Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Saturday, July 4, 2009

Pelajar diminta kemuka maklumat pengetua miang

Ketua Pengarah mahu siasat dakwaan dianggap serius

Asslamualaikuim dan salam sejahtera.. keratan akhbar ini dipetik daripada berita harian 5 Julai 2009. Rentetan daripada aduan seorang pelajar perempuan mengenai pengetua miang pada siaran akhbar 4 Julai 2009.

KUALA LUMPUR: Pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan, yang mendakwa digantung daripada asrama selepas melaporkan salah laku pengetua diminta memberikan maklumat mengenai dakwaan itu kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Alimuddin berkata, dakwaan dibuat pelajar itu adalah serius dan beliau perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenainya sebelum siasatan dapat dilakukan.

"Apa yang penting, pelajar perempuan terbabit perlu menghubungi saya terlebih dulu sebelum siasatan dapat dilakukan kerana setakat ini saya tidak mempunyai sebarang maklumat.

"Ia adalah satu pertuduhan berat dan serius, dan saya mahu menyiasat dakwaan pelajar ini sebelum sebarang tindakan boleh diambil." katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.

Semalam, akhbar menyiarkan dakwaan seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun yang digantung daripada asrama sejak 17 Mei lalu berikutan pengetuanya tidak berpuas hati dengan tindakan pelajar terbabit membuat laporan mengenai salah lakunya kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar.

Pelajar itu yang dipertanggungjawabkan sebagai ketua asrama berikutan ketiadaan warden wanita, mendakwa beliau sudah lama bersabar melihat pengetua sekolah itu keluar masuk asrama tanpa mengira masa, termasuk menghabiskan hampir empat jam, hingga 1 pagi, untuk berkaraoke bersama pelajar perempuan kesayangannya.

Alimuddin memberi jaminan akan bersikap adil dan menyiasat dakwaan pelajar itu dari segenap aspek.

"Peraturan mengkehendaki setiap asrama perempuan mempunyai seorang warden wanita dan dakwaan ketiadaan warden di situ perlu disiasat.

"Kementerian Pelajaran sudah mengarahkan semua sekolah melakukan kawalan asrama yang ketat dan ia menjadi amalan sebelum ini. Selain itu, asrama juga adalah kawasan larangan dan hanya boleh dimasuki orang tertentu seperti pengetua, pada waktu tertentu," katanya.

Di PASIR PUTEH: Pengetua sekolah itu, Maharom Ahmad, berkata dakwaan pelajar terbabit dibuang asrama kerana kesalahan itu tidak benar, sebaliknya lebih kepada salah faham dan keengganan pelajar itu menerima dan membantah penjelasan diberikan

"Saya mengaku saya ada pergi memantau keadaan asrama pelajar perempuan pada waktu malam, tetapi diiringi warden dan dua pengawal keselamatan bertugas. Saya juga tidak pernah memasuki bilik pelajar perempuan.

"Saya ingin menjelaskan, dakwaan ada lelaki luar bebas keluar masuk dalam kawasan asrama perempuan itu sebenarnya mereka adalah kakitangan sekolah dan pekerja kantin asrama berkenaan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Maharom mendakwa, ketua asrama pelajar itu tidak pernah digantung daripada menghuni asrama, sebaliknya dia bertindak sendiri keluar dari asrama kira-kira jam 6 petang pada 17 Mei lalu.

"Pada petang itu, saya memang ada marah dia di depan pelajar lain, selepas itu dia terus melarikan diri. Apabila warden mencarinya selepas itu, kira-kira jam 8 malam, mendapati pelajar itu sudah berada di rumah keluarganya (kira-kira 10 kilometer dari sekolah itu)," katanya.

8 comments:

Cikgu Adham said...

slm... betol jugak.. sekarang kita tidak boleh dengar pada sebalah pihak je... pelajar sekarang mmg bijak utk buat apa sahaja.. mungkin pengetua itu di sebalah yg benar, dan mungkin juga pelajar perempuan itu juga banar..

masa sekarang pelajar juga sangat licik untuk mencipta perangkap kepada cikgu2 mereka jika mereka rasa tak puas hati.. namun, itu la yg berlaku....

jika pengetua ada bukti dan saksi yang sah bahawa dia meninjau asrama perempuan bersama warden perempuan lain, maka dia terlepas lah dr tuduhan tersebut...

mungkin juga pelajar perempuan itu akan membawa saksi bahwa pada masa itu tiada warden yang bertugas menyebabkan pengetua melakukan perkara yang dilaporkan pelajar berkenaan..

Hanya Allah sahaja yang tahu..
bercakap benarlah, walaupun pahit utk kita melafazkan..

imanshah said...

Ntah la, kita tak tahu perkara sbenar kan..tapi rasanya lah pelajar yg dah berusia 19 tahun boleh berfikir baik dan buruk tindakannya..tambahan pula, dia akan menduduki peperiksaan penting hujung tahun ini (STPM)..Takkan dia sanggup memperjudikan masa hadapan nya..

Kalau semua ini hanyalah tuduahan semata2, maka azab Allah sangat pedih kerana memfitnah!!

Cikgu Adham said...

slm Imanshah.. mcm tu la keadaannya dunia skrg... semua menegak benang yg basah masing2.. entah sape yg betol.. kita just tgk je dan amek pengajaran shj

khairul onggon said...

Susah jugak nak tau mne satu yg benar mane satu bathil.. hehehe... mcm ceramah la plak.. Kipidap cekgu Adham..

Cikgu Adham said...

yap betol tu khairul heh heh heh... so kita jgn main sondol je la heh heh heh... nk sondol2 pon tgk2 keadaan la gk

imanshah said...

semoga keadilan akan diberikan kepada mereka yang benar!!

felicia richz said...

xkan pljr perempuan tu nk buat fitnah kot..dh besar panjang dh pun,gerenti dia leh fikir mane yg btul n mana yg x kan?
tu my opinion la..^^

Cikgu Adham said...

yap mmg benar... kita akan jadi gila kalo fikirkan bnda mcm nih heh heh heh....

bak kata pepatah nk telan mati emak, nk luah mati bapak..

hehheh

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan