Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Friday, August 21, 2009

Pondok Sungai Durian (PSD)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam Ramadhan buat semua. Bila kawe buka kembali gambar-gambar kenangan kawe sebelum mengajar di sarawak, terjumpa pulak kenangan kawe semasa di Pondok Sungai Durian (PSD) atau dikenali sebagai Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian. Sistem pendidikan pondok di Tanah Melayu bermula sejak awal kurun ke 19 atau akhir kurun ke 18 dengan pengaruh yang dibawa dari Patani, Sumatera, Jawa dan Acheh. Kaedah pengajarannya adalah mengikut kaedah yang dijalankan di Masjidil Haram di Mekah. Pengajian pondok lebih jelas kelihatan jika ditinjau di negeri-negeri yang kuat ciri-ciri keagamaannya seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan. Kebanyakan daripada para ulama ini mendapat pendidikan tertinggi mereka di Mekah. Sistem pendidikan pondok sebenarnya mementingkan keagamaan dalam mengerjakan ibadat dan pembentukan akhlak yang sempurna. Dalam sejarah pendidikan pondok yang terawal, pelajar-pelajarnya adalah terdiri daripada lelaki muda, dewasa dan separuh umur.

Penasihat PSD, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, selaras perubahan masa dan keperluan pelajar, sudah tiba masanya sistem pondok yang ada sekarang ini diselaraskan dari aspek kurikulum dan sistem pelajaran. Katanya, sistem lama seperti pengajian kitab dari kulit ke kulit masih perlu diteruskan tetapi menggunakan pendekatan baru dengan memperkenalkan peperiksaan bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. "Sistem pondok tradisional ialah mengaji kitab lama dari kulit ke kulit tetapi sekarang ini tanpa sijil pelajar tidak boleh menyambung pengajian. Oleh itu, pengajian kitab lama perlu ada ujian atau peperiksaan untuk mendapatkan sijil.

Di PSD, ada dua sistem pengajian iaitu sistem akademik yang moden (ikut sukatan pelajaran akademik YIK) yang dilakukan secara formal pada sesi pagi dan Pengajian mengikut sistem pondok yang biasanya diadakan selepas solat lima waktu setiap hari mengikut jadualnya tersendiri sebagaimana sistem persekolahan. Tetapi ia lebih berbentuk umum kerana pengajian diadakan dalam masjid pondok.

Cara pengajiannya, murid-murid akan membentuk halaqat (bulatan) mengikut pelajaran yang diajar dengan bimbingan seorang guru, atau murid akan mengikut pengajian secara umum dengan seorang guru yang mengajar berpandukan kitab tertentu.

Sebelum ni, kawe hanya ke PSD di waktu malam je untuk dengar kuliah dan talaqi dengan ustaz2 di PSD. Tak tau pun bagaimana PSD berfungsi. Sebelum kawe ke Sarawak, kawe pernah mengajar selama 1-2 minggu di PSD dalam bidang Matematik dan English (mengajar sukarela sebab tak ada kerja buat di rumah). Bila kawe menghadiri kelas akademik PSD, baru la faham sistem pondok moden sekarang.

Bagi kelas akademik akan diadakan di kelas seperti sekolah harian biasa. Kebanyakan tenaga pengajar di PSD adalah dari kalangan frofesional dan mempunyai kelulusan tinggi dalam pengajian Islam. Tapi pelajar di sini sangat unik.. Ada yang lebih tua dari kawe, ada yang sebaya dengan kawe.. Tapi banyak juga pengalaman yang kawe dapat semasa di PSD, sayangnya tak lama kawe di PSD. Seronok berada di PSD, tenang sokmo heh heh..

6 comments:

jumana said...

bagus kamu, mengajar secara sukarela..he3
sy pn nk mintak maaf sempena bulan mulia ni kn..kot2 tersalah, tersilap kata
selamat berpuasa :)

Cikgu Adham said...

slm.. ya kawe pon mintak mangah la kalo ada silap saloh...

ije said...

yup. andai selaraskan sistem pendidikan, terjamin masa depan duniawi pelajar pondok. kan? ehe.

Cikgu Adham said...

ije,
ya sekarang kebanyakan sekolah pondok sudah membuat kajian, banyak seminar dan kertas kerja dibentangkan untuk memperkasakan pengajian di pondok...

kajian2 juga banyak dijalankan utk mempertingkatkan prestasi dan akauntibiliti akademik di sekolah pondok... kita pon kena juga menyumbang nnt dalam pelbagai bentuk sokongan dalam usaha murni ini...

ije said...

yup. baru la adil kan?

:)

btw,

ije sekarang tahun ke lima setengah merangkap tahun akhir. amik maths. studi maktab, dah sure sekolah rendah. ehe

:)

insyaALLAH grad november nanti dan posting januari 2010.

*harap2 dapat semenanjung. erkk. terlebih sudey. ehe

Cikgu Adham said...

oo mantap.. patut la skrg pengambilan KPIL dan DPLI di berhentikan sementara sebab program di IPG dah nak grad.. rasanya ni first batch...

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan