Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Sunday, December 14, 2008

Berpasangan Dalam Penciptaan

BERPASANGAN DALAM PENCIPTAAN

"Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui". (Surah Yaasin: 36)

Sekalipun konsep 'berpasang-pasangan' secara umumnya difahami untuk lelaki dan wanita, kenyataan mengenai 'dari benda yang tidak diketahui oleh mereka' mempunyai implikasi yang luas. Hari ini, satu dari implikasi ayat ini telah di dedahkan. Seorang saintis berbangsa british Paul Dirac, yang mengusulkan bahawa zarah diciptakan berpasang-pasangan, telah dianugerahkan hadiah nobel dalam bidang fizik pada tahun 1933.

Penemuan ini dinamakan Parite, menyatakan bahawa setiap zarah berpasangan dengan zarah yang berlainan dengannya iaitu anti-zarah. Anti-zarah mengandungi sifat yang bertentangan dengan sesuatu zarah. Sebagai contoh, bertentangan dengan zarah, anti-zarah bagi elektron adalah bercas positif (positron) dan anti zarah bagi proton adalah bercas negatif (antiproton). Fakta ini dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;

2 comments:

Tirana said...

Manusia ada pasangan...zarah ada pasangan..perkataan pun ada pasangan seperti "suka" pasangannya ialah "duka". Itu menunjukkan bahawa berpasangan sangat menjadi keperluan dalam kehidupan.

Cikgu Adham said...

slm Tirana...
yap itu la ketentuan Allah SWT yg maha bijaksana dalam segala peraturannya... maka beruntunglah bagi orang yang berfikir

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan