Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Saturday, September 5, 2009

Ke Pasar Kapit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kali ni kawe ingin menonjolkan pasar kapit yang menjadi tempat paling penting sebagai tempat menjana ekonomi masyarakat kapit heh heh... Sebenarnya perkataan "PASAR" sebenarnya bukan membawa maksud "market" yg biasa kita guna di Semenanjung Malaysia.. Tetapi di Kapit, perkataan "PASAR" membawa maksud pekan.. sebabnya di Kapit hanya ada sebuah pasar sahaja betul-betul di tengah2 pekan kapit.. Nak kata bandar, Kapit tak la besar sangat seperti bandar..

Begini lah keadaan pasar Kapit.. gambar bawah adalah gambar semasa kawe dan Ustad Adnan membeli ayam daripada seorang yang istimewa di Kapit.. Nama saudara yang jual ayam ni ialah Amran.. Yang peliknya dia dari Kelantan woooo... pelik juga biasanya orang semenanjung datang ke Kapit bertugas sebagai guru, tetapi beliau menjadi tokey ayam beb heh heh.. sangat mantap.. so saudara Amran ni la yang jadi pembekal utama daging ayam kepada kami.. kerana penjual yg lain semuanya adalah non-Muslim.. so bila beli daging ayam dengan Amran, kehalalannya terjamin

7 comments:

imanshah said...

Wah jauh benor orang kelantan pg jual ayam, huhu..mana2 pun kalau dah rezeki kan..

Cikgu Adham said...

yup.
kawe pon mula2nya x perasan pon kawujudan brother ni heh heh.. tp dia yg mula2 tegur kawe.. dia tnya dlm loghat kelantan.. "asal dmana"..

sebelum nih, kami hanya beli ayam sejuk beku di pasar CCK market je la..

ije said...

jadi tokey ayam kat kapit tu. caya lah.

ahsfantasy24 said...

jauhny die g...............
wah3 sek bek ad pnjual aym mslim,
klw x t cg adham xmkn ayam da kt sne,
hehe..

Cikgu Adham said...

slm..

ije, tak la tokey besau... sekadar penjual kecil2an je... sebab bro tu kahwin dgn gadis iban yg berasal dr kapit

ahsfantasy,
yup betul.. sebelum ni pon ada juga mkn ayam, tp sekadar chicken wings je la yg sejuk beku tu dr pasar CCK

arsaili said...

salam...interesting betul....bagus la ada saudara amran...jauh gak jodoh dia nun di kapit..dengan gadis iban plak tuh....saya sendiri pun tak pernah ke Kapit...bole la promosi kat kawan2 muslim yg tinggal di kapit

Cikgu Adham said...

salam arsali,
mmg interesting heh heh..... sekarang amran mmg menetap di kapit dan dalam setahun dia ada la balik ke kelantan bawa anak dan isteri jumpa keluarga d kelantan...

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan