Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Saturday, September 26, 2009

Tennis Accessories

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Sempena kehangatan Proton Malaysia Open Tennis Tournament, kawe dan member tenis d kapit pun tak ketinggalan la mengikuti berita ni.. Walaupun tiada pemain Malaysia yang layak.. tp kira ok la ada jelajah ATP di Malaysia dan harap memang ianya jadi "event" tahunan di Malaysia..

Dalam kegilaan sukan tenis, kawe pon nak kongsi beberapa aksesori yang kawe ada...

Antaranya Tour Bag Wilson ni kawe beli masa tahun 2 di UPSi.. dalam beg ni kawe sentiasa bawa tali reket, bola tenis dan tuala keecik.. Bila bermain, kawe akan bawa water bag untuk simpan air sejuk heh heh... setakat ni kawe ada 4 batang reket yang kawe kumpul sejak zaman ngaji dulu2 la...

Friday, September 25, 2009

Rasuah: Malaysia merudum lagi, negara Islam tercorot

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. artikel ni kawe dapat daripada sebuah web yang ditulis oleh Abdul Aziz Mustafa. Artikel ni Keluar tahun 2008 lagi.. sengaja nak imbas kembali dan kita masih menanti result Indek Persepsi Rasuah (IPR) untuk tahun 2009.. diharapkan IPR 2009 mencatatkan Malaysia lebih baik..

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikelaurkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.

Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.


Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep semak dan imbang.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.


Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.

Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil usaha memerangi rasuah itu.

Uniknya Beraya di Kapit, Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tahun 2009 mencatat sejarah dalam hidup kawe bila buat kali pertamanya beraya jauh dari keluarga huhuhuhuhu.. Sebagai kenangan bagi kawe la ni... lepas ni insyaAllah raya dengan family sokmo la heh heh heh...

Cewah pagi-pagi lagi kawe bersiap.. gambar sebalah possing tepi motosikal kawe amek dalam jam 6.45am tapi matahari dah naik tinggi wo... sedang memanaskan enjen motosikal sebelum gi masjid untuk solat sunat Aidil Fitri..


Kalau nak ikutkan heran memang la tak sanggup beraya jauh-jauh ni.. Tapi gak, mujur lah ramai member serta sahabat yang sudah berpakat dengan kawe untuk beraya di kapit heh heh.. erm ni lah barisan sahabat yang beraya bersama kawe di kapit.. ada juga anak murid muslim kawe yang beraya sama-sama dengan kami..



Kawe macam biasa la naik motosikal lagi senang, memudahkan dan sangat selesa berbanding bawa kereta... tengok lah keadaan jalan raya di Kapit... macam ni la heh heh sederhana.. tidak besar sangat..




Di kapit berbeza dengan raya tempat kita di Semenanjung wo... Semua rumah adalah terbuka.. so kawe pon belasah je la heh heh heh.. mula2 sekali apa yang kawe tengok ialah kek lapis.. fuyyo macam2 jenis ada... semua kawe rasa... Dari rumah Pemancha (ketua masyarakat Muslim), sehingga la ke rumah lain2.. semua ada hidangan kek lapis Sarawak.. setiap rumah yang kawe lawat, kawe amek juadah sikit2 je, sebab byk lg rumah yang nk kena ziarah...

Antara hidangan wajib di rumah yang kawe lawat heh heh... tapi yang paling tak tahan, setiap rumah pasti dihidang air karbonat... sampai naik kembung perut kawe heh heh heh,,, tp tak de masalah punya... ada juga makanan tradisional mereka seperi Sempilis dsb.. Sangat menarik meraikan raya dengan situasi yang berbeza...

Wednesday, September 23, 2009

Welcome to Kapit Lawn Tennis Association

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. heh heh petang ni adalah hari pertama kawe mula main tenis selepas rehat panjang sempena bulan Ramadhan lepas... walaubagaimanapun, masa Ramadhan, kawe tetap bermain, namun tidaklah aktif seperti biasa dimana pada bulan ramadhan, intensiti dan volume permainan kawe diturunkan serta merta heh heh heh..

Rindu juga bila lama tak bermain... Namun agak sumbang kawe main hari ini kerana 'strok' dan 'drive' kawe lari cikit sebab lama tak main huhuhuhuhu... kawe syukur walaupon ngajar di kawasan yang jauh... namun masih ada kemudahan untuk bermain.. walaupon court nya agak usang... boleh la untuk mempraktiskan skill2 lama dan baru hehehehhe..


Thanks member2 tennis kawe dari kapit yang bermain petang tadi: James Ling, Patrick, Joseph, Fitri, Glein dan Raja Ding..

Tuesday, September 22, 2009

Kenapa merokok di Surau dan masjid?


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Kawe perhatikan di bahagian tepi pintu masjid tempat kawe bertugas di kapit ada tersedia beberapa tempat habuk rokok. Ramai orang gemar duduk-duduk di tangga atau beranda masjid, menghembuskan asap penuh kenikmatan pada sebelum dan selepas waktu solat terutama selepas solat asar dan isyak.. kawe baru je dengar tazkirah mengenai soal jawab menghisab rokok dalam masjid daripada Ustaz Azhar Idrus (sila klik).
Adalah haram hisap rokok dalam masjid kerana ia menyebabkan asap rokok dalam masjid memudaratkan jemaah.. malah haram hisap rokok di luar masjid jika asap rokok itu masuk ke dalam masjid... Sekarang ada pelbagai khilaf ulama mengenai hukum hisap rokok...

Di sini sukacita kawe menjalankan amanah menegur perbuatan itu berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi. Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih.

Rujukan:

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13856&Itemid=99999999

Monday, September 21, 2009

Rutin seorang pelajar kawe

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Di kapit sambutan Hari Raya kawe kongsi bersama pelajar2 kawe.. Rakan guru semenanjung yang tidak pulang ke kampung beraya berpakat untuk membuat jamuan BBQ ringan bersama pelajar.. Maka kami jemput la beberapa pelajar yang mempunyai kelapangan... apabila tamat jamuan, pelajar minta guru menghantarnya pulang.. so sahabat kawe, Rizal menghantar beberapa kumpulan pelajar tersebut dengan kereta ke hulu.. hampir setengah jam.. Dari sini kami dapat melihat sendiri macammana perjalanan pelajar kami ke sekolah...
Dari rumah panjang, pelajar kawe akan menaiki perahu menyeberangi sungai rejang.. (dalam gambar keadaan musim kemarau yang sungai agak cetek dan tidak laju, cuba bayangkan musim hujan?)... sampai je di gigi air, pelajar kawe akan melalui kawasan lumpur sungai beberapa meter dan mendaki tebing yang tinggi.. sampai je di atas tebing, pelajar kawe akan membasuh kaki dan seluar yang berlumpur.... baru lah akan menahan teksi di tepi jalan...


Kemudian, teksi (van) yang diambil akan mengambil masa setengah jam baru la sampai ke sekolah... itu lah rutin harian salah seorang pelajar kawe yang kawe cuba kupas... Ni kira rutin yang masih lagi biasa.. ada ramai lagi yang lebih teruk dimana perjalanan mereka lebih teruk.. kawe sendiri pon tidak mampu untuk cuba mendalami rutin kehidupan mereka... ada yang tidak habis menyeberangi sungai, tetapi perlu menempuh laluan balak 1-2 jam baru la sampai ke kampung mereka...

InsyaAllah kalau ada rezeki, kawe akan tunjuk lagi keadaan pelajar kawe...

Friday, September 18, 2009

Salam AidilFitri


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Sempena bulan mulia, hari molek ni... kawe nak ucap selamat hari raya la terutama kepada orang tua kawe yg berada di kuala krai... huhuhu sorry la tahun ni tak dapat balik beraya di kuala krai atas sebab-sebab tertentu.. tidak lupa kepada adik beradik kawe, sanak saudara, sahabat-sahabat handai, rakan-rakan blogger.... mmg terlalu ramai rakan blogger:
mintak maaf belaka deh... kalau ada silap salah...

Wednesday, September 16, 2009

Sambutan 16 September

Assalamualikum dan salam sejahtera... Sekitar sambutan kemerdekaan di sekolah kawe pada 16 September 2009 sempena pembentukan Malaysia... Ini adalah sebagai satu program patriotik kemerdekaan kerana sekolah kawe tak sempat sambut kemerdekaan sebab hari merdeka jatuh dalam cuti heh heh..


Kawe sedang memberi taklimat akhir kepada anak buah dikir barat kawe sebelum mereka buat persembahan.. Masa ni Limi capture gmbar kawe heh heh kawe pon tak perasan beb... Budak pon dengar la apa yang kawe merapu tu hah hah
Masa ni kawe terpaksa amek alih tugas Ustad sebab ustad dah pob balik kampong huhuhuhu.. terpaksa beb..

Tarian 1 Malaysia.. Menggambarkan penyertaan semua etnik dalam Malaysia.. ada Tarian Singa, India Iban, Kadazan dsb.. sangat menghiburkan dan menarik sekali..
Diantara persembahan anak buah kawe yang tidak seberapa selepas latihan selama seminggu.. Team ni baru je kawe tubuh tahun ni dengan keadaan budak2 yg buta dikir barat akhirnya dapat la juga hasilkan bunyi dikir barat tu heh heh.. Ni pon bantuan sahabat-sahabat dari Kapit dan rakan guru yang lain..

Monday, September 14, 2009

Majlis Buka Puasa Di Sekolah Kawe

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. salam ramadhan dan selamat hari raya buat semua heh heh.. Pada13 Sept 2009 diadakan Jamuan buka puasa di Sekolah tempat kawe ngajar.. Kawe dan geng housemate kawe ditugaskan untuk menyediakan menu utama (ayam kurma) dibantu oleh Limi, masak nasi dan sediakan air.. Cikgu-cikgu lain plak membawa juadah masing ke majlis..

Majlis bermula dengan buka puasa ringan-ringan heh heh (makan kurma dan minum air). Pastu kami semua solat magrib berjemaah di bilik ERT sekolah.. selepas tu baru lah melantak.. Pastu kami solat isya berjemaah dan solat traweh di tempat yang sama.. akhir sekali MOREH.. macam-macam beb ada... kawe pon jd pening tambah mereng sikit sebab terlalu banyak lauk... Tapi mujur walaupon pelbagai jenis lauk dan kuih, tetapi kuantitinya sedikit sahaja.. maka pembaziran dapat dielakkan kerana semua juadah habis dimakan heh heh..

Terima kasih la kepada semua pihak yang terlibat.. Semua cikgu pon beri kerjasama yang baik... Terima kasih kepada cikgu KH yang benarkan kita menyibuk guna bilik ERT ni heh hhe.. memang selesa.. siap ada ruang yg besar untuk solat berjemaah..

Ni pulak skuod rumah Pek'in, ada belaka ni Juki ada, Zizie ada, Din (x-housemate) pun ada.. Dok bersila la pasal x muat heh heh.. puak ni mmg suka dok bersila sejak budak lg...

Semasa geng-geng cikgu sedang bermoreh.. kawe pulak kena ngasuh anak Sanni.. berat la huhuhuhu... tapi gak lagu ni la kawe heh heh... comel juga anak Sani ni.. baik pulak tu dgn kawe heh heh.Ni Pulak suasana selepas Solat Traweh heh heh.. Macam berebut-rebut tu.. bukan apa semua nak balik cepat.. ada yang datang dengan Van la.. ada yg datang dgn Motosikal la... so malam2 gak semua nak cepat... jadi ada yang amek tapow je la.. kawe pon suka ria la sebab semua makanan habis dan tak banyak kerja mengemas heh heh...

Friday, September 11, 2009

Provokasi Malaysia dan Indonesia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kawe pon tak tahu la... rasa terpanggil untuk meluahkan pendapat mengenai isu yang agak hangat berlaku provokasi antara Malaysia-Indonesia.. Memang memalukan kerana dua buah negara yang majoritinya Islam berjiran boleh mencetuskan bibik perpecahan hanya disebabkan percanggahan pendapat mengenai promosi tarian.. yang sebenarnya tidak menguntungkan mana2 pihak pun... Sepatutnya kedua-dua buah negara sedar bahawa kita adalah satu rumpun dan paling penting lebih-lebih lagi sebagai saudara ISlam..

Ajaran Islam amat menekankan mengenai pentingnya konsep persaudaraan. Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang mengetengahkan isu persaudaraan ini. Namun, sebagai umat Islam, apakah kita prihatin terhadap apa-apa yang telah dibentangkan di dalam al-Quran dan hadis nabi saw? Tepuk dada, tanya iman!

Allah SWT telah menyatakan dengan jelas mengenai konsep persaudaraan ini melalui surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud:

Sesungguhnya orang mukmin itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara saudara-saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat’.

Manakala dalam hadis nabi saw pula, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih sayang, cinta mencintai, dan kasih mengasihi ibarat satu tubuh, iaitu apabila terdapat salah satu anggota badan yang sakit, maka seluruh tubuh turut berasa sakit dengan tidak boleh tidur dan demam’. (Hadis Riwayat Imam Muslim).

Takkan kita nak jadikan dua buah negara yang majoriti Islam bergaduh dan berperang disebabkan perkara remeh temeh sebegini (seperti berebut hak tarian).. Mengapa kita tidak bersatu dan berbincang tentang perkara yang lebih penting seperti isu Palestin.. isu perpecahan umat ISlam dunia dan sebagainya.. elok pihak yang ingin berperang tu.. gunakan semangatnya untuk memperjuangkan hak umat Islam di palestin.. Lebih baik kita bertumpah darah utk Keadilan di Palestin berbanding bertumpah darah kerana perkara maksiat ni...

Wallahu'alam

Wednesday, September 9, 2009

Cuti Sekolah 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. berita ni kawe dapat dari Bernama.. So kepada rakan2 seluruh Malaysia bolehlah merancang cuti anda pada tahun depan heh heh... harap maklum semoga dapat jadi penduan kepada semua sahabat especially guru sabah & sarawak

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Sesi persekolahan tahun depan akan bermula pada 3 Januari bagi Kedah, Kelantan serta Terengganu, dan negeri-negeri lain pula pada hari berikutnya iaitu 4 Jan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata cuti penggal pertama pula akan bermula dari 12 hingga 20 Mac bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, sementara bagi negeri lain pada 13 hingga 21 Mac.

"Sementara itu cuti pertengahan tahun pula bermula dari 4 hingga 19 Jun bagi ketiga-tiga negeri itu, dan negeri lain bermula pada 5 hingga 20 Jun," katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini pada Selasa.

Beliau berkata cuti penggal kedua pula akan bermula dari 3 hingga 11 Sept, dan cuti akhir tahun dari 19 November hingga 1 Jan 2011 bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sementara bagi negeri-negeri lain, cuti penggal penggal kedua akan bermula pada 4 hingga 12 Sept, dan cuti akhir tahun dari 20 Nov hingga 2 Jan 2011," katanya.

Alimuddin berkata jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah 210 hari, manakala jumlah cuti penggal 78 hari.

-- BERNAMA

Tuesday, September 8, 2009

Housemate Ambo

Assalamualaikum... heh heh... Masakan secara gotong royong housemate kawe.. simple je tetapi cukup mantap dan menyelerakan... Gulai ayam, sayur campur dan ikan kembung rebus cicah budu heh heh.. dan tidak dilupakan buah kurma...

Selepaa siap masak.... geng bujang rumah kawe ni pon duduk semeja tunggu masuk waktu berbuka puasa... masa ni Fendi dan ustad tak ada sebab tak tahu buat gapo heh heh.. rasanya tengah mandi ke gapo...

Lepas siap makan dalam jam 7.15pm kami pon bersiap gi ke surau sekolah... Solat sunnat Taraweh ramai dengan cikgu2 dan students kawe... lepas siap solat sunnat Taraweh, sebagai sokongan moral untuk semua, disediakan la "moreh" hehehehe ni secara bergilir2 oleh guru muslim.. biar la kuih2 biasa je, tetapi cukup bermakna bila makan bersama2 sahabat guru dan pelajar..
Ni sebahagian pelajar kawe dan rakan guru SMK Selirik.. Kawe bila jd kamera-man gak... memang xda peluang la nk ada gambar kawe sendiri huhuhuhuu.. tak apa la heh heh

Saturday, September 5, 2009

Gambar Curi


Assalamualaikum semua.. Sorry heh heh ambo amek gambar curi.. Masa ni gambar diambil pada hari rabu sebelum cuti hari tu semasa kawe jaga exam trial pertama STPM kelas kawe. Bayangkan kawe jaga mula jam 0655am sampai la 10am beb, 3 jam paper pengajian am huhuhuu.. so bila dah boring sangat, ambil la gambar.. Students kawe masa ni khusyuk jawab exam, mereka memang tak perasan langsung heh heh.. Begini la students kawe bila exam.. dan begini la kawe kalo jaga exam keh keh keh

Ke Pasar Kapit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kali ni kawe ingin menonjolkan pasar kapit yang menjadi tempat paling penting sebagai tempat menjana ekonomi masyarakat kapit heh heh... Sebenarnya perkataan "PASAR" sebenarnya bukan membawa maksud "market" yg biasa kita guna di Semenanjung Malaysia.. Tetapi di Kapit, perkataan "PASAR" membawa maksud pekan.. sebabnya di Kapit hanya ada sebuah pasar sahaja betul-betul di tengah2 pekan kapit.. Nak kata bandar, Kapit tak la besar sangat seperti bandar..

Begini lah keadaan pasar Kapit.. gambar bawah adalah gambar semasa kawe dan Ustad Adnan membeli ayam daripada seorang yang istimewa di Kapit.. Nama saudara yang jual ayam ni ialah Amran.. Yang peliknya dia dari Kelantan woooo... pelik juga biasanya orang semenanjung datang ke Kapit bertugas sebagai guru, tetapi beliau menjadi tokey ayam beb heh heh.. sangat mantap.. so saudara Amran ni la yang jadi pembekal utama daging ayam kepada kami.. kerana penjual yg lain semuanya adalah non-Muslim.. so bila beli daging ayam dengan Amran, kehalalannya terjamin

Thursday, September 3, 2009

Kelas Tambahan PA, STPM

Assalamualaikum heh heh.. entah tak tau apa nk cerita.. Ni sengajar nak tunjuk gambaran kelas tambahan pengajian am form 6 sekolah kawe pada setiap selasa. Tetapi gambar yg kawe amek ni sangat meng'emo' kan kawe sebab yang hadir 2 org ni je huhuhu.. Tapi apa bleh buat..

2 orang pon kawe tetap teruskan heh heh.. yang tak datang tu tak ada rezeki nk belajar la...

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan