Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Saturday, December 6, 2008

Perpaduan masyarakat majmuk dapat merealisasikan Wawasan 2020.

Perpaduan dikalangan masyarakat majmuk Malaysia telah membawa negara mencapai kemajuan dalam semua bidang seperti ekonomi, politik, sosial, psikologi dan kejiwaan sekaligus merealisasikan Wawasan 2020. menjelang 2020 Malaysia akan mencapai sebagai sebuah negara perindustrian dan maju sepenuhnya dimana masyarakatnya bersatu dan yakin, hidup dalam demokkratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, bersaing, dinamik, giat dan kental. Kini hasil kemajuan ekonomi dan kestabilan politik masyarakat majmuk Malaysia dalam tempoh tiga dekad lalu telah menjadi ikutan beberapa negara lain.

Rangkaian usaha yang telah dilaksanakan membawa pelbagai kejayaan yang boleh dimegahkan. Dalam masa yang sama, kejayaan ini juga telah menimbulkan cabaran baru yang mesti ditangani untuk mempertahankan prestasi dalam pelbagai bidang. Cabaran tersebut ialah usaha mengekalkan perpaduan nasional kerana usaha ini sudah menjadi semacam satu tuntutan alamiah terhadap sesebuah masyarakat yang bersifat majmuk. Melalui perpaduan, masyarakat majmuk Malaysia akan mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan demokrasi Malaysia berasaskan musyawarah dan muafakat.

Masalah ekonomi merupakan punca utama yang menjadi hambatan terhadap kemungkinan tercapainya perpaduan nasional. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (Dewan Budaya, Mac 2004:46), keseluruhan gerakan berkisar disekitar DEB sering dilabel sebagai suatu “gerakan nasionalisme ekonomi”. “Nasionalisme ekonomi” bermaksud gerakan pada peringkat nasional yang dimotivasikan oleh keinginan untuk mencapai pembangunan ekonomi yang pesat dan mengesankan semua lapisan masyarakat Malaysia dalam pelbagai kaum. Perpaduan yang dicanagkan dalam masyarakat majmuk Malaysia berdasarkan “gerakan nasionalisme ekonomi” akan membantu dan mempercepatkan pembinaan negara bangsa sekaligus merealisasikan Wawasan 2020.
Disamping itu, perpaduan dikalangan masyarakat majmuk juga telah mewujudkan toleransi dalam pengamalan pelbagai budaya etnik masyarakat majmuk Malaysia yang lebih dikenali sebagai kebudayaan kebangsaan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan akan menentukan sifat yang terbaik, mulia dan tapak bagi pembinaan bangsa. Sebuah negara bangsa hanya muncul dan tegak atas landasan kebudayaan kebangsaannya. Dasar Kebudayaan Kebangsan penting bagi Malaysia sebagai sebuah negara menbangun yang mempunyai penduduk berbilang kaum. Dasar ini dapat menjadi garis panduan untuk mewujudkan satu bangsa yang bersatu pada dan mengekalkan negara dalam kalangan bangsa-bangsa dunia.

Selain merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum di Malaysia, masyarakat majmuk juga dapat bersatu padu berkongsi ciri yang sama melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Ini bermakna kebudayaan kebangsaan telah merentasi kebudayaan kaum dan menimbulkan satu perasaan kepunyaan bersama-sama seperti simbol perpaduan negara, melalui bahasa kebangsaan, lagu Negaraku dan sebagainya.

Sehubungan itu, konsep “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, “yang berat akan menjadi ringan kalau ada muafakat”, sewajarnya menjadi pegangan ukhwah bersama demi mendaulatkan dan memartabatkan warisan bangsa. Rakyat Malaysia harus berganding bahu menjayakan hasrat murni ini ke arah melahirkan “bangsa Malaysia” yang cemerlang, gemilang dan terbilang sekaligus merealisasikan Wawasan 2020.

No comments:

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan

Blogger:

Blogger:
Lt.M Adham