Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Wednesday, November 11, 2009

Pertama Kali Makan Buah Dabai


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Semalam kawe berkunjung ke rumah tuan empunya rumah yang kawe sewa di Kapit, Sarawak. Sekadar menziarahi untuk menjaga silaturrahim. Kami ke rumah En. Jegai untuk memberi khabar berita bahawa kami akan bercuti panjang sebulan lebih sempena cuti sekolah akhir tahun... Maka rumah sewa kami akan kosong. Maka minta-minta la tuan rumah jenguk-jenguk rumah sewa kami nanti heh heh..

Rezeki kami memang murah apabila kami smpai di rumah En. Jegai, mereka baru sahaja pulang dari rumah panjang di Lepong Balleh dan membawa pulang hasil kebun seperti durian dan dabai..

Kami pun dijamu durian. Seterusnya En. Jegai mengajar kami cara memakan buah dabai..
Buah dabai ini kelihatan macam buah anggur je heh heh.. tapi kami tak tahu cara untuk menikmatinya.. Buah dabai selepas dibasuh dengan air paip, ia hendaklah direndam dalam air suam selama 10 minit sehingga isinya lembut..




Setelah isinya lembut, air suam tadi dibuang dan buah itu sedia untuk dimakan dengan pelbagai cara.. Ada yang makn dengan kicap bercampur gula, ada yang makan dengan garam.. Kami telah memilih untuk membuat pencicah kicap bercampur dengan gula, lada burung dan belacan heh heh.. best gila makan buah dabai ni.. rasanya lemak2..


Semasa ingin pulang ke rumah, En. Jegai memberi kami beberapa kilogram buah dabai untuk dibawa pulang ke Semenanjung sebagai buah tangan. Lagu ni la cara kami berinteraksi dengan masyarakat di kapit ni.. mereka sangat meraikan tetamu heh heh.. seronok bergaul dengan mereka..

19 comments:

::SizuKa:: said...

Salam,,

wahhhh...baru tahu kewujudan buah dabai ni...tak reti nak makan...hihi...tahniah la cikgu...dah dapat merasa buah dabai dari saya..hiii..hulur hulur la kalau dah bawa balik sekilo ke semenanjung tu...hihihihi~

n@m@n said...

kawe nok jugok!!

scrlettfr said...

salam cikgu...
buah dabai...? rasa masam ke.. manis ker... saya tahu lah.. tapi rasa lemak camaner plak...? nak skit...!!! pos kat sini bleh.... heheheh....

Cikgu Adham said...

salamm..

sizuka,
wslm... yup act masa mula2 cikgu dtg ke sarawak dh tau kewujudannya, tp takut utk mencuba.. biasanya kalo di kawasan pedalaman, mmg byk la buah2 ni.. hrganya RM4-5 sekilogram.. tp skrg musim dia mmg byk so harga dia jatuh keada RM2 sekilogram..

naman,
heh heh demo kena mari sarawak la br dpt rasa.... msti cuba heh heh...

scrlettfr,
wslm..
yup rasa tawar je.. tp lemak2 gtu... biji dia bentuk tiga segi memanjang, kalo dibelah biji buah dabai ni, mcm ada kekacang dlm tu, boleh dimakan.. rasa seperti kacang la heh heh

Monalea said...

aduh cikgu.....mehlah hantar kat puchong ni sikit. terliur nengok ni. kat semenanjung ni mana ada. makan cicah kuah rojak sedap siot..

Anak Tumpat said...

salam sheikh.. kawe dah 3 tahun dah duk srwak ni.. tapi bakpo la tekok kawe ni xleh trimo buah dabai ni..terasa rugi sangat la bilo tgk member2 hok lain duk makan.. x tahu la bakpo sapa loni xleh nk telan buah ni.. lembek atek isi dio.. hahaha... kalu 2 rial skilo gak muroh tu sheikh.. tempat kawe ni paling koman pun 4 rial skilo.. kalu hok molek ckit gak 7-8 rial la skilo,...

