun suasana ini adalah biasa di Kapit. Suasana pasar di Sarawak amat berbeza dengan di Semenanjung Malaysia. Kawe cuba meninjau sekeliling pasar dan amat teruja kerana terdapat banyak benda pelik yang dijual. Namun ini hanyalah menceritakan pengalaman kawe semasa di Kapit. Sebagai umat Islam, kita mesti menjaga pemakanan kita dan mesti memastikan makanan kita adalah halal.

Pada kali ini kawe mengambil gambar beberapa benda pelik yang dijual heh heh heh seperti ulat sagu, katak dan ular sawa. Biasanya binatang exotik ini menjadi rebutan untuk dimsak oleh warga tempatan.



Kawe bertanyakan bebrapa sahabat tempatan di Kapit. Mereka mendakwa ular sawa memang enak dimakan untuk kesihatan kerana dagingnya yang bewarna putih mempunyai kurang kolestral. Mereka menambah lagi bahawa ular sawa paling best bila dimasak kicap dengan memasukkan lebih bawang putih.

Begitu juga dengan katak dan ulat heh heh heh.. sekali tengok memang rasa geli. Tetapi bila dah selalu ke pasar, semua keadaan ini dah jadi kebiasaan. kawe begitu seronok la bila dapat melihat kebudayaan masyarakat di sini yang begitu berbeza dengan tempat kawe.

Mimik muka?


Ada apa dengan mimik muka? heh heh heh. Lihat lah pelbagai mimik muka membawa ribuan maksud yang berbeza. Sesuatu dapat dilihat dan digambarkan melalui mimik muka seseorang.. Sungguh mantap pelbagai heh heh heh

Saturday, February 7, 2009

Pertandingan Sepak Takraw MSSG Kapit

Salam semua.. Ini adalah antara kejayaan pasukan sepak takraw SMK Selirik 2009.

3-5 Feb berlangsungnya pertandingan sepak takraw MSSG Kapit yang bertempat d SMK Selirik. Sebagai tuan rumah, kawe pon tidak terkecuali menjadi AJK pelaksana pertandingan heh heh.. Sekolah dalam MSSG Kapit mengambil bahagian dengan jayanya. Program berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.. Gambar di atas adalah dari SMK Kapit no2.


Namun pada hari terakhir, hujan yang tidak berhenti memaksa pihak penganjur untuk meneruskan pertandingan di Dewan Tertutup Kapit (tempat kami main futsal heh heh). Ini lah dia barisan jurulatih sepak takraw dari setiap sekolah bahagian Kapit. Tapi yang betul2 jurulatih 3 orang je.. yang lain tu cuma mencapup je hahahhaha...


Ini pula keadaan semasa berlangsungnya perlawanan antara SMK Selirik dengan SMK Belaga. Semua memberi tumpuan yang serius hahahah.. SMK Selirik telah menunjukkan prestasi yang mantap pelbagai... namun tertewas juga kepada SMK Belaga dengan 1-2.

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan