Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Monday, January 26, 2009

Parang Sarawak

Tadi kawe baru sahaja berziarah rumah kenalan kami di Kapit, Abang Anuar. BApa dia orang lama kat Kapit. So semasa di rumah tersebut, kawe ditunjukkan la contoh parang Sarawak. Dia atas adalah contoh parang pendek, yang boleh digunakan untuk sembelih binatang ternakan dan menyiat kulit lembu atau kambing.. Kalau dilihat dari segi ukiran dan tempaan, pembuatannya sangat halus dan cantik.. Menurut Bapa Abg Anuar, harganya boleh mencecah RM150 sebilah.

Ini pula adalah keadaan hulu dan sarung parang panjang sarawak. Dikenali Parang Hilang ke.. Tak pasti la heh heh heh..

Ini adalah contoh parang panjang tersebut. Dapat dibandingkan saiz parang panjang dan parang pendek.. parang yang bersarung gelap itu, kalau diperhatikan betul-betul, hulunya diperbuat daripada tanduk rusa. Harganya mahal tapi tak pasti berapa harganya. Hiasan maniknya sahaja dah pun mencecah RM70. Tapi ianya sangat cantik dan unik. Manakala parang yang bersarung cerah itu pula boleh mencecah melebihi RM250. Jika diperhatikan betul-betul, bukan sahaja sarung parang diukir, tetapi besi parang tersebut turut diukir.

Inilah dia Bapa kepada Abang Anuar. Dia sangat berpengalaman dalam menentukan jenis parang dan sangat cerewek dalam meneliti kualiti sesuatu parang. Pengalamannya membuatkan kawe kagum dengan apa yang beliau ada.

10 comments:

Tirana said...

Cantiknya parang..boleh digunakan atau sekadar untuk perhiasan.. Harganya pyn boleh tahan jugak ye..hehehe

Cikgu Adham said...

slm Tirana... yap bukan sekadar hiasan... parang nih mmg sesuai dan sgt mantap untuk buat sembelih binatang ternakan dan menyiat daging korban heh heh heh

maria_the_babylove said...

parang ilang r ckgu...

Cikgu Adham said...

yap.. parang ilang heh heh heh.. cantik kan..

maria said...

cantik.. tu r yang rentap guna masa dia lawan james brooke.. hahahaha..

Cikgu Adham said...

o ya ka.. heh heh heh.. tak rugi la cikgu beli hari tu.. bleh wat kenangan nnt bila balik ke kelantan

mai_za said...

slm cikgu, sye ngh kumpul bhn tok wat asgnmt ttg sej. seni parang ilang... tap kt web xde.. leh x emailkn pd sye ttg sej parang ilang nie (mai_rieza85@yahoo.com).. tq

Anonymous said...

salam cikgu...sya nk tnyet skit ni..ni parang iban kan..ad xagi org buat research ttg parang ni?

Muallim Adham said...

Wspmnn maiza, sy mnta maaf kerana tiada sumber.. begitu juga anymous..

Muallim Adham said...

Sila email kembali kpd sy dehewaraspak@gmail.com insyaAllah jika sy jumpa org asal kapit, sy akan majukan kpd anda

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan