Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Tuesday, December 30, 2008

Kadar Hujan




KADAR HUJAN



Satu dari butir maklumat yang diberikan dalam Al-Qur'an mengenai hujan ialah penurunan hujan dalam kadar tertentu. Hal ini disebutkan dalam surah az-Zukhruf sebagai berikut;




Dan Yang menurunkan air dari langit dengan kadar (tertentu) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati ..Surah Zukhruf;11




Kuantiti yang diukur dalam hujan telah ditemui oleh kajian moden. Satu anggaran yang telah dibuat iaitu setiap satu saat, dianggarkan 16 juta tan air mengewap dari permukaan bumi. Jumlah air yang mengewap dalam setahun lebih kurang 513 juta tan. Angka ini bersamaan dengan jumlah hujan yang turun ke bumi dalam setahun. Ini bererti air secara berterusan dikitarkan dalam satu kitaran yang seimbang, dalam satu 'kadar'. Hidupan dalam bumi bergantung kepada kitaran air ini. Sekalipun dengan menggunakan teknologi yang paling maju dalam dunia, mereka tidak akan mampu untuk menghasilkan kitaran ini secara tiruan.




Hanya dengan sedikit kekurangan dalam keseimbangan ini mampu untuk menimbulkan kecelaruan ekologikal yang besar yang akan memusnahkan hidupan dalam dunia. Bagaimanapun fenomena kitaran ini masih stabil dan hujan tetap turun dalam kadar kuantiti yang tepat seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur'an.

Saturday, December 27, 2008

Kemalangan Ngeri




Kapit, 27 Dis 2008, KM8 Jalan Selirik.. satu kemalangan yang tidak berapa ngeri melibatkan 2 penumpang telah berlaku di atas sedikit dari SMK Selirik. Sebuah kereta satria warna putih telah terbabas ke tepi jalan.. kejadian berlaku selepas magrib lebih kurang jam 7pm..
Menurut Nazri (bukan nama sebenar), kejadian disebabkan pemandu tidak nampak divider di tepi jalan yang gelap. menurut pemandu kreta berkenaan, Apik (bukan nama sebenar) dia menjadi keliru dan berazam untuk lebih berhati-hati semasa memandu hahahhahahah... manakala penumpang kereta berkenaan, Maria (bukan nama sebenar) agak panik sehingga wartawan tidak dapt menemu-ramahnya... terima kasih kepada saudara Hanifah (drp Unit Pembasmi kuman, Hospital Kapit) kerana bersusah payah menolong mangsa di tempat kejadian.. walaupon dalam keadaan hujan rintik-rintik, namun berjaya juga mengeluarkan kereta berkenaan daripada tersepit..
oleh itu kepada smua warga kapit, berhati-hatilah di jalan raya.. dan pakai la helmet mcm ni

Friday, December 26, 2008

Christmas in Kapit











During Christmas 2008 in kapit...
my neighbour invited us to their home..
so this was my first experience to know their celebration.. since their tradition to serve up 'air tapai' to their guest, we were also invited to try the 'air tapai'..
but.. as muslim, we can't drink it. so we just see the 'air tapai' heh heh heh.. so nice to know Iban culture in kapit heh heh..

Thursday, December 25, 2008

PERGERAKAN GUNUNG-GANANG


Dalam sebaris ayat, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan.

Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan.Surah an-Naml;88.

Pergerakan gunung-ganang ini adalah disebabkan oleh gerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak. Kerak bumi 'terapung' di atas lapisan mantel, yang lebih padat. Pada awal kurun ke 20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis jerman bermana Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain.
Pakar geologi baru hari ini menyedari bahawa Wegener sebenarnya adalah benar ketika mengemukakan fakta ini pada tahun 1980 an, 50 tahun selepas kematiannya. Seperti yang dinyatakan oleh Wegener dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1915, daratan bumi terbentuk dalam satu gugusan daratan 500 juta tahun lalu, dan daratan besar ini yang dipanggil Pangaea, terletak di kutub selatan.

Melalui anggaran, 80 juta tahun lalu, Pangaea terbahagi kepada dua bahagian yang hanyut dalam arah yang berbeza. Satu dari benua gergasi ini ialah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Bahagian yang satu lagi dipanggil Laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara dan Asia kecuali India. Lebih dari 150 juta tahun selepas pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia berpecah kepada bahagian yang lebih kecil.

Semua benua ini yang timbul selepas penghayutan dataran Pangaea, bergerak secara konstan di permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, pada masa yang sama menyebabkan perubahan keseimbangan laut dan darat di bumi.

Ditemui sebagai satu hasil kajian geologikal yang dijalankan pada awal abad ke 20, pergerakan kerak bumi ini dijelaskan oleh saintis sebagai berikut;
Kerak dan bahagian atas mantel, dengan ketebalan hampir 100 kilometer, terbahagi kepada beberapa segmen dipanggil daratan. Terdapat enam daratan besar dan beberapa daratan kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil 'tektonik daratan', daratan ini bergerak berpusing permukaan bumi, dengan membawa benua-benua dan lantai lautan bersamanya….pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5 sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang berterusan ini akan mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia. Setiap tahun, sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi sedikit lebih luas.

Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan 'penghanyutan' dalam ayat tersebut. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah "hanyutan benua' untuk fenomena ini.

Suatu yang tidak diragui ialah satu dari keajaiban Al-Qur'an ialah fakta saintifik ini yang baru diketahui baru-baru ini melalui bidang sains, telah pun dikhabarkan dalam Al-Qur'an.

Wednesday, December 24, 2008

KEWUJUDAN ALAM SEMESTA


Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;

Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An'aam:101.

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.

Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.

Monday, December 22, 2008

RELATIVITI MASA


RELATIVITI MASAHari ini, konsep relativiti masa adalah merupakan satu fakta saintifik yang telah pun dibuktikan. Hal ini telah di dedahkan melalui Teori Relativiti Einstein seawal abad ke 20. Sebelum itu, manusia tidak mengetahui bahawa masa adalah satu konsep yang bersifat relatif, dan bahawa ianya boleh berubah bergantung kepada persekitaran. Akhirnya, saintis agung Albert Einstein secara terbuka membuktikan fakta ini melalui teori relativitinya. Dia menunjukkan bahawa masa adalah bebas dari jisim dan halaju. Dalam sejarah manusia, tiada seorang pun yang pernah menjelaskan fakta ini secara nyata. Meskipun dengan satu pengecualian; Al-Qur'an telah pun memuatkan maklumat mengenai kerelatifan masa!! Beberapa ayat mengenai subjek ini berbunyi.
"Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjinya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung. (Surah Al-Hadid: 47)

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu saat yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu". Surah As-Sajadah: 5)
"Para malaikat dan Jibril naik kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun". (Surah Al-Ma'arij: 4)

Dalam setengah ayat, ianya dijelaskan bahawa manusia merasakan masa secara berbeza dan kadang-kadang mereka boleh merasa suatu masa yang singkat seolah-olah suatu masa yang panjang. Perbualan manusia berikut yang terjadi sewaktu pengadilan mereka di Hari Kemudian adalah satu contoh yang baik dalam hal ini.

"Allah berkata: berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi?. Sahut mereka itu: kami tinggal sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitungnya. Allah berkata: Kamu tiada tinggal (di dunia) melainkan sebentar saja jika kamu mengetahuinya. Surah Al-Mukminun: 112-114.

Fakta mengenai kerelatifan masa adalah sangat jelas disebutkan di dalam Al-Qur'an, yang dinyatakan pada tahun 610 adalah satu lagi bukti bahawa Al-Qur'an adalah sebuah kitab suci.

Tuesday, December 16, 2008

PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI

Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat.

"dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)

Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit yang bermaksud 'dikumpul bersama, dicampur' dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa 'Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.

Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur'an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.

Sumber: Harun Yahya (KEAJAIBAN SAINTIFIK AL-QUR'AN)

Monday, December 15, 2008

Pengembangan Alam Semesta

Photo: Edwin Hubble
PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA


Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;

"Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya". (Surah az-Dzariyat; 47)


Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.


Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.


Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.


Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.

Sunday, December 14, 2008

Berpasangan Dalam Penciptaan

BERPASANGAN DALAM PENCIPTAAN

"Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui". (Surah Yaasin: 36)

Sekalipun konsep 'berpasang-pasangan' secara umumnya difahami untuk lelaki dan wanita, kenyataan mengenai 'dari benda yang tidak diketahui oleh mereka' mempunyai implikasi yang luas. Hari ini, satu dari implikasi ayat ini telah di dedahkan. Seorang saintis berbangsa british Paul Dirac, yang mengusulkan bahawa zarah diciptakan berpasang-pasangan, telah dianugerahkan hadiah nobel dalam bidang fizik pada tahun 1933.

Penemuan ini dinamakan Parite, menyatakan bahawa setiap zarah berpasangan dengan zarah yang berlainan dengannya iaitu anti-zarah. Anti-zarah mengandungi sifat yang bertentangan dengan sesuatu zarah. Sebagai contoh, bertentangan dengan zarah, anti-zarah bagi elektron adalah bercas positif (positron) dan anti zarah bagi proton adalah bercas negatif (antiproton). Fakta ini dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;

Keajaiban Dalam Besi


KEAJAIBAN DALAM BESI


Besi adalah satu unsur yang disebutkan dalam Al-Qur'an dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi, kita dikhabarkan;


....Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia....Surah al-Hadid;25.


Perkataan 'diturunkan' khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas difikirkan mempunyai satu pengertian metaforik untuk menerangkan bahawa besi diberikan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud 'secara fizikal diturunkan dari luar angkasa', kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan.


Ini adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa.
Unsur-unsur berat dalam alam semesta adalah dihasilkan di dalam nuklid bintang besar. Sistem solar kita, bagaimanapun, tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya.
Besi hanya dapat dihasilkan dalam bintang yang lebih besar daripada matahari, di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila amaun besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak dapat lagi menampungnya, dan akhirnya ia meletup dalam satu letupan yang dipanggil 'nova' atau 'supernova'. Sebagai satu hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta, dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala.

Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dihasilkan di dalam bumi, tetapi dibawa dari bintang-bintang yang meletup dalam angkasa melalui meteor, dan telah 'diturunkan ke dalam bumi'. Dalam cara yang persis dengan apa yang dinyatakan dalam ayat; ianya jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik dalam abad ketika Al-Qur'an diwahyukan.

Wednesday, December 10, 2008

Renungan

Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Ia beri kaktus berduri. ku minta kupu2, diberi ulat berbulu. Ku sedih & kecewa. Namun kaktus itu berbunga indah sekali & ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik sekali. Itulah jalan Tuhan yang indah pada masaNya. Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi ia memberi apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka.. Tapi jauh diatas segalanya Ia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

Tuesday, December 9, 2008

Ragbi SIC

video  Semasa saya praktikal di Maktab Sultan Ismail (SIC) awal 2008.









  1. 1. Gambar kawe di puncak sebuah bukit di Kapit. Dari bukit ni, kelihatan keadaan Wharf Kapit.. Nampak sibuk.



  2. Gambar kawe pakai tshirt biru tu pula di Wharf Kapit-Sibu. Boleh nampak bot ekpress tu...



  3. Ni pula gambar kami makan malam beramai-ramai dalam rumah. Masak ramai-ramai supaya jimat kos heh heh heh.. Kapit ni rupanya satu tempat yang menarik. Tak rugi datang mengajar disini beb heh heh heh.. Sangat sesuai untuk P & P





Monday, December 8, 2008

Pesanan penting

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,

mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa !

Kelebihan bersenam

Apabila kita melakukan aktiviti senaman, ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan kecergasan fizikal seseorang berdasarkan 2 aspek; kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor. Diantara kesan senaman dari aspek fisiologi ialah:

1. Berlaku hipertrofi otot jantung.
Saiz jantung setiap individu berbeza. Jantung individu boleh bertambah besar atau mengalami hipertrofi jika individu tersebut mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan latihan fizikal secara konsisten dan berterusan. Saiz jantung seseorang atlit yang aktif adalah lebih besar berbanding saiz jantung individu sedentari. Apabila hipertrofi jantung berlaku, ketumpatan kapilari juga meningkat. Hipertrofi jantung adalah kesan daripada:
(a) Penambahan saiz kaviti ventrikel-ventrikel
(b) Bertambah ketebalan dinding ventrikel.

2. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular
Merupakan keupayaan seseorang itu melakukan aktiviti dalam masa yang lebih lama tanpa mengalami kelesuan. Daya tahan kardiovaskular ini tercapai kerana keefisyenan sistem peredaran darah. Keupayaan jantung mengepam darah dan juga keupayaan paru-paru mengoksigenkan darah kotor dan menggantikannya dengan darah yang bersih.

3. Menambahkan isipadu sedenyut jantung (stroke volume)
Hipertrofi jantung menyebabkan jantung menjadi semakin kuat disebabkan pertambahan bilangan otot-otot kardiak. Ini juga menyebabkan keupayaan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan meningkat menyebabkan penurunan kadar nadi rehat seseorang individu. Semakin rendah kadar nadi rehat seseorang individu, menunjukkan semakin banyak isipadu sedenyut jantung.

4. Meningkatkan daya tahan otot
Keupayaan otot atau kumpulan otot melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan dalam masa yang lebih lama. Daya tahan ini terbahagi kepada dua iaitu daya tahan statik dan daya tahan dinamik. Daya tahan otot statik ialah keupayaan otot atau kumpulan otot bertahan mengatasi rintangan tanpa melakukan pergerakan. Sementara semasa daya tahan dikeluarkan dalam pergerakan dinamik, otot-otot akan terlibat di dalam pergerakan sendi. Daya tahan ini diukur dengan melihat keupayaan peserta melakukan aktiviti secara berulang-ulang atau lebih lama.

Diantara kesan lain terhadap aktiviti senaman ialah:
  1. dapat menguatkan ketahanan atau keimunan dari serangan penyakit
  2. tingkatkan pemulihan kadar nadi jantung selepas bersenam
  3. dapat mengurangkan peratusan lemak dan berat badan
  4. menambahkan bahan ATP di dalam otot
  5. memupuk semangat perpaduan dan akauntabiliti
  6. menjadi satu sumber rekreasi
  7. mendapat pendapatan kerjaya
  8. menambahkan pengambilan oksigen oleh tisu-tisu tubuh badan
  9. mengurangkan kecederaan dan mempercepatkan pemulihan
  10. meningkatkan kestabilan emosi dan penghargaan kendiri
  11. mengurangkan asid laktik dalam darah sewaktu bersenam
  12. meningkatkan koordinasi psikomotor
  13. meningkatkan keupayaan otot jantung dan otot-otot rangka berfungsi dengan efisien
  14. meningkatkan kapasiti paru-paru
  15. memperbaiki efisien kerja
  16. memperbaiki serta meningkatkan kesihatan diri keseluruhannya

Selamat Hari Raya Aidil Adha







Assalamualaikum..


Selamat hari raya Aidil Adha buat semua penganut beragama Islam terutamanya keluarga, orang tercinta, sahabat2, guru2, pelajar2 saya dan smua yang mengenali diri ini.. mintak maaf banyak2 heh heh heh.. tahun nih beraya buat pertama kalinya di Bandar Kapit, Sarawak..

Sunday, December 7, 2008

Pemimpin?



“Pemimpin perlu memberi khidmat bakti, tenaga dan buah fikiran untuk kesejahteraan orang lain, bukan sekadar untuk berbangga dengan kedudukan, pangkat dan nama”
"Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan mencari alasan"

Kenapa?


Suasana di Wharf Kapit. Tapi mengapa ianya dipanggil Wharf? Mengapa tidak dipanggil sebagai jeti? Itulah bot express yang berulang alik dari Sibu-Kapit-Belaga dan kampung-kampung kecil lain.

Saturday, December 6, 2008

BBQ
















Wat simple party sebelum Cikgu Hanif balik ke Semenanjung

Perpaduan masyarakat majmuk dapat merealisasikan Wawasan 2020.

Perpaduan dikalangan masyarakat majmuk Malaysia telah membawa negara mencapai kemajuan dalam semua bidang seperti ekonomi, politik, sosial, psikologi dan kejiwaan sekaligus merealisasikan Wawasan 2020. menjelang 2020 Malaysia akan mencapai sebagai sebuah negara perindustrian dan maju sepenuhnya dimana masyarakatnya bersatu dan yakin, hidup dalam demokkratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, bersaing, dinamik, giat dan kental. Kini hasil kemajuan ekonomi dan kestabilan politik masyarakat majmuk Malaysia dalam tempoh tiga dekad lalu telah menjadi ikutan beberapa negara lain.

Rangkaian usaha yang telah dilaksanakan membawa pelbagai kejayaan yang boleh dimegahkan. Dalam masa yang sama, kejayaan ini juga telah menimbulkan cabaran baru yang mesti ditangani untuk mempertahankan prestasi dalam pelbagai bidang. Cabaran tersebut ialah usaha mengekalkan perpaduan nasional kerana usaha ini sudah menjadi semacam satu tuntutan alamiah terhadap sesebuah masyarakat yang bersifat majmuk. Melalui perpaduan, masyarakat majmuk Malaysia akan mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan demokrasi Malaysia berasaskan musyawarah dan muafakat.

Masalah ekonomi merupakan punca utama yang menjadi hambatan terhadap kemungkinan tercapainya perpaduan nasional. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (Dewan Budaya, Mac 2004:46), keseluruhan gerakan berkisar disekitar DEB sering dilabel sebagai suatu “gerakan nasionalisme ekonomi”. “Nasionalisme ekonomi” bermaksud gerakan pada peringkat nasional yang dimotivasikan oleh keinginan untuk mencapai pembangunan ekonomi yang pesat dan mengesankan semua lapisan masyarakat Malaysia dalam pelbagai kaum. Perpaduan yang dicanagkan dalam masyarakat majmuk Malaysia berdasarkan “gerakan nasionalisme ekonomi” akan membantu dan mempercepatkan pembinaan negara bangsa sekaligus merealisasikan Wawasan 2020.
Disamping itu, perpaduan dikalangan masyarakat majmuk juga telah mewujudkan toleransi dalam pengamalan pelbagai budaya etnik masyarakat majmuk Malaysia yang lebih dikenali sebagai kebudayaan kebangsaan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan akan menentukan sifat yang terbaik, mulia dan tapak bagi pembinaan bangsa. Sebuah negara bangsa hanya muncul dan tegak atas landasan kebudayaan kebangsaannya. Dasar Kebudayaan Kebangsan penting bagi Malaysia sebagai sebuah negara menbangun yang mempunyai penduduk berbilang kaum. Dasar ini dapat menjadi garis panduan untuk mewujudkan satu bangsa yang bersatu pada dan mengekalkan negara dalam kalangan bangsa-bangsa dunia.

Selain merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum di Malaysia, masyarakat majmuk juga dapat bersatu padu berkongsi ciri yang sama melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Ini bermakna kebudayaan kebangsaan telah merentasi kebudayaan kaum dan menimbulkan satu perasaan kepunyaan bersama-sama seperti simbol perpaduan negara, melalui bahasa kebangsaan, lagu Negaraku dan sebagainya.

Sehubungan itu, konsep “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, “yang berat akan menjadi ringan kalau ada muafakat”, sewajarnya menjadi pegangan ukhwah bersama demi mendaulatkan dan memartabatkan warisan bangsa. Rakyat Malaysia harus berganding bahu menjayakan hasrat murni ini ke arah melahirkan “bangsa Malaysia” yang cemerlang, gemilang dan terbilang sekaligus merealisasikan Wawasan 2020.

Syurga dan neraka

Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-
1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi

Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-
1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah

Puncak Kapit


Nih pemandangan di atas bukit dekat dengan court tenis di Kapit.. Cikgu Afendi dan Cikgu Nik sedang konrtol macho tepi pokok. Kelihatan suasana Wharf Kapit yang boleh dikatakan sibuk juga la...

Friday, December 5, 2008

Dengan apa yang ada pada kami….
Dengan kemampuan luar biasa kami…
Kami juga mampu berjaya dengan cara kami sendiri.


Kami tidak akan lakukan dengan cara yang salah
tetapi dengan kekuatan dan keyakinan yang ada pada kami.


Kami tahu APA MATLAMAT
dan tahu BAGAIMANA NAK CAPAI

Friday, November 14, 2008

Jadilah lelaki solleh

KRITERIA-KRETERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN HADIS..............
  1. Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasullulah S.A.W.
  2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
  3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
  4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah S.W.T.
  5. Ikhlas dalam beramal.
  6. Kampung akhirat manjadi tujuan utama hidupnya.
  7. Sangat takut kepada ujian ALLAH S.W.T dan ancamannya.
  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
  10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
  11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah S.W.T
  12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
  13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
  14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
  15. Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
  16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia,sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah S.W.T
  17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........

  1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
  2. Berjihad Fisabilillah.
  3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
  4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan