Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Tuesday, January 27, 2009

Latihan Olahraga SMK Selirik

Bermulanya cuti Tahun Baru Cina, pasukan olahraga SMK Selirik mulakan latihan pusat. Walaupun dengan kemudahan sukan yang sangat terhad, berbekalkan semangat pelajar dan guru, latihan telah pun bermula dengan jayanya.. setiap hari latihan diadakan 2 sesi iaitu bermula jam 7.30-10.00 pagi dan 3.00-5.00 petang.


Pelajar kawe memang bersemangat menjalani latihan. latihan dimulakan dengan drill asas olahraga. latihan hanya diadakan di tapak perhimpunan dan di tapak meletak kereta. Risiko kecederaan memang tinggi disebabkan keadaan jalan yang tidak rata, namun melalui pantauan jurulatih, latihan berlangsung dengan selamat..
Ini merupakan sebahagian atlit olahraga SMK Selirik sedang tekun mendengar taklimat daripada ketua jurulatih olahraga, Cikgu Pek In.

Ini lah dia barisan jurulatih olahraga yang mantap pelbagai.. sanggup mengorbankan masa cuti mereka untuk menetap di Kapit heh heh heh.. jangan marah ya..

Monday, January 26, 2009

Parang Sarawak

Tadi kawe baru sahaja berziarah rumah kenalan kami di Kapit, Abang Anuar. BApa dia orang lama kat Kapit. So semasa di rumah tersebut, kawe ditunjukkan la contoh parang Sarawak. Dia atas adalah contoh parang pendek, yang boleh digunakan untuk sembelih binatang ternakan dan menyiat kulit lembu atau kambing.. Kalau dilihat dari segi ukiran dan tempaan, pembuatannya sangat halus dan cantik.. Menurut Bapa Abg Anuar, harganya boleh mencecah RM150 sebilah.

Ini pula adalah keadaan hulu dan sarung parang panjang sarawak. Dikenali Parang Hilang ke.. Tak pasti la heh heh heh..

Ini adalah contoh parang panjang tersebut. Dapat dibandingkan saiz parang panjang dan parang pendek.. parang yang bersarung gelap itu, kalau diperhatikan betul-betul, hulunya diperbuat daripada tanduk rusa. Harganya mahal tapi tak pasti berapa harganya. Hiasan maniknya sahaja dah pun mencecah RM70. Tapi ianya sangat cantik dan unik. Manakala parang yang bersarung cerah itu pula boleh mencecah melebihi RM250. Jika diperhatikan betul-betul, bukan sahaja sarung parang diukir, tetapi besi parang tersebut turut diukir.

Inilah dia Bapa kepada Abang Anuar. Dia sangat berpengalaman dalam menentukan jenis parang dan sangat cerewek dalam meneliti kualiti sesuatu parang. Pengalamannya membuatkan kawe kagum dengan apa yang beliau ada.

Lawatan Shabat ke Kapit

Sempena cuti Tahun Baru Cina, sahabat kawe dari Bintulu, Azfar dan Syed datang melawat Kapit. Tapi amat mendukacitakan sebab semasa lawatan tersebut, semua kedai tutup dan kebetulan cuaca pulak tidak mengizinkan. Lihat sahaja air Sungai Rejang melebar dan besar, akibat hujan yang tidak berhenti. Gambar di atas menunjukkan terminal untuk ke Hulu sungai. Kelihatan juga ada stesen minyak Petronas di tepi sungai, seperti keadaan rumah rakit di pesisir sungai..

Ni pulak, Fendi dan Azfar teringin nak naik bot panjang. Orang kampung di pesisir sungai area Kapit, akan naik bot panjang sebegini untuk ke pekan Kapit bagi urusan rasmi tertentu. Bagi guru sekolah pedalaman Kapit, biasanya akan naik bot panjang ini untuk ke pekan bagi mendapatkan barang keperluan seperti beras, bawang dsb..


Ni pulak susana di Kapit Town Square.. kami gelarkannya sebagai Town Square heh heh heh.. biasanya ramai orang lepak kat sini especially masa tahun baru dan Hari Gawai..