Cikgu Adham said...

salam...

monalea,
heh heh heh ruponya ramai yg terliur bila tgk buah dabai ni... tp bukan semua yg dpt menerimanya... mcm housemate kawe, majoriti tekak mereka x dpt menelan buah dabai ni.. kawe pun just layan je mkn dgn kicap heh heh..

anak tumpat,
wslm sheikh.. adeiii sayyaaa... berat juga demo.. kawe mulo2 sero pahit tekak jug ank telan goni.. tp bila ada kuah colek, cicah dgn colek, sero sedap la plak.. so layan je la... d kapit ni mmg murah la sebab byk telajak org du rumah pjg tanam goni..

~ana SoLehah~ said...

^_~ ana pon x pndai mkn buah dabai

rasenye kelat..

SubhanaLLaH..

ALLah menciptakan buah dalam pelbagai Rasa..^_^

Cikgu Adham said...

salammm

ana solehah,
yup kelat heh heh.. dalam kepahitan ada kenikmatannya tersendiri..
untuk kita berfikir dengan mata hati.. mungkin kita dpt amek maksud yg tersirat disebaliknya he heh heh

Monalea said...

tulah..mak kat kuching call, banyak buah dabai kat sini. nak kirim takde org dtg lak. tapi takpe suruh mak masinkan.leh buat nasik goreng gak.letak cili, ikan bilis. sedap.takpun tumis ngan cili, bawang, ikan bilis pun sedap. suami teman org perak pun suka makn buah dabai ni. buah ni lea pernah baca tau tapi tak ingat kat mana , cuma leh hidup dekat belah sibu, kapit n ada sebuah tempat kat negara CHINA

sonata anak kancil said...

sedap ke buah tu? kat Sabah pernah makan buat pertama kalinya buah terap...sedap gak macam cempedak

Cikgu Adham said...

salam...

monalea,
oic heh heh seronok la gtu... kawe br je cadang nk tanam pokok buah dabai ni kt kelantan.. tp x tau la hidup ke x heh heh..

sonata anak kancil,
oo kt sabah buah terap ya.. dabai ni entah la x tahu nk kata mcmmn.. sedap juga heh heh

anak muallaf said...

Salam cikgu,
Teman pun nak ghase juge...Buah ni tak macam buah kereyang dot(orang kedah kata)?

Buah kereyang dot bila makan mulut jadi unggu..Rasanya macam kelat-kelat masam..

Tapi bila kering bentuknya macam tahi kambing...bolat-bulat...he..he...

jumana said...

klu buah dabai tu msm2 mcm asam, mesti best
pastu cecah ngn kuah rojak
waaa...mesti sedap

Cikgu Adham said...

salam...

anak muallaf,
oic buah kereyang tu saya pernah mkn.. tp dabai ni rasa tawar dan kelat2 je ... tp lemak2 gtu..

jumana,
buah dabai x masam2 manis.. tp kelat2 tawar dan lemak2... bila mkn dgn kicap best la.. org buat jeruk mkn dgn nasi buah dabai ni

kirana said...

Buah dabai ade byk jenis. Kalo kene yg sedap dan blemak tu.... ishhh... sedap! Cecah ngan kicap + belacan + cili api! Fuhhhhh.... Tapi pasal kat Kuching kawe tak jumpo org jual buah dabai ni?

Cikgu Adham said...

salam..

kirana,
ya ka heh heh.. kawe xtau plak... ni 1st time mkn.. kalo pedalaman mcm kapit ni mmg byk la hasil hutan mcm ni

Kamil L said...

buah dabai antara buah yg paling diminati oleh org swk.. kalo tempat saya, dabai dmakan dengan garam.. sy tak pandai nak makan buah nie..kalo rasa sebiji boleh lah..hehe...ntahlah, mungkin sb rasa berlemak...
pastue cikgu, biji buah dabai tue, boleh dibelah dengan pisau.. di tengah2 biji tue, pun boleh dimakan gak :)Tapi hati2, sb biji buah nie keras :)

Cikgu Adham said...

salamm...
kamil,
yap heh heh betul tu.. housemate kawe ada yg x dpt mkn buah ni tetapi dia just mkn isi dlm biji dabai je..
so buah damai kawe yg mkn, biji bg kt housemate heh heh

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan