Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Monday, September 21, 2009

Rutin seorang pelajar kawe

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Di kapit sambutan Hari Raya kawe kongsi bersama pelajar2 kawe.. Rakan guru semenanjung yang tidak pulang ke kampung beraya berpakat untuk membuat jamuan BBQ ringan bersama pelajar.. Maka kami jemput la beberapa pelajar yang mempunyai kelapangan... apabila tamat jamuan, pelajar minta guru menghantarnya pulang.. so sahabat kawe, Rizal menghantar beberapa kumpulan pelajar tersebut dengan kereta ke hulu.. hampir setengah jam.. Dari sini kami dapat melihat sendiri macammana perjalanan pelajar kami ke sekolah...
Dari rumah panjang, pelajar kawe akan menaiki perahu menyeberangi sungai rejang.. (dalam gambar keadaan musim kemarau yang sungai agak cetek dan tidak laju, cuba bayangkan musim hujan?)... sampai je di gigi air, pelajar kawe akan melalui kawasan lumpur sungai beberapa meter dan mendaki tebing yang tinggi.. sampai je di atas tebing, pelajar kawe akan membasuh kaki dan seluar yang berlumpur.... baru lah akan menahan teksi di tepi jalan...


Kemudian, teksi (van) yang diambil akan mengambil masa setengah jam baru la sampai ke sekolah... itu lah rutin harian salah seorang pelajar kawe yang kawe cuba kupas... Ni kira rutin yang masih lagi biasa.. ada ramai lagi yang lebih teruk dimana perjalanan mereka lebih teruk.. kawe sendiri pon tidak mampu untuk cuba mendalami rutin kehidupan mereka... ada yang tidak habis menyeberangi sungai, tetapi perlu menempuh laluan balak 1-2 jam baru la sampai ke kampung mereka...

InsyaAllah kalau ada rezeki, kawe akan tunjuk lagi keadaan pelajar kawe...

7 comments:

scrlettfr said...

salam aidilfitri...
hmm.. itulah kehidupan yang terpaksa dilalui oleh seorang pelajar demi memajukan diri dalam pelajaran dan usaha untuk meningkatkan taraf kehidupan familinya....

imanshah said...

Salam,, hurm simpatilah dengan mereka..jauh beza antara bandar dan pedalaman..semoga demo terus tabah di sana ya..

Cikgu Adham said...

slm..

scrlettr,
wslm.. yap mmg kawe rasa bertuah dpt belajar drp mereka semua..

imanshah,
wslm.. berat mata memandang, berat lg bahu memikul

Monalea said...

simpati dengan mereka. untuk mnimba ilmu pelbagai rintangan ang harus dilalui.

Cikgu Adham said...

salam monalea,
mmg simpati sgt huhuhuhu.. sebab tu cikgu dlm mengajar pendekatan amat berbeza.... cikgu tdk memberi tekanan sgt kpd mereka...

sonata anak kancil said...

semoga kepayahan ini memberi kesenangan masa depan mereka...anak2 di bandar besar ni, tak pernah merasa keperitan hidup seperti ini...
(yang mewah melimpah ruah - malasss...!)

Cikgu Adham said...

slmm
sonata,
betul tu... belajar dr kesusahan.. jika diperhatikan... masyarakat di tempat kaawe mengajar ni walaupun x ramai mempunyai kelulusan akademik yg tinggi, namun kesusahan hidup beri erti utk mereka lbh survive.. mereka akan merantau sebaik tamat SPM... mencari krja di luar.. malah lebih berjaya berbanding anak2 di bandar yg berijazah tetapi manja..

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan