About Me

header ads

Kenali Kapit, Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Dalam budget 2010 yang dibentang oleh Perdana Menteri Malaysia ada menyebut menganai pembinaan jalan raya di Kapit. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penduduk bahagian Kapit.

Ketika membentang bajet itu, Perdana Menteri mengumumkan Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM2.3 bilion bagi membina dan menaik taraf kemudahan infrastruktur luar bandar.


Bagi jalan luar bandar kerajaan mensasarkan pembinaan jalan perhubungan sepanjang 510 kilometer dan jalan kampung sepanjang 316 kilometer dengan peruntukan sebanyak RM857 juta.

Rancangan itu termasuk kemudahan jalan perhubung di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak dan sabahagian daripadanya di Sabah.


Penduduk di bahagian Kapit yang terletak di hulu Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia dengan 551 kilometer sudah lama mengharapkan pembinaan jalan raya yang boleh menghubungkan Kapit dengan Bahagian Sibu yang kini terpisah dengan jarak 211 kilometer.

Bahagian Kapit terletak di tengah-tengah Kepulauan Borneo bersempadan dengan Kalimantan (Indonesia) di sebelah selatan dan timur, satu-satunya bahagian di Sarawak yang tidak dapat dihubungi menggunakan jalan darat,

100 peratus bergantung kepada perhubungan air iaitu Sungai Rajang.

"Kapit juga adalah bahagian terbesar di Sarawak dengan keluasan sebanyak 38,934 km persegi iaitu kira-kira satu pertiga daripada keluasan negeri Sarawak (124,450 km persegi).

"Bahagian Kapit merangkumi tiga daerah pentadbiran iaitu Kapit (15,596 km persegi), Song (3,935 km persegi) dan Belaga (19,403 km persegi); dan dua daerah kecil iaitu Nanga Merit (1,745 km persegi di daerah Kapit) dan Sungai Asap (2,750 km persegi di daerah Belaga)," katanya.

Kira-kira 88.4% daripada penduduk di Bahagian Kapit menetap di kawasan pedalaman dan 57.4% menetap di Daerah Kapit. Masyarakat Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar dengan peratusan penduduk sebanyak 67.4% diikuti oleh kumpulan etnik kecil lain seperti Orang Ulu (18.7%), Cina (6.7%), Melayu (3.4%) dan Melanau (1.2%).

Ada 564 buah rumah panjang di Bahagian Kapit. Kebanyakan rumah panjang tersebut terletak di sepanjang sungai-sungai utama. Ini lah kawasan dimana kawe beerkhidmat, menabur bakti pada anak bangsa Malaysia...
(sumber: Berita Harian, 27 Oktober 2009)

Post a Comment

11 Comments

Muallim Adham said…
salam..
kawe pernah membaca surat yang dihantar ke Berita Harian pada 25/7/2009 mengenai banyak masalah yg timbul dalam pembinaan jalan raya di seluruh sarawak..

Hal ini kerana kontraktor yang diamanahkan menjalankan kerja membina jalan raya tidak sama sekali menggunakan prinsip kejuruteraan jalan raya di dalam proses pembinaan jalan. Ini menyebabkan jalan raya di Sarawak hanya mampu bertahan tidak lebih dua tahun sebelum ia rosak.


Penyelewengan ini memang disedari mereka yang ‘celik’ dalam bidang kejuruteraan awam, namun tiada apa yang mampu mereka lakukan. Namun diharapkan selepas ini, pihak yang berkenaan turun padang dan menilai sendiri kaedah yang mereka gunakan untuk membina jalan raya. Ini kerana kami percaya duit rakyat dibazirkan begitu saja.


Di sini, saya juga ingin menarik perhatian pembaca bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan tidak mempunyai kuasa autoriti terhadap jalan atau infrastruktur di Sarawak. Semuanya diselenggara sendiri rakyat Sarawak melalui JKR negeri Sarawak.

Harap jln di Kapit nnt akan diuruskan oleh kerajaan persekutuan bagi menjamin ketelusannya
abu muaz said…
Jalan persekutuan pun banyak masalah juga sekarang ni cikgu. JKR dah hilang kuasa. Tunggu runtuh jeee....
Muallim Adham said…
salam..

abu muaz,
yap mmg tidak dinafikan... tp kalo di semenanjung lebih baik berbanding dgn sarawak ni huhuhuhu... apa buleh buat, kita ni ibarat timun... kena golek sokmo ke org hok besar huhuhu
anaktumpat said…
seingat kawe la..dlm RMK9 dulu hampir berbilion jgk untk jalanraya sarawak..mana gi..? ingt siap dah hok RMK9 dulu.. kawe rsa lagu ni lah jale d sarwak ni..xkn berubah..mai tgk jln sarikei-sibu.. lepas korek korek. x pernah siap sepanjang aku duk sini.. rosak memanjang..
pijankodok said…
salam cikgu..
bagus sgt tu.. tapi sampai ke tak budget tu kat JKR Ng Sarawak... mintak2 lah digunakan sepenuhnya untuk tujuan naik taraf infrastuktur.. cth.. kerajaan bagi RM286 juta tapi yang digunakan RM35 juta.. mana g yang balance...?
huhuhuhuhu... kesian kat rakyat..
Muallim Adham said…
salam...

anak tumpat,
mmg betul huhuhuhu.. kawe pun pelik la disini... pastu rakyat dok salah ke kerajaan xdak pembangunan la dan macam2... tmpat demo ngajar kira ada juga jln.. tmpat kawe ni ada jln dok musing dlm kapit jah.. tokleh nk gi mana...

scrlettfr,
wslm.. tu la yg kawe bimbang ni... kita cikgu2 hok ngajar ni kesian tgk org tempatan.. tapi tu la kita ni rakyat, tokleh nk wat gapo... kita pun sokong kerajaan juga.. tp kalo bnda salah, tak bermakna kita ikut jah apa yg kerajaan buat.. kalo kita lebih2, nnt kena fire plok huhuhu
harap bajet tahun depan ni "menjadi"
selesa orang di sana....makin ramai pendatang ke Kapit....
Muallim Adham said…
salam..
senota anak kancil,
gtu la harapnya.. jgn ada penyelewengan dlm menguruskan duit rakyat.. bila kapit maju, bila kapit lengkap dgn perhubungan jalan raya, baru la semua org tidak fobia dgn kapit, penduduk asal kapit juga tidak lagi akan meninggalkan kapit untuk mencari kemajuan ke bandar besar lain
Kamil L said…
syarikat yg menyelengara, CM - cahaya mata sarawak... ahli lembaga syarikat? faham2 jer lah kan..huhuhuhuhu.... jd tak bleh nak buat apa2 .. saya memang setuju, bukan setakat 2 tahun, lepas setahun pun jalan dah hancus.. contoh yg paling jelas, jalan pantai bintulu-miri... kalo bawa keta lam 80-100km, hati2 lah, sb jalan tak rata (ada yg tenggelam)... silap haribulan, bleh terbang kereta..huhu....

Memang janji kerajaan nak membuat jalan ke kapit.. tapi adakah ini akan menjadi kenyataan????? uish..susah nak cakap... tapi harap2 lah kerajaan berpegang pd janji.. sarawak dah lama merdeka dan sarawak juga berhak mempunyai sistem perhubungan yg baik, wlpun tak sama tahap dan tidak sehebat jalan disemenanjung.. Yg penting, dengan adanya jalan, harga2 barang di kawasan hulu akan turun... skrg nie, harga barang2 di hulu, mahal yg teramat sangat..dah ler org kat sana keje sendiri... memang kesian..
insan pendidik said…
salam,

orang sarawak dapat tempias bajet lalu. cuma tak kira siapa pun nikmat pembangunan sepatutnya dapat dinikmati bersama.tanpa mengira sempadan kerana sama-sama merupakan rakyat malaysia. cuma perlaksanaan perlulah dipantau dengan teliti dan telus.
Muallim Adham said…
salam..

kamil,
kawe pun no komen.... kita tahu apa yg berlaku.. tp xbleh nak buat apa... kewujudan kepincangan ni mmg ada... sebab tu indek persepsi rasuah (IPR) antara negeri di Malaysia, sarawak mencatatkan ranking paling last manakala Pulau Pinang mencatatkan renking terbaik negeri yang bebas rasuah..

bukan nak memihak kepada kerajaan pakatan, (kat cni kita kena tulis yg kita sokong kerajaan BN heh heh)... tetapi data dan statistik menunjukkan hakikatnya memang menunjukkan pentadbiran oleh kerajaan pakatan rakyat memang berjaya mengurangkan rasuah, malah pinang berjaya mengurangkan kos pentadbiran sehingga puluhan juta apabila gejala rasuah ni dibasmi..

kita sebagai rakyat harap kerajaan barisan nasional dapat mengubah kaedah pentadbiran dan membaik pulih lg langkah pencegahan rasuah ni.. kita sbg rakyat x kisah sesiapa pun yg memerintah, asalkan adil. (maksud adil ialah= meletakkan sesuatu pd tempatnya)
wallahualam

Insan pendidik,
yup kawe harap nikmat pembangunan ni dapat dilakukan secara menyeluruh.. biarlah bdget yg diberi ni berpadan dgn kualiti jln yg akan dibina