Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Thursday, October 8, 2009

Hari-hari di SMK Balleh, kapit, Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sebenarnya di SArawaka hanya 8 buah sekolah menengah sahaja yang dikategorikan betul pedalaman dan menyukarkan pengawas untuk berulang alik dari pusat unit peperiksaan dimana 8 buah sekolah ini membolehkan pengaws layak menuntut elaun lojing dan mkn.. antaranya ialah sekolah yang kawe jaga iaitu SMK Balleh..
Disebabkan SMK Balleh ini adalah dalam satu kawasan di tepi sungai dan tiada jalan perhubungan lain kecuali sungai, guru2nya adalah 100% tertumpu pada aktiviti sekitar sekolah... sangat rapat.. seluruh kawasan sekolah kelihatan seperti satu kawasan perkampungan di tepi sungai... dikelilingi bukit dan sungai.. sungguh nyaman.. Ni antara gambaran kawasan sekolah, Blog akademik dan bangunan pentadbiran..
Kawe hanya mengawas 66 daripada 71 pelajar yang didaftarkan.. seorang pelajar meninggal pertengahan tahun ini kerana sakit, 4 lagi memang dah tak berminat untuk ke sekolah.. yang lain ok dan menunjukkan minat.. sungguh senang untuk mengawal mereka, tidak banyak kerenah, dan sepanjang sesi peperiksaan, tiada seorang pun yang minta untuk ke tandas atau meminta kertas helaian tambahan... pelik sungguh kawe... musykil hehheh..
Ini adalah pemandangan sekolah.. sebelum bukit adalah sungai Balleh.. kawe capture gambar ni dari blog akademik sekolah... masa ni awal pagi sekitar jam 8am.. dan hujan renyai2 hehehhe.. Alhamdulillah, pada malam itu, hujan lebat menyebabkan paras air sungai naik... dalam kepala kawe senang untuk kembali ke kapit nanti heh heh


Pada sebelah petang plak, kawe mengisi masa dengan bermain bola bersama rakan guru dari Balleh dan pelajar sekolah ini.. disebabkan tidak dapat kemana2, memang begini la rutin harian mereka di Balleh... Kehidupan guru hanya untuk pelajar.. Setiap aktiviti guru akan bersama2 dengan pelajar termasuk makan dan bermain...

9 comments:

sonata anak kancil said...

nyamannya kawasan sekolah - fresh air lagiks...best nya! tentu murid & gurunya sgt mesra ....

n@m@n said...

nyamannye gu...


sejuk jah tgk suasana..


demo pakai tpeng ultraman ko?

Cikgu Adham said...

salam...

sonata anak kancil,
mmg nyaman... seronok sungguh kawe di sini... Pengetua Balleh siap offer kami naik bot menyusuri ke hulu untuk tgk2 kawasan hulu heh heh..

naman,
kawe pakai mask sebab ada budak selesema heh heh... sebenarnya saja jah nk bergmbar heh heh

Kamil L said...

banyak pengalaman cikgu kat sarawak...tapi yg bestnya, hubungan cikgu ngan pelajar rapat dan ini mungkin memudahkan lagi kerja cikgu untuk memantau pelajar... Berapa lama lg kat smk balleh cikgu? tp menarik gak kan, wlpun jauh kat pendalaman, masih ada internet lagi :)

Cikgu Adham said...

salam..

kamil,
yup alhamdulillah.. byk bnda baru kawe tempuh yg menyeronokkan...

kawe di balleh smpai rabu depan... bila PMR tamat, kawe akan kembali ke kapit... yup sekolah pedalaman kerajaan bekalkan kemudahan school net utk memudahkan pelajar akses dgn internet.. br la peljar berkembang ckit pemikiran heh heh

P.Wakuba said...

Sek gini lah yg saya minat...jauh dr kesibukan bandar...ada ke x lagi sek gni di semenanjung ya??walaupun x byk hiburan...ada bola n internet rasanya cukup la tu...haha...Enjoylah lagi beberapa hari di sana...bukan senang nk ke ctu kan...

Cikgu Adham said...

P.Wakuba,
yap heh heh kawe pon sukakan keadaan gni.. mmg mantap pelbagai heh heh heh...

Roslan Ismail said...

Ambe pernah ngaja sana tahun 2006 dan 2007. Ada masa nanti nak melawat semula sana.

Muallim Adham said...

Cikgu roslan, alhamdulillah.. anda sungguh btuah buleh pengalaman d sana.. tahniah..

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan