Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Friday, September 11, 2009

Provokasi Malaysia dan Indonesia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kawe pon tak tahu la... rasa terpanggil untuk meluahkan pendapat mengenai isu yang agak hangat berlaku provokasi antara Malaysia-Indonesia.. Memang memalukan kerana dua buah negara yang majoritinya Islam berjiran boleh mencetuskan bibik perpecahan hanya disebabkan percanggahan pendapat mengenai promosi tarian.. yang sebenarnya tidak menguntungkan mana2 pihak pun... Sepatutnya kedua-dua buah negara sedar bahawa kita adalah satu rumpun dan paling penting lebih-lebih lagi sebagai saudara ISlam..

Ajaran Islam amat menekankan mengenai pentingnya konsep persaudaraan. Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang mengetengahkan isu persaudaraan ini. Namun, sebagai umat Islam, apakah kita prihatin terhadap apa-apa yang telah dibentangkan di dalam al-Quran dan hadis nabi saw? Tepuk dada, tanya iman!

Allah SWT telah menyatakan dengan jelas mengenai konsep persaudaraan ini melalui surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud:

Sesungguhnya orang mukmin itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara saudara-saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat’.

Manakala dalam hadis nabi saw pula, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih sayang, cinta mencintai, dan kasih mengasihi ibarat satu tubuh, iaitu apabila terdapat salah satu anggota badan yang sakit, maka seluruh tubuh turut berasa sakit dengan tidak boleh tidur dan demam’. (Hadis Riwayat Imam Muslim).

Takkan kita nak jadikan dua buah negara yang majoriti Islam bergaduh dan berperang disebabkan perkara remeh temeh sebegini (seperti berebut hak tarian).. Mengapa kita tidak bersatu dan berbincang tentang perkara yang lebih penting seperti isu Palestin.. isu perpecahan umat ISlam dunia dan sebagainya.. elok pihak yang ingin berperang tu.. gunakan semangatnya untuk memperjuangkan hak umat Islam di palestin.. Lebih baik kita bertumpah darah utk Keadilan di Palestin berbanding bertumpah darah kerana perkara maksiat ni...

Wallahu'alam

13 comments:

n@m@n said...

salam..tak tahu la
kwn-kwn kita dari seberang ni..

maybe kerajaan terlalu baik hati

@deyLL@ said...

tu la..sempit sungguh pemikiran.saya yang belajar tak tinggi mana ni pun boleh fikir baik buruk semua tu.

h+A>z(w)=@xN said...

apabila kita terlalu sibuk dgn hal politikus yang mengarut2, kita terlupa bahawa ada yang remeh namun telah dijadikan satu isu kompleks dan menyerabutkan...

tapi seperti biasa,
"ini hanya salah faham biasa..."

Cikgu Adham said...

salam..

naman,
ya ke.. mmg kerajaan kita terlalu baik kut huhuhuhu.. tp jika kedua2 pihak tak main peranan sebagai saudara seIslam.. mmg jdlah perpecahan..

deylla,
mmg betul.. kalo kita fikir secara logik pon mmg benda ni tak baik dan better kita fikir yg lebih penting sperti bagaimana nak meningkatkan pendapatan perkapita negara masing2 ke heh heh....

Thor,
demo gak mmg mantap heh heh.. biasa bui ceramah lg ke?

imanshah said...

Anka murid kawe yang mengaji kat jakarta pun royak sangat takut...student2 indonesia pun asyik dok provok je..tertekan diaorang kat sana

Cikgu Adham said...

slm imanshah,
mmg betul... nak kata bodoh pon... yala juga la kut huhuhuhuu... sama ISlam pon nak berbaloh... sssumbat suungguh..

yahudi dan nasrani dok suka saja tgk puak kita berbaloh..

Rashid said...

Adham kita standbye je. Rasa tak sabar pula nak angkat senjata!!! Jika itu diorang mahu kita boleh bagi.. (ayat kasar dan ikut hati amarah)

Tak taule naper begitu jadinya. Adakah ada tangan-tangan di balik tabir semua yang berlaku ini? Tangan-tangan dari jauh dan jahat.
Tangan-tangan yang ingin melihat kita sesama Islam, sedarah sedaging, serumpun sebahasa, seagama dan sedarah bertetak sesama sendiri..(ayat berfikir sikit)

Cikgu Adham said...

slm cikgu rashid,
mmg betul kita kena sentiasa bersedia... tp pd pndapat kawe peranan kita mungkin sebagai tentera pengaman kut heh heh.... x sampai hati tgk saudara serumpun bertumpah darah..

mintak jauh la belaka.. na'u zubillah

memoribilia said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin. Berhati-hati semasa di jalan raya..

shahrulazrie.blogspot.com

Cikgu Adham said...

memoriabilia,
slmt hr raya juga...

scrlettfr said...

salam aidilfitri (xlama lagik)...
isu ni dalam email pun banyak.... tapi yang paling 'den kekadang xpuas hati sebab rakyat kita di Indon dianaktirikan, filem2 kita diaorg xingin tengok.. tapi diaorg disini kita layan samarata... itupun diaorg tuduh kita lagi sebagai STEALING...
hmm...

Anak Tumpat said...

indon xdok modal nk bt hal dgn malaysia kot.. dende isu orang gaji dio kena dera, buruh diorang dianiaya x dibayar gaji, pendatang mereka ditahan di pusattahanan, n macam2 lagi, membuatkan mreka mula cari pasal nak gaduh kot.. modal lain xde.. dgn indon ni kalu isuu berebut selipar jepun pun nk perang..hahah

Cikgu Adham said...

slm..

scrlettfr,
waslm aidilfitri, act isu ni insyaAllah lama senyap la bila kita x layan benda ni.. kalo kita ikut melawan indonesia, bererti kita pon sama bodoh dgn mereka berperang sesama saudara.... biar lah mereka shaja yg bodoh dok fikir bnda yg remeh2 begini..

Anak tumpat,
xdak aroh la kita ni gak tgk saja je la... nk bagi arahan, puak ni x dgr.. dok tgk dgn doa je la kta deh

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan