About Me

header ads

Wharf Kapit

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 21 Jun 2009 semasa menghantar sahabat kawe di Wharf Kapit, kawe berkesempatan sekali lagi untuk mengambil gambar sekitar wharf Kapit.

Suasana wharf amat berbeza berbanding pertama kali kawe sampai di Kapit. Sekarang musim kemarau menjadikan paras air rendah, so penumpang express terpaksa berjalan jauh sedikit menuruni tangga untuk menaiki express.
Pada masa ni, penduduk tempatan akan mencari rezeki sebagai pengankat barang penumpang dari atas express ke atas. Bagi penumpang yang tidak mampu mengangkat barang yang berat, mereka akan mengupah orang mengankat barang tersebut dari ekpress ke atas wharf.
Ada yang boleh mengankat 3 kotak besar sekali gus. Kawe pernah melihat orang mengankat mosikal dari ekpress ke atas wharf seorang diri.

Post a Comment

0 Comments