Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Friday, October 9, 2009

Naik bot kecik dari Kapit ke Balleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Perjalanan dengan menggunakan bot kecik ni huhuhuhuh sangat mencabar dan menyeronokkan... satu pengalaman yang bukan senang nak dapat... Sebab tu kami tak kisah bayar lebih untuk merasai pengalaman sebegini.. Perjalanan sangat mendebarkan sebab ombak besar di sepanjang sungai rejang kerana banyak tokang dan bot2 besar mudik ke hulu untuk mengankut hasil balak... jadi bot kecil terpaksa terumbang-ambing meredah ombak besar ni huhuhuhu..

Kawe ingat bot yang bakal kawe naik ni panjang.. tapi kecik jah heh heh... muat la 6 orang.. kami bayar hampir RM200 kepada driver termasuk sumbangan peribadi kerana bawa kami... memang harga minyak mahal, so kami kongsi bayar kos tersebut.. perjalanan hampir 2jam dengan bot kecik ni sangat menyeronokkan.. walaupun dalam keadaan yg panas... pinggang pun rasa sakit.. tapi pengalaman ni la yang dicari sekurang-kurangnya untuk merasa rutin harian masyarakat di hulu Sarawak ni.. Dalam bot kecik ni ada 6 penumpang iaitu Ckg Ganis (pengetua Balleh), Ckg Ngu (PK1 Balleh), kawe, Ckg Stephen, Ckg Guna dan Ckg Deni.

Perjalanan kami bermula pada jam 1230 tengahhari memang agak panas.. maka bagi mengelakkan "sun burn", kami pon balut badan dan seluruh muka dengan segala kain yg ada dalam beg heh heh... driver bot plak terpaksa berhenti di 2 buah tempat untuk repair propeler yang tak berapa elok dan mengisi minyak...

Sepanjang perjalanan sempat la kawe ambil gambar heh heh... kawe jumpa 4 bot tokang yang karam di tengah2 sungai dan macam2 lagi la... sangat memenatkan dan menyeksakan naik perahu kayu ni.. Kawe dapat bayangkan kesusahan guru2 yang mengajar di sekolah pedalaman kategori P1, P2 dan P3 dimana terpaksa menaiki perahu panjang ni selama beberapa jam huhuhu..

16 comments:

::SizuKa:: said...

mcm best je tgk naik bot kat kapit nie..hee~

sonata anak kancil said...

susah di bandar lain, sukar dipedalaman lain...kalau saya macamni...( tak mungkin dah!!! tak yah berangan la )tak lama saya....

pengalaman naik bot / di Sg Tembeling & pernah menyeberang Sg Sarawak ( ? - yang kat Kuching tu ) pun rasa kecut perut - suke tu memang la dapat pengalaman ---he3x kalau di libas dik sang buaya...!

Saya suka tengok cikgu banyak pengalaman di sini- at least saya belajar melalui blog cikgu ini keadaan di sana!

Cikgu Adham said...

salam..

sizuka,
nmpak mcm best... tp risiko juga la heh heh sebab air di sungai rejang sarawak ni tak dapat diduga... ombak dia besar seperti di laut... mmg sakit pinggang heh heh heh..

sebagai pengalaman, bagus untuk mencubanya..

Cikgu Adham said...

salam,,

sonata anak kancil,
mmg menggerunkan juga... byk juga kes org iban nmpak buaya.. tp kita kuatksn semangat..

kes bot dan perahu karam pun banyak di sungai batang rejang ni kerana dia punya arus tidak dapat diduga.. seperti di Pelagus (on the way nak ke belaga dari kapit) ada satu kawasan memounyai arus pusaran dimana banyak kapal besar yang karam dan sudah ramai yang meninggal semasa melalui jeram ni...

setakat ni kawe x pernah lagi lalui pelagus ni... insyaAllah kalau ada rezeki ingin melihat sendiri kawasan ni

imanshah said...

Eh demo bakpo tak pakai life jaket tu?? bahaya

Cikgu Adham said...

salam,
ianshah,
heh heh geng cikgu laki mmg x pakai pun sebab x selesa... life jaket tu kami wat lapik duduk sebab papan lntai perahu tu keras...

ikutkan mmg la salah.. apa bleh buat huhuhuhu

Tirana said...

Seronok tu naik sampan. Dah lama benar saya tak naik. Di KL ni asyik naik kereta aje.

Cikgu Adham said...

salam..

tirana,
seronok la juga... KL ada ke sampan heh heh heh....

naimisa said...

Ya, inilah semangat guru2 kita...
sanggup merisikokan diri...

kenapa tak pakai jaket keselamatan, ya?

scrlettfr said...

salam...
apa khabar..?
seronok kan naik bot kecik.. sg rejang tu ada buaya kan...?
hmm... ingat nak plan kesana berkayak di sungai rejang... tapi bujang senang itulah yg terhenti kejap projek 'den.. huhuhuhu...

blog lagi yer.. upload gambar2.. atleast saya tahu tentang keadaan disana...

abu muaz said...

Salam. Tengok takut doh tok naik lagi tuuuu....

Abiey69 said...

yeahhh, ni baru cabaran bro..
ambo rasa doh dulu...
dahe bolehhhhhh

Cikgu Adham said...

salam..

naimisa,
heh heh x tau la naper.. perasaan dlm hati ni rasa selamat kut... tp standby je la..

scrlettfr,
ooo kat sg Rejang mmg x sesuai la berkayak... air nya x la elok dan x ada ciri2 seperti jeram.. biasa2 je.. byk plak risiko buaya tu hah hah
better gi semenanjung lg byk pilihan..

Abu muaz,
yup mula2 kawe mmg takut heh heh heh.. tp bila dh rasanya.. rasa seronok plak dilambung2..

Abiey69,
hah hah ustaz xpa dh.. try belaka... bg change ke ore2 muda plak deh

Anak Tumpat said...

suko napok kat demo tuh..bilo nak ajok kawe g kat demo skali sheikh.? hahaha

Cikgu Adham said...

salam..

anak tumpat,
i say man heh heh suka tu mmg suka... kalo demo nk mari.. terbuka sokmo d kapit ni sheikh... member2 pon ramai sini

Sangs Nelo said...

halo cikgu adham, saya senang tgk engkau smpai kat tempat aku hehe..cikgu manggai tu kazen aku, ada plak aku tgk pic korang kat umah panjang aku d sempili..rindunye aku ngan kampung halaman ni dh 3 tahun lom balik, hrp2 leh balik june 2010 ni..aku blajar kat smk balleh ni x smpai 2 minggu coz pindah ke skolah lain..ma kasih byk2 coz dh smpai kat tmpt aku..smoga bjaya slalu..

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan