About Me

header ads

Rasuah: Malaysia merudum lagi, negara Islam tercorot

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. artikel ni kawe dapat daripada sebuah web yang ditulis oleh Abdul Aziz Mustafa. Artikel ni Keluar tahun 2008 lagi.. sengaja nak imbas kembali dan kita masih menanti result Indek Persepsi Rasuah (IPR) untuk tahun 2009.. diharapkan IPR 2009 mencatatkan Malaysia lebih baik..

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikelaurkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.

Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.


Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep semak dan imbang.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.


Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.

Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil usaha memerangi rasuah itu.

Post a Comment

8 Comments

abu muaz said…
Salam. Dasyat malaysia rupanya.
Muallim Adham said…
abu Muaz,
wslm.. tak tau la ambo... tu la setakat ni fakta yg ada.. harap IPR yg keluar tahun ni meletakkan Malaysia lebih baik
Muallim Adham said…
abu Muaz,
wslm.. tak tau la ambo... tu la setakat ni fakta yg ada.. harap IPR yg keluar tahun ni meletakkan Malaysia lebih baik
insan pendidik said…
Salam Cikgu Adham,

Dalam satu artikel dalam Majalah Al Islam rasuah ini lebih teruk daripada makan babi. Kerana dosa makan babi jatuh atas pelakunya. Tapi akibat makan rasuah impaknya pada satu generasi. Wallahualam.
Muallim Adham said…
insan pendidik,
wslm..
thanks... hakikatnya rasuah mmg buruk
abe miey said…
perangi rasuahhhhhhhhhhhhhhhhhh..
cikgumiey said…
perangi rasuah.............
Muallim Adham said…
abe miey dan cikgumiey..

salam.. mari kita pakat perangin rasuah... jgn bui ninggal baka huhuhuhu