About Me

header ads

Allah sembunyikan 6 perkara dari kita


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Artikel ni kawe dapat daripada rakan bloggers dari Kelantan.. semoga dapat dijadikan iktibar dan manfaat buat semua sahabat.

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tet api di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta i zin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? " Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang me reka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalamsemua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Post a Comment

19 Comments

fadzilah said…
salam cikgu..
entri yg bagus ni..:))
sai_senpai said…
artikel yang menarik...dapat gak ilmu hr nie....alhamdulilah...hehehe
Muallim Adham said…
salam..

fadzilah,
wslm.. yup sama2 renungkan

sai_senpai,
yup semoga bermanfaat utk anda
abu muaz said…
Tarikh kejadian kiamat memang dalam tangan Allah swt. Tetapi tanda-tandanya sudah terlalu banyak kelihatan. Sedarkah kita akan semuanya itu?
Muallim Adham said…
salam..
thanks Abu Muaz
ZooL Hilmi said…
Assalammualaikum..mmm.. tazkirah yang berguna... mudah2han... semua orang dapat mengambil serba sedikit.. pengajaran dan amalan yang perlu
kita buat...
dya said…
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu)..

sy x phm ayt ni..terasa kejahilan dri :D
Muallim Adham said…
salam..

Zool Hilmi,
thanks.. semoga bermanfaat buat semua..

jumana,
kawe pun x pndai juga nk terjemah.. takut tersalah heh heh..

tp apa yg jelas, bahawa solat lima waktu tu adalah paling utama dr solat2 sunat yg lain... sebenarnya dlm solat 5 waktu tu Allah telah sembunyikan sgt byk kebaikan dan ganjaran utk kita... sehingga kita sendiri tidak terfikir ganjarannya... Wallahu Alam
CIKGU NAMAN said…
demo pun mantap gok sheikh...hehehe
ILA HonEyBuNNy said…
salam cikgu...thnx tazkirah neh.....tersedar ila dari lamunan sekejap...huhu
Muallim Adham said…
salam..

naman, heh heh demo mmg mantap..

honeyBunny,
alhamdulillah.. sama2 kita amek manfaat
ummu said…
salam Cikgu
Tanda-tanda kiamat semakin banyak.Kiamat itu kita tidak tahu bila cuma kita sendiri kena siap sedia.Mati juga adalah kiamat kan?
Kamil L said…
Subhanallah...Allah Maha Besar...
Moga kita berjaya d dunia dan akhirat dan moga apa yg kita lakukan mendapat keredhaan dari NYA.. Amin..
Muallim Adham said…
salam..

ummu masyita,
wslm.. yup.. kiamat kecil itu adalah mati... kita kena la selalu bersedia.. dlm hadis, Rasulullah SAW bersabda bahawa orang yang paling cerdik ialah yang selalu ingat akan mati...

kamil,
semoga kita dipermudahkan segala ujian dari Allah
IMANSHAH said…
Alhamdulillah, semuanya kalau kita nampakkan..takderlah kita perbuat maksiat tiap2 hari..yang paling takut tentang kiamat..ntah esok, ntah lusa
terima kasih kongsi info - usia makin pendek ni...selalu saya ingatkan nak meninggalkan dunia ini...
Muallim Adham said…
salam,
Sonata anak kancil,
yup sama2... kita kena saling bg peringatan utk diri sendiri dan sahabat2
kita hidup saling ingat mengingati di antara kita. sudah tersedar terus berusaha ke arah kebaikan.
Muallim Adham said…
salam,
Hajah Nafisah bt Haji Md. Noor,
mmg betul.. tu la peranan kita sesama umat.. tok bleh nk fikir utk diri sendiri je.. kena fikir juga masalah umat