Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Thursday, July 9, 2009

Kelemahan PPSMI

INFO: Kelemahan PPSMI

  • Peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi subjek Sains dan Matematik.

  • Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada 2008 mencapai tahap profisiensi.

  • Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus sekolah luar bandar.

  • Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 untuk subjek Matematik bagi murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus, luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

  • Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam subjek Sains dan Matematik semakin melebar.

  • Selain pemantauan kementerian, Laporan Trends in Mathematics and Sciences Study 2007 juga menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam subjek Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke-21 pada 2007.

    Bagi subjek Matematik pula, laporan sama menyatakan kedudukan murid Malaysia merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 kepada ke-20 pada 2007.

    Kajian universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah di tahap nominal, iaitu tidak melebihi tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI yang bermula sejak 2003.


    (Sumber: Berita Harian 9 Julai 2009)

    5 comments:

    n@m@n said...

    dh tau byk kelemahan tp tunggu smpai 2012 kn???adui...

    Kamil L said...

    Bagi saya, penyampaian dan pemahaman pelajar yang penting..jadi untuk memudahkan pelajar memahami sesuatu pelajaran, bahasa ibunda lah pilihan yang tepat..

    Tiada gunanya kita mengajar dalam bahasa eng, jika pelajar tidak dapat memahami apa yang diajar......

    Kalau diajar dalam bahasa melayu pun, ramai pelajar yang tak suka belajar sciences n math, inikan pula kalo dua subjek ini diajar dalam bahasa eng, lagilah dua kali ganda pelajar tak suka.

    Dan satu lagi, kalo nak dibandingkan di bandar dan luar bandar, penguasaan BI pelajar bandr memang jauh lebih baik dari luar bandar.. Jadi kalo diajar dalam bahasa eng, maka pelajar luar bandar akan makin jauh ketinggalan (wlpun ada gak yg pandai BI, tp mungkin jumlah 5-10% sahaja-->mengikut pengalaman saya lah kan)

    Jadi untuk mengusai Bahasa eng, memang tiada jalan singkat, kena belajar bahasa eng dengan cara banyakkan membaca paper eng...

    Cikgu Adham said...

    slm Naman... uh uh uh apa bleh buat... saper yg ngajar d sek elit kt bandar tu mmg x nmpak mslhnya... tp bg ckg yg ngajar d pdalaman tau la mslhnya... bukannya cikgu x pndai ngajar dlm Bi... tp bdk yg x dpt ikut..

    kalo ckg dok ngajar dlm BI... nnt diorg kata ckg shok sendiri ngajar... tp bdak haram x paham sepatah pon huhuhu..

    Kamil>
    kawe setuju dgn Kamil...
    mcm tu la realitinya

    kelambuharimau said...

    PPSMI tak boleh dijalankan sebabnya kebanyakan guru pun bukanya pandai nak ajar murid dalam bahasa inggeris..eloklah kerajaan mansuhkan..biarlah guru tu pandai dulu baru bole nak ajar anak murid..

    Cikgu Adham said...

    tidak dinafikan.... apa bleh buat.. smua kena main peranan la baru uasaha memertabatkan pendidikan berjaya selaras denngan pelan indul pembangunan pendidikan PIPP

    Popular Posts

    Bismillah

    Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

    Jentera Z1000

    Jentera Z1000
    Satu kepuasan

    Renungan