About Me

header ads

Kelinik Asas Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan Tenis

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 13-15 November 2009 SMK Selirik telah menghantar 4 orang guru dan 8 pelajar untuk menyertai Klinik Asas Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan Tenis Remaja peringkat Bahagian Kapit anjuran Persatuan Lawn Tenis Sarawak, Pejabat Pelajaran Gabungan Kapit, Majlis Sukan Negeri Sarawak Bahagian Kapit, Pejabat BElia dan Sukan Bahagian Kapit, dan Persatuan Lawn Tenis Bahagian Kapit.

Program ini dibahagikan kepada 2 iaitu klinik kejurulatihan asas untuk guru dan kelinik asas tenis untuk pelajar. Guru SMK Selirik yang terlibat ialah E. Ahmad Adham Berhaumidin (kawe la tu heh heh), En Hu Kwong Lik, En Megat Safuan Bin Megat Yahya, dan En. John Lee Yong Kwang.



Dalam majlis ni juga dihadiri oleh Wakil Rakyat dan Presedent Persatuan Lawn Tenis Sarawak (Patrick Liew). Semasa majlis perasmian penutup, diadakan acara penyampaian hadiah untuk kejohanan Tertutup Tenis Beregu Bahagian Kapit. Johan di menangi oleh gandingan Mohd Al-Fitri dan Patrick Alexus Uda yang membawa pulang hadiah wang tunai RM300 manakala naib johan dimenangi oleh regu Adham dan Max Wong dengan membawa hadiah wang tunai RM200.

Kawe sangat teruja dengan program ni.. Program ini dikendalikan khas oleh jurulatih profesional Mr Oliver dari Philipine. Program seperti ini adalah sebagai pendedahan kepada semua pihak di Kapit terutamanya guru dan pelajar agar menjadikan sukan tenis sebagai sukan yang popular di Kapit.

Antara barisan guru SMK Selirik yang ikut kelinik tennis ni

Post a Comment

6 Comments

anakmuaallaf said…
Salam,
Tahniah bakal juara pengganti Nadal menanti di bumi Kapit..Kak leha suka tengok game tenis tapi tak pandai main..jaga2 nanti tangan besaq sebelah..lari orang johor..he..he..
IMANSHAH said…
Memang minat btol sek2 kapit ngan tenis..
Muallim Adham said…
salam..

anak muallaf,
wslm Kak Leha, heh heh biasa dh dgn tennis.. sekadar beriadah utk kesihatan.. hhe heh heh insyaAllah bakal isteri memahami tugas sbg guru yg memang aktviti guru mcm ni heh heh..

imanshah,
huhuhuhu hulu2 pon ada tennis sheikh..
Kamil L said…
Saya tak pandai main tenis, tapi saya suka tgk org main tennis.. antara game yg paling saya tak leh lupa, federer vs nadal masa Australia Open 2009.. rasanya itu adalah game yg paling best yg pernah saya tgk... sengit dari awal sampai ke akhir.. memang kagum dengan stamina dan semangat tidak putus asa pada pemain ini... :)
Muallim Adham said…
salam..
kamil,
yap.. kawe pun belajar byk falsafah dlm tennis ni.. seronok... setiap hr cuba improve myself... kawe pun cukup bertuah bertukar pandangan dgn Mr Oliver dan otai2 tennis negeri sarawak..

siaran perlawanan tennis antara federrer dan nadal tu kawe suka tgk dan std game mereka heh heh .. sgt mantap
insan pendidik said…
salam cikgu adham,

hebat adham main tenis tu. Untung dapat mempelajari asas permainan teknik tu. Lagi best kalau klinik tu dikendalikan oleh Rafael Nadal tu haha