Ni pulak rumah panjang kat sebelah sekolah kawe, sebelah SMK Selirik.. Tapi ni dah masuk kategori rumah panjang moden kut heh ehh heh.. Students kawe ramai yang tinggal kat sini.

Suasana di Wharf Kapit, terminal penumpang Sibu-Song-Kapit. Syed dan Azfar bergambar semasa mula-mula menjejakkan kaki di bandar Kapit.

Thursday, January 22, 2009

Rutin di SMK Selirik

Bangun pagi, kawe mcm biasa la naik unta kawe ke sekolah... Tak jauh sgt, kurang 3km dr rumah sewa.... kat Kapit nih rasa sejuk juga kalo nak dibandingkan dengan pagi di semenanjung.. nih adalah Kelea Pra-Universiti SMK Selirik U6B. Kawe jadi guru tingkatan untuk kelas nih.. Ok juga heh heh pengalaman pertama terus jadi form teacher... hanya 18 orang je students, semuanya Iban. seronok jaga mereka... bila ajar form 6, rasa ok juga la, pasal students form 6 nih lebih matang berbanding dengan lower form lain..

malam pulak.... walaupun pelajar Muslim minoriti kat SMK Selirik, jadi guru yang dekat dengan sekolah akan datang la berjemaah pada setiap malan jumaat dan buat bacaan Yasin.. nih pon satu program untuk menggalakkan pelajar Muslim di sini agar lebih biasa dengan majlis keagamaan. kebiasaannya pelajar Muslim di sini banyak ketinggalan dalam Pendidikan Islam sekali gus memberi kesan kepada pengamalan amalan kerohanian mereka..

nih di depan rumah sewa kawe.. gambar diambil sebelum bertolak ke sekolah.. masa nih jam 6.30 pagi.. tapi dah pun cerah...

Wednesday, January 21, 2009

Setitis Susu Ibu...


Susu ibu adalah satu sebatian yang tiada tandingan yang diciptakan oleh Tuhan yang merupakan sumber-makanan yang bermutu tinggi bagi bayi yang baru lahir dan merupakan saru sebatian yang meningkatkan kerintangan melawan penyakit. Sekalipun makanan bayi tiruan yang dihasilkan oleh teknologi terkini tidak dapat menggantikan sumber nutrisi ini yang sungguh menakjubkan.


Setiap hari, faedah susu ibu ini kepada bayi ditemui. Satu dari fakta bahawa sains telah menyingkap mengenai khasiat susu ibu ialah bahawa proses penyusuan selama dua tahun selepas kelahiran adalah sangat berfaedah. Tuhan memberikan kita satu maklumat penting yang ditemui oleh sains baru ditemui kini, dengan ayat



"….. susuannya mengambil dua tahun" 1400 tahun lalu.


Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah megandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menceraikan (dari susuan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah tempat kembalimu. (Surah Luqman; 14)

Friday, January 16, 2009

Cendiakawan Silam


Al-Quran menyeru kepada ilmu pengetahuan dan sering menyebut perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu sejak ia mula diturunkan sebagai contoh al-Quran menyebut tentang al-qalam (pena), al-qirtas (kertas), al-alwah, al-midad (dakwat), al-suhuf (lembaran-lembaran bertulis) dan seumpamanya sebagai isyarat kepada unsur-unsur penulisan dan ilmu pengetahuan (Mat Rofa Ismail, 1994, m.s. 7).

Menurut Mat Rofa Ismail (1994, m.s. 7), untuk tujuan pengiraan, umat Islam silam menggunakan papan bewarna yang ditaburkan dengan pasir putih yang halus. Penulisan dalam bentuk huruf timbul bagi mereka yang cacat dalam penglihatan juga telah dimulakan di dunia Islam pada tahun 712H oleh al-Amidi dan Abu’l-Faraj.

Menurut Mat Rofa Ismail (1994, m.s. 10), pengetahuan ilmu pengiraan juga menjadi hal yang penting dalam kehidupan beragama dan bermasyarakat. Zakat, pembahagian harta pusaka, pungutan jizyah, cukai kharaj, pentadbiran khazanah negara dan seumpamanya memerlukan pengetahuan matematik yang baik. Al-Quran memberikan indikasi tentang kepentingan ilmu yang berkaitan tentang pengiraan seperti pengiraan masa yang melibatkan perjalanan matahari, pembahagian pusaka, wasiat, hal ehwal zakat dan seumpamanya. Imam al-Syafi’i pernah berkata, “barang siapa mempelajari matematik, panjanglah akalnya” dan Imam al-Ghazali pula menyebut, “barang siapa yang tidak mengetahui mantik, jangan dipercayai ilmunya”. Mantik adalah satu unsur matematik yang penting.

Menurut Mat Rofa Ismail (1994, m.s. 11), dalam matematik, al-Khawarizmi telah mengasaskan sistem pengiraan menggunakan sistem-10 yang terpakai hingga kini. Beliau juga mengasaskan ilmu aljabar yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah mengenai wasiat, zakat dan pembahagian pusaka. Al-Mahani, Abu’l-Jud, Umar Khayam dan al-Tusi pula mengkaji mengenai geometri dan trigonometri untuk keperluan pengiraan, hiasan, dan estetika (khususnya untuk objek geometri yang dibina dalam bangunan masjid). Ilmu trigonometri amat berguna untuk menentukan keluasan tanah, mengukur arah (khususnya arah kiblat), dan pengiraan mengenai kemunculan anak bulan dan bintang tertentu.
Rujukan:
Mat Rofa Ismail (1994). Mantik, matematik dan budaya ilmu: Pendekatan bersepadu dalam tradisi pengajian Islam. Lembah Pantai, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

SMK Selirik


Minggu pertama dah pun mula mengajar subjek yang paling disukai masa zaman kanak dulu la... apa tu.. Pendiidkan Jasmani. tapi senario sekarang cukup berbeza dimana pelajar sekolah menengah sekarang sudah tidak menyukai aktiviti fizikal ini di sekolah dengan pelbagai alasan yang diberi la.. erm pada pendapat kawe... pihak sekolah harus mencari pendekatan untuk memudahkan pelajar agar tidak rasa kelas PJ membebankan.

Ini kerana melalui pengalaman saya, pelajar mendakwa selepas aktiviti PJ mereka kurang selesa untuk belajar kerana rimas dengan keadaan pakaian. Maka seharusnya pelajar diberi ruang untuk terus memakai pakaian PJ sehingga la habis sesi persekolahan kerana dengan berpakaian sedemikian, pelajar rasa lebih selesa untuk belajar walaupon selepas menjalani aktiviti kelas PJ.

Tidak dinafikan PJ amat penting kepada pelajar. Apabila melakukan aktiviti PJ, hormon adrenalina akan dirembeskan menyebabkan satu perasaan riang dan ceria dicetus oleh pelajar semasa bermain.. perasaan ini sangat penting bagi mengelakkan pelajar rasa stress untuk belajar, seterusnya merangsang lagi mereka untuk terus belajar dalam sesi P&P berikutnya.

Maka seharusnya semua pihak jangan lah memandang rendah kepada subjek PJ. Seharusnya semua pihak menyokongnya dan sentiasa mengambil berat tentang perlaksanaan kelas PJ di semua peringkat di sekolah.

Saturday, January 10, 2009

KETELAPAN AIR ANTARA LAUTAN

Satu dari sifat-sifat laut yang baru kini ditemui ialah apa yang dinyatakan dalam sepotong ayat Al-Qur'an sebagai berikut;

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.Surah ar-Rahman;19-20.

Sifat lautan, sekalipun larut bersama-sama ialah satu sifat penelapan yang 'memisahkan' antara dua laut, adalah satu penemuan dalam bidang oceanographi. Hasil dari satu daya fizikal yang dipanggil 'ketegangan permukaan' (surface tension), kandungan air dalam dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh kepadatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutannya dari bersebati dengan yang lain, seolah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkannya.

Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas pengetahuan dalam bidang fizik, 'ketegangan permukaan' atau oceanographi, fenomena ini telah pun dinyatakan ketika Al-Qur'an diwahyukan.

sumber: Keajaiban Saintifik Al-Quran (Harun Yahya)

ANGIN PENYUBURAN


ANGIN PENYUBURAN


Dalam sepotong ayat Al-Qur'an, ciri-ciri 'penyuburan' dalam angin, dan formasi hujan sebagai hasilnya disebutkan;


Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu kami beri minum kamu dengan air itu...Surah al-Hijr;22.


Dalam ayat ini, dinyatakan bahawa peringkat pertama dalam pembentukan hujan ialah angin. Sehingga awal abad ke 20, hubungan antara angin dan hujan yang hanya diketahui ialah angin berfungsi menurunkan hujan. Bagaimanapun, penemuan meterologikal moden telah menunjukkan peranan 'penyuburan' angin dalam pembentukan hujan.



Gambaran fungsi penyuburan angin ini adalah seperti berikut;


Pada permukaan lautan dan laut-laut, apabila gelombang udara pecah, beribu-ribu zarah halus, dengan diameter sekecil satu dari beratus millimeter naik ke udara. Zarah-zarah ini, dikenali sebagai 'aerosol', bersebati dengan debu dari daratan melalui angin, dan dibawa ke lapisan atmosfera yang lebih tinggi. Zarah-zarah ini dibawa ke altirud yang lebih tinggi oleh angin sehingga kemudian bersebati dengan wap air di atas sana. Wap air menyahwap disekeliling zarah-zarah ini dan bertukar menjadi titisan air. Titisan air ini pertamanya akan bercantum dan membentuk awan, dan kemudian jatuh sebagai titisan hujan ke bumi.


Seperti yang dilihat, angin 'menyuburkan' wap air yang berserakan di udara dengan zarah-zarah yang dibawa dari laut, dan akhirnya membantu pembentukan gumpalan awan.


Sekiranya angin tidak memiliki sifat ini, titisan air di atmosfera tidak akan terbentuk, dan di sana tidak akan wujud hujan.


Fakta yang paling penting di sini ialah bahawa peranan penting yang dimainkan oleh angin dalam pembentukan hujan telah dinyatakan berabad lamanya dalam ayat Al-Qur'an, ketika manusia hanya mengetahui sedikit sekali mengenai fenomena semulajadi…

Friday, January 2, 2009

Istilah matematik

Aksiom (axiom)
Ketentuan / hakikat (e-Kamus versi 5.01).
Premis asas sebagai tapak bertolak, anggapan-anggapan asas yang boleh diterima secara rasional oleh akal manusia (Mat Rofa Ismail, 1994, m.s. 72). Pernyataan yang diterima umum (tidak dibuktikan tetapi ternyata dari pengalaman sebagai suatu kebenaran) dan menjadi asas bagi sesuatu huraian (Kamus Dewan).

Konjektur (conjecture)
Pengagak (e-Kamus versi 5.01). Hads, sesuatu pernyataan yang belum boleh dibuktikan benar atau salah. Untuk menafikan pernyataan ini, kita hanya perlu memberi contoh penyangkal iaitu contoh kontra-positif (Mat Rofa Ismail, 1994, m.s. 98).

Korolari (corollary)
Akibat yang pasti, kesimpulan (e-Kamus versi 5.01).

Postulat (postulate)
Dalil, menggangap sesuatu betul (e-Kamus versi 5.01).

Proposisi (proposition)
Usul (e-Kamus versi 5.01).

Teorem (theorem)
Sesuatu keputusan yang telah dibuktikan benarnya (qadaya). Ahli mantik Islam menggunakannya untuk pernyataan umum, sama ada sudah dibuktikan kebenarannya atau belum (Mat Rofa Ismail, 1994, m.s. 43). Perinsip yang telah dibuktikan secara logis (Kamus Dewan).

Rujukan:

  1. Mat Rofa Ismail (1994). Mantik, matematik dan budaya ilmu: Pendekatan bersepadu dalam tradisi pengajian Islam. Lembah Pantai, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
  2. Kamus Dewan edisi baru (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